Artikel yang akan anda baca ini mungkin agak sensitif dan berbaur patriarki, namun saya sebagai penulis akan cuba sedaya upaya mengupas isu dari kaca mata seorang wasatiy (pertengahan) berdasarkan pendapat dan fakta secara adil dan saksama. Jadi untuk kaum hawa, bacalah dengan hati yang terbuka.

Jika kita lihat kebanyakan drama melayu yang ditayang di TV atau mungkin saluran kabel berbayar adalah berkisarkan keluarga bangsawan, kayangan, korporat di mana setting kisah cinta antara pipit dan helang menjadi taruhan (antara dua darjat). Tidak seperti drama Korea dan Amerika di mana kerjaya, falsafah menjadi background theme kepada sesuatu kisah percintaan.

TIpikal dalam drama melayu, pelakon utamanya selalunya baru balik dari oversea. ‘Papa’nya (dipercayai seorang datuk, tan sri) pulak seorang jutawan yang sudah berusia dan ingin berehat dari business.

Si ‘mama’nya mengidamkan seseorang cucu dan ingin menjodohkan anakanya secepat mungkin melalui arrange marriage dengan anak rakannya yang juga dari kluster mak datin. Heroinnya pulak seorang gadis kampung yang sederhana tapi cun datang ke bandar untuk sara hidup keluarga yang susah. Wujud anatagonis atau orang ketiga yang seksi, berperangai kejam dan suka bermonolog seorang diri.

Scene tak sempat sarapan, adegan kemalangan, demam pun warded kat hospital memang tak akan berpisah dari signature scene drama melayu. Ditambah pula dengan fakta projek RM35.9 billion dan 350 000 pekerja sebagai penyedap rasa. Dan plot yang selebihnya, anda sendiri tambah. Saya yakin narratif anda sebijik seperti drama drama melayu yang lain. Predictable. Cliché.

Apa yang pasti kebanyakan drama ini adalah diadaptasi dari novel novel cinta yang setebal kek chocolate moist lava. Tak boleh dinafikan rata rata novel tersebut ditulis, dikarang, digarap mengikut fantasi wanita, perempuan yang berkromosom XX.

Kalaulah drama Melayu mengikut fantasi lelaki macam berpoligami, aku yakin bukan setakat  belum keluar tv, episode satu pun penerbit dah tolak awal-awal. Tidak kisahlah bagaimanapun plotnya, masih ada peminat setia yang terpacak tepat pada pukul 7 di depan skrin yang bersegi empat tu sampai sanggup melambatkan-lambatkan solat maghrib…Allahu

Persoalannya, walaupun predictable, cliché, cringe tahap dewa tapi mengapa masih menerima sambutan? Bagi aku ini boleh dua perkataan yang boleh menjawab persoalan ini ialah emosi dan kedudukan. Lelaki yang masih tengok mungkin special case (bukan nk degrade) tak pun krew belakang tadbir. Tapi perempuan adalah manusia ciptaan Tuhan yang sifatnya emotionally attached.

Emosi

Pernah tak korang baca luahan perasaan di page KRT dan IIUM Confession. Apa perasaan anda? Sedih? Kecewa? Kasihan? Marah? Dua page ini mempunyai satu ciri persamaan iaitu penceritaan dan pengakuan yang beremosi dan ‘originality’.

Lihat bagaimana dengan emosinya, laras bahasanya, tatabahasa menggambarkan situasi, dilemma yang dihadapi si pencerita. Unsur-unsur saspen, plot twist, dan aku boleh kasi gred A++ kualiti karangannya. Dan aku tak hendak sentuh kenapa trend orang ramai yang minat page sebegitu rupa tapi bagaimana emosi menanam idea fantasi.

Wanita mempunyai sifat empati yang lebih tinggi berbanding lelaki. Ada sebab wanita dianugerahkan untuk melahirkan, menyusu, membesarkan anak. Apabila melihat sesuatu perkara tidak kisahlah baik ataupun buruk, mereka selalu mengaitkan diri mereka dengan situasi tersebut. Lebih kurang put yourself in someone shoes.

Adegan romantik dan komedi dirancang, dilakonkan oleh pelakon Melayu persis Rohingya membuatkan ramai wanita terpana dan teruja. Bait-bait ayat dan pickup line yang diucapkan mencairkan hati wanita yang mendengarnya. Mengharap apabila si isteri merajuk, si suami memujuk, Tertanam satu idea fantasi dan imaginasi dalam benak fikiran mereka kononnya inilah realiti yang mereka kehendaki.

Malangnya. realiti tidak seperti fantasi. Bercinta sebelum kahwin tidak sama selepas kahwin. Akhirnya, rumah tangga runtuh akibat mengharap perkara yang mustahil. Inilah yang akan terjadi apabila terlalu banyak meletakkan syarat untuk bahagia. Nak makan mewah. Nak pakaian berjenama. Nak bercuti di luar negara. Nak berkereta besar. Anda sendiri senaraikan.

Kedudukan

Dengan kedudukan, harta, keturunan darjat yang tinggi, mana mana lelaki di dunia yang tak handsome boleh berubah status sosial di mata wanita. Dalam drama Melayu, kemewahan seperti makan direstoran mahal, rumah sebesar istana, kereta sports adalah contoh contoh fantasi yang ditunjukkan. namun bukan semua perempuan mata duitan ataupun gold digger. Lumrah perempuan untuk hidup senang didorong oleh kelangsungan hidup.

Jika di dalam alam haiwan, nature ibu haiwan akan melakukan apa sahaja untuk memastikan anaknya hidup dan selamat. Jadi wanita akan terdorong mencari lelaki yang mampu menyara kehidupan dan menarik minat mana lelaki yang boleh memberikan keselamatan untuknya dan anak yang bakal dilahirkan. Oleh sebab itu, wanita secara tidak sedar menjustifikasikan unsur persamaan yang ada di dalam drama melayu dari segi biologi, psikologi dan sosiologi.

Manakala, lumrah lelaki akan cuba untuk menyebarkan benih genetik seluas-luasnya sebagai manusia kepada kaum wanita. Jadi tak hairanlah Nabi Sulaiman mempunyai 1000 gundik dan isteri, Nabi Daud mempunyai 100 isteri (tonton video Ustaz Abdul Somad dibawah), raja-raja memiliki harem dan Genghis Khan yang dipercayai  mengandungkan hampir 1000 wanita sehingga digelar ‘super father’.

Secara hipotetikalnya, faktor hypergamy memainkan peranan penting dalam menentukan pasangan hidup bagi sesorang wanita. Hypergamy ni bermaksud perbuatan mengahwini lelaki yang datang dari kedudukan yang lagi tinggi. Tapi Istilah tersebut tiada kaitan langsung dengan polygamy dan monogamy dari segi konteks.

Oleh itu, segelintir wanita menonton drama Melayu telah di’programkan’, di’brainwash’ kononnya agar soulmate atau jodoh yang mereka akan datang dari golongan atasan. Dan mendambakan kehidupan mereka kelak seperti apa yang dipertontonkan di hadapan tv adalah kehidupan yang toksik.

Secara realistiknya, hypergamy berkehendakkan perfection adalah tidak masuk akal. Tiada masalah untuk berangan-berangan, tetapi berhentilah  bersungguh sungguh untuk merubah takdir sendiri (tak redha), seolah-olah ingin menjadi Tuhan. Sekian.

Artikel kiriman Mat Kedah untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.