Antara anime yang menjadi kegemaran saya pada waktu zaman sekolah dulu ialah d*ath note. Pada peringkat permulaan anime D*ath Note ni saya rasakan ia menarik disebabkan oleh watak yang dibawa oleh Yagami Light vs L sahaja, saya tak memahami isi di dalamnya. Sehinggalah saya belajar Pengajian Moral di UPSI. Barulah saya faham apa falsafah yang di pegang oleh Yagami Ligth. Apa yang mendorong pemikiran Yagami pada waktu itu. Yagami merupakan pelajar yang genius, lengkap dari segi serba serbi dan menjadi idola semua orang.

Namun, di sebalik genius Yagami ni dia ada membawa fahaman falsafah utilitarisme. Sifat sebenarnya dia terserlah apabila dia tanpa sengaja terjumpa buku yang dikenali sebagai D3ath Note. Buku ini membolehkan seseorang itu membvnuh orang hanya dengan menulis namanya dalam bukunya. Disinilah ia menunjuk bahawa dia membawa aliran pemikiran utilitarisme. Dia membvnuh mangsa pertama yang ketika itu merupakan perompak yang menjadikan seorang remaja sebagai tebusan.

Bermula daripada situ, Yagami bertekad untuk membvnuh semua penj3nayah yang ada dunia ini dengan menggunakan D*ath Note. Dia ingin mencipta satu dunia yang tidak mempunyai j3nayah di dalamnya. Siapa sahaja yang akan melakukan j3nayah akan dibvnuh olehnya. Dia melakukan itu dengan menggunakan nama “KIRA” . dari sini saya dapat melihat bahawa Yagami memegang prinsip utilitarisme.

Dalam teori utilitarisme ini menjelaskan bahawa:

  1. Setiap apa tindakan kita hanya boleh dinilai berdasarkan kesannya. Nak buat apa, buatlah asalkan kesannya baik. Dengan kata lain, matlamat menghalalkan cara.
  2. Sebarang tindakan itu adalah untuk memaksimumkan keperluan.

Kita dapat melihat bagaimana Yagami pada waktu itu yang membvnuh semua penj3nayah dan sesiapa sahaja yang cuba untuk menghalang matlamatnya. Dia tak kisah ingin mem4tikan semua penj3nayah pada waktu itu. Dia ingin mencipta dunia  yang tidak mempunyai j3nayah di dalamnya. Dia melakukan semua itu untuk kebaikan semua orang. Kerana j3nayah akan menyebabkan orang lain yang tidak bersalah menderita. Dia melakukan semua itu bukan kerana dendam, kuasa atau harta benda. Yagami juga tidak memilih siapa penj3nayah yang ingin dim4tikan, j3nayah berprofil tinggi atau rendah semua dia akan m4tikan.

Persoalannya adakah Yagami ini seorang yang baik atau jahat ? bermoral kah yagami mengambil langkah ini bagi mencipta satu dunia yang bebas dari j3nayah dan kejahatan? Apa kredibiliti yang ada pada yagami untuk mengambil nyawa seseorang itu walaupun ia seorang penj3nayah yang banyak melakukan j3nayah? Adakah yagami merasakan dia mendapat mandat dari Tuhan bagi membersihkan j3nayah di dunia?

Jika bagi saya, Yagami ni seorang yang tidak bermoral. Dia tidak berhak dalam menentukan hidup m4ti seseorang itu walaupun dia mempunyai kuasa untuk melakukannya. Biarlah undang – undang yang menentukannya, seseorang atau sesuatu makluk itu tidak berhak menentukan nasib seseorang yang lain (liberalism). Saya tak nak masuk bab religion dalam ni. Kerana kita berbincang dari segi fahaman falsafah. Saya boleh sahaja memberi sebab yang Yagami ni bukan Tuhan untuk melakukan sesuatu diluar bidangnya.

Berbalik kepada pernyataan awal tadi yang menyatakan D3ath Note ini tentang Kira vs L. kedua – dua sebenarnya baik Cuma mereka berlainan fahaman. Yagami (utilitarisme) vs L (liberalism). Fiksyen zaman kini tidak lagi berkisarkan baik vs jahat. Kini, setiap pertentangan antara kedua belah adalah lebih kepada perbezaan idealogi. Contoh kita dapat lihat melalui pertentangan yang berlaku antara KIRA vs L yang menganggap fahaman falsafah merekalah yang betul. kita dapat lihat lagi pertentangan ideologi atau “game of theory” dalam banyak anime seperti Naruto, dalam movie infinity war, Thanos (utilitarisme) vs Avengers ( liberalism) dan dalam movie Batman vs Superman.

Benda pertentangan ideologi ini lebih menarik untuk di jadikan movie berbanding dengan siri cerita klasik yang menceritakan tentang pertentangan “baik” vs “jahat”. Hal ini kerana, pertentangan idealogi lebih mencabar pemikiran si penonton berbanding siri pertentangan baik vs jahat yang kesudahannya pasti memihak kepada si “baik”. Sebab itu kalau tahap pengetahuan kita tentang moraliti hanya berkisarkan jahat dan baik, kita takkan dapat tangkap mesej keseluruhan karya.

Sebenarnya, pertentangan ideologi ini banyak berlaku dalam kehidupan seharian kita Cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya. Sebab itu konflik dan dilemma sentiasa  berlaku dalam diri kita. Demikian jugalah moral, moral bukannya tentang baik dan jahat sahaja. Ia lebih daripada itu. Moral itu satu fahaman, pemikiran dan falsafah yang wujud akibat tingkah laku manusia dan norma masyarakat. Orang sering kata saya tidak bermoral, adakah mereka benar – benar faham apa itu moraliti?

Artikel dikirimkan oleh Adrian Avitus untuk The Patriots.

RUJUKAN:

Aroff, A. R. (1999). Pendidikan moral: teori etika dan amalan moral.

Omar, A. Z., Shuid, M., Aris, M., Sam, M. F., & Suratnu, R. (2014). Pengantar Pendidikan Moral. Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.

Mohd Zailee. (2018). Thanos dan Utilitarisme. Diperoleh daripada https://www.facebook.com/photo.php?fbid=1921318731233262&set=p.1921318731233262&type=1&theater


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.