Falsafah Thanos

1,639

Thanos melakukan snap dan akhirnya separuh daripada populasi manusia lenyap di alam semesta. Menurut Thanos, dia ingin menyelamatkan manusia yang lagi 50% untuk hidup dengan senang-lenang. Dengan lenyapnya 50% populasi manusia, maka kuranglah limitasi terhadap sumber manusia. Sebagaimana yang kita tahu, sumber manusia itu terhad perlu dipenuhi berdasarkan keperluan dan kehendak manusia yang tidak terhad. Kata Thanos, strategi ini ialah salvation, bukan madness seperti apa yang diberitahu Gamora, anak angkat kesayangannya.

Sebenarnya, Thanos menggunakan etika utilitarianism yang bersangkut-paut dengan falsafah Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Bagi mereka, kebaikan ini ialah yang boleh memberi manfaat yang besar meskipun perlu korbankan sesuatu. Tidak mengapa korban (perilaku dan bermoral seperti membunuh) sesuatu yang kecil, demi sesuatu yang besar. Itulah utilitarianism.

Hal ini kontradik dengan perspektif deontology belah Captain America yang mana ini juga merupakan mazhab Immanuel Kant. Moral hanya boleh dikira bermoral sekiranya perilaku dibuat dalam kerangka memanfaatkan umum tanpa korban atau meminggirkan apa-apa. Tidak ada istilah korbankan sesuatu demi sesuatu yang lebih besar dalam mazhab falsafah ini. Kant juga berpandangan yang bukan sekadar haram untuk bunuh seseorang untuk menyelamatkan dua orang, tetapi nak menipu seorang untuk dua orang pun tak boleh!

Berbalik kepada mazhab utilitarianism tadi, jika dipetik satu pendapat daripada seorang ahli falsafah kontemporari Peter Singer, katanya yang utilitarianism sudah diperbaharui kepada perletakkan limitasi terhadapnya. ‘Pengorbanan’ yang boleh hanya pada membvnuh bayi yang mempunyai ketidakupayaan yang sangat teruk. Singer justifikasinya sebagai halal untuk membvnuh. Itulah limitasi utilitarianism ala Singer.

Mari kita lihat dari sudut ekonomi.

Thomas Malthus, seorang ahli ekonomi politik berbangsa British menyusun satu model dalam Essay on the Principle of Population yang perlu untuk digalakkan rakyat England untuk kurangkan perkahwinan ataupun lambatkan perkahwinan. Ini kerana populasi yang meningkat di England sejak tahun 1700 lebih. Ini sama seperti masalah Thanos tadi. Makin ramai orang, makin susah nak sediakan makan minum. Oleh kerana susah untuk nak sediakan makan minum, mampu membawa kepada kebuluran, kemiskinan, seterusnya penyakit dan mati. Inilah namanya scarcity.

David Weil, Profesor dan Ketua Ekonomi di Brown Universiti menyanggah model Malthus menyatakan yang solusi itu sudah berakhir dan itu bukan gaya hidup zaman ini. Ianya sudah tidak realistik untuk dipraktikkan.

Selain itu juga, Aaron Jonas Stutz, Profesor Madya dalam bidang Antopologi di Oxford College of Emory University mengatakan, “ dia (Malthus) melihat awan ribut, tetapi manusia berjaya mencari jalan melepasi kabus itu.”

Apa sebab Stutz dan Weil kata begitu? Kerana revolusi industri dan kemajuan teknologi membawa kepada peningkatan populasi manusia sehingga 7.5 billion. Malthus sibuk risau yang tanah-tanah yang ada sekarang tidak cukup untuk bertani untuk menyediakan sumber bagi manusia yang populasinya kian meningkat. Tapi, hari ini, kita sudah guna baja, mesin dan tanaman kejuruteraan untuk dapat ‘lebih banyak’ dari pertaniah tanah itu tadi. Dunia sudah berubah.

Apa kata, kalau tak boleh nak hapuskan separuh populasi manusia. Kenapa tidak kita gandakan sumber? Double the sources?

Ini pun satu hal. Tak boleh. Sebab ia merosakkan lagi planet. Realitinya, sumber kita sebenarnya cukup. Tetapi manusia kurang cerdik dalam memilih mana yang perlu, mana yang nafsu. Itu sahaja. Kalau kita gandakan lagi, dengan ketidakcerdikan manusia, lagi banyak pencemaran akan berlaku. Selain itu, banyak lagi peper4ngan akan berlaku berbanding sekarang. Peper4ngan yang ingin mengeksploitasi sumber. Kalau sumber dua kali ganda, lagi gilalah peperangan akan terjadi. Demi menguasai sumber yang banyak.

Konklusinya, pada Thanos itu menyelamatkan sebab itu prinsip yang dia pegang. Hatta, Gamora itu sendiri dibunuh olehnya sebab nak dapatkan satu Stone. Gamora itulah satu-satunya anak angkat yang amat dia sayang. Di situ, menunjukkan juga yang Thanos bukan selfish. Orang yang paling disayang pun sanggup dibunuh. Cumanya, prinsip yang diguna untuk manfaat umum itu yang salah. Moga-moga bertaubat. Eh, dah mati sebab kena pancung oleh Thor.

Artikel dikirimkan oleh Sadiq Salihoddin untuk The Patriots.

RUJUKAN:

leaky20. (2019, March). The Philosophy of Thanos. Retrieved from Steemit: https://steemit.com/philosophy/@leaky20/the-philosophy-of-thanos

Potenza, A. (2018, May 4). Thanos’ plan in Avengers: Infinity War has historical precedent, but he applies it wrong. Retrieved from The Verge: https://www.theverge.com/2018/5/4/17319992/thanos-plan-avengers-infinity-war-historical-precedent-science-malthus

Roberts, D. (2018, May 17). The irresolvable moral dilemma at the heart of Avengers: Infinity War. Retrieved from Vox: https://www.vox.com/summer-movies/2018/5/17/17343442/avengers-infinity-war-captain-america-thanos-sequel-moral-dilemma

Ruangan komen telah ditutup.