Falsafah Kontroversi Serat Suluk Gatolotjo Pulau Jawa

772

Dalam setiap kebudayaan masyarakat wujud pelbagai kepercayaan setempat yang diwarisi melalui generasi ke generasi seterusnya sehingga menjadi amalan asas pada sebahagian penganut.

Walaupun hakikat kepercayaan induk masyarakat Nusantara yakni, penutur Austronesia, sebelum kedatangan Hindu, Buddha dan Islam merupakan penganut tegar Animisme.

Animisme ternyata tidak dapat dipisahkan daripada amalan tradisi sebahagian masyarakat Nusantara sehingga kemunculan fahaman yang bercampur antara falsafah adat resam dengan agama.

Di Tanah Jawa contohnya, terdapat fahaman masyarakat Jawa dikenali sebagai Abangan iaitu sebuah ajaran lokal yang menganut Islam secara nominal.

Konsep Sinkrestime dapat didefinasikan sebagai mancampurkan idea dan praktik agama yang dipercayai sebagai langkah untuk menyelaraskan kepercayaan dan pemikiran berbeza bertujuan untuk membenarkan ‘perpaduan asas’ , dan hasil daripada akulturasi tersebut menghasilkan percampuran pelbagai fahaman dan budaya.

Dari sudut perspektif Islam, Islam memberi definisi negatif kerana Sinkretism banyak melakukan perubahan dan ‘bid’ah’ yang mengancam teras agama.

Sinkrestime bukanlah fenomena yang baharu, malah sejak era Ptolemaic(Greek) telah menyembah Dewa Serapis, iaitu dewa Greco-Egypt yang menggabungkan antara dewa Greek dan Mesir seperti Zeus, Osiris, Apis, Helius dalam satu identiti dan entiti sama.

Falsafah Kontroversi dalam Serat Seni Gatolotjo

Antara contoh perkembangan fahaman ‘rojak’ ini bermula boleh didapati di dalam kitab sastera yang kontroversi iaitu Serat Suluk Falsafah Gatolotjo, menceritakan tentang perjalanan watak seorang lelaki yang berwajah hodoh dan bertabiat tercela.

Seperti yang dikatakan oleh kebanyakan orang, tak hensem tak apa janji k̶a̶y̶a̶ baik akhlak. ini sudah lah tak hensem perangai buruk pulak. Lebih kurang begitulah.

Sementara itu, Mamat ini bukan lah seorang tokoh filsuf mahupun pembaca berita tetapi kelebihannya adalah petah berbicara, bijak berfalsafah dan bermadani(mengejek sinis).

Mana tidaknya, kerja dia setiap hari mencari lawan untuk berdiskusi. Setiap bait yang dilontar daripada mulut Gatolotjo mengandungi makna tersirat dalam berfalsafah. Tak ada seorang yang mampu tewaskan dia dalam berhujah.

Oleh demikian, Gatolotjo adalah seorang anak raja yang cacat fizikal. Lantaran daripada itu, tindakan beliau membawa diri keluar dari istana adalah untuk mengembara bagi merasai pengalaman beruzlah dalam mencari eksistensi diri.

Gatolotjo

Watak Gatolotjo diilhamkan daripada sifat keperibadian dan kompilasi kisah Sidharta Gautama Buddha dan mitos ‘islamisasi’ Brawijaya Raja Majapahit. Melalui kisah ini boleh dikesan pengarang memasukkan elemen daripada Buddhism, Hinduism, Islam dan kepercayaan/mistik tempatan dalam satu identiti.

Dalam pada itu, antara isi falsafah kontroversi yang terkandung dalam Serat ketika Gatolotjo sedang berlawan hujah dengan Kiai Abdul Djabar, apabila kiai dan muridnya menghina dan perlekeh fizikal Gatolotjo.

“Agama itu bebas. Dalam kehidupan. biar beragama Cina sekalipun. Sekiranya anda ikhlas dalam beragama, ia benar akan diterima. Oleh itu, guru yang mengajar agamamu salah dengan mengatakan agama lain sebagai kafir. Sedangkan pegangan agamaku murni, iaitu agama rasa.”

“Sekiranya anda ingin mengetahui agama rasa, itulah agama yang mematuhi perasaan yang dirasakan oleh hati. Rasa badan dan mulut. Saya mematuhi semua itu. rasanya manis dan lazat. Sekiranya anda tidak faham maksud saya, sangat tepat bahawa anda tidak memiliki akal. Tidak ada nama, apalagi rasa. Tidak tahu makna yang diucapkan, tidak tahu tujuan yang dimaksudkan.”

Selain itu, ada lagi beberapa ungkapan falsafah yang dihamburkan oleh Gatolotjo.

“Sampai sekarang, badan aku boleh rosak, setiap pergerakan tubuh Rasulullah memerintah kerana aku kekasihnya. Sebagai putera yang menghidupkan setiap orang. Aku tuhan ya Muhammad.”

“Aku sendiri tidak mempunyai kekuatan sama sekali. Aku tahu bahawa suatu hari ia akan hancur, dengan pemberian dan kehendak yang paling suci. Kerana tubuh aku adalah roh. Mengetahui Hyang Widi bertindak sesuai dengan kehendak Sang Hyang, aku tidak mempunyai apa-apa. Sekiranya tidak ada belas kasihan dari Hyang Widi, aku hanya kosong dan kesepian seperti rasa sebelum kelahiranku.”

Inti pati falsafah yang diucapkan berbaur bid’ah dan zindiq mempunyai  konsep bersadur Islam dengan Hindu Dharma masyarakat Bali iaitu Sang Hyang Widhi(Tuhan yang maha esa.)

Kalau nak katakan ‘Tuhan Yang Maha Esa’ itu merujuk pada Allah sangat tidak dapat diterima walaupun ‘ciri-ciri’ seakan hampir sama kerana masih wujud kecacatan dalam konsep tersebut.

Lebih-lebih lagi Kitab Serat Gatolotjo dipercayai dikarang oleh Kiai Ngabdullah Tunggul Walung. Setelah bertukar agama daripada seorang Kiai Islam, Dia bertukar angin memilih untuk menjadi seorang misionaris kristian yang bercampur Nuansa Jawa(agama lokal orang Jawa).

Tentang fizikal Gatolotjo sememangnya buruk. Dari segi zahir mahupun batin tak ada ciri-ciri manusia perwatakan baik selain sifatnya yang tercela. Tetapi kenapa pengarang berbuat demikian? Adakah ingin menunjukkan bahawa orang yang mempunyai penampilan selekeh dan buruk lebih berakal dalam memahami makna toleransi beragama berbanding orang jenis mulut tak lekang menyebut nama tuhan tetapi jumud?.

Penampilan baik tidak semestinya berhati mulia, berpakaian selekeh juga tidak menjaminkan seseorang itu jahat, tetapi Islam mengutamakan adab dan kebersihan dalam setiap aspek.

Gambaran Kiai Ngabdullah Tungul Walung

Natijahnya, Implikasi daripada keterlaluan dalam toleransi agama akan mengakibatkan kecacatan dalam teras agama justeru bakal menimbulkan ketegangan pelbagai pihak kerana konsep sinkretisme ini ditolak secara total oleh Kristian dan Islam sendiri.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.