Bagi pengikut filem It: Chapter One, mesti sambungan yang dikeluarkan pada 26 Ogos 2019 dinanti-nantikan. Dalam fiksyen ini, seekor raksasa kejam bernama Pennywise (dan Bob Gray) dikisahkan akan timbul setiap 27-28 tahun untuk bermaharajalela selama setahun. Cara kemunculannya pun berbeza-beza, kerana Pennywise tahu ketakutan subjeknya.

Ben Hanscom menunjukkan ketakutan yang berbeza semasa budak (mumia) dan dewasa (klaustrofobia). Bila sampai tempoh, Pennywise kembali beradu dalam kegelapan untuk giliran seterusnya. Dalam filem pertama, George Denbrough menjadi mangsa dalam-skrin pertama. Manakala dalam sekuel pula, Pennywise memangsakan Adrian Mellon pula.

Tetapi peleraian plot Chapter Two yang mencerminkan suatu falsafah unik. Mesti tidak masuk akal – kerana Pennywise telah dikasari dengan segala macam. Filem pertama menyaksikan Pennywise ditik4m di muka (di Rumah Neibolt) dan juga perut dari belakang (di dalam Barrens). Filem kedua pula Pennywise dibaling lembing tepat ke mulutnya semasa sedang memancarkan cahaya m4ut terhadap Richie Tozier. Namun kesudahannya pula, di sebalik segala keganasan dialami, Pennywise menjadi debu selepas dipicit jantungnya.

Bahagian jantung telah dijelaskan bahawa Pennywise perlu dikecilkan (dilemahkan) sampai ke tahap bagaikan kuasanya sudah tiada. Namun cara Losers hapuskan kuasa Pennywise sangatlah unik: berpakat untuk buat Pennywise takut pula. Maka mereka menjerkahnya “clown!”, “mimic!”, “a ****less boy!” dan macam-macam lagi untuk mengecilkan Pennywise dari labah-labah gergasi ke bagaikan bayi.

Disini jelas suatu falsafah unik yang ramai mungkin terlepas pandang. Untuk menewaskan pembuli, mangsa perlu menguatkan diri. Terdapat tujuh langkah diketengahkan “Mighty Fighter” yang selaras dengan pendapat pakar psikologi. Untuk menentang pembuli, mangsa perlu (1) belajar pertahanan diri, (2) bersedia secara mental, (3) bersedia secara fizikal, (4) berpakat dengan rakan-rakan yang berpengaruh, (5) kembalikan hinaan pembuli, (6) jangan tunjuk reaksi terkesan dan (7) berdepan dengan pembuli.

Kalau dilihat secara jelas, babak Pennywise dikecilkan jelas menepati ciri-ciri mangsa berdepan pembuli. Losers telah bersedia untuk menentang (belajar pertahanan diri) dengan cara tidak tunjuk ketakutan. Mereka juga bersedia secara mental (yakni ritual Chud). Mereka turut bersedia secara fizikal (dengan nasihat dari Eddie Kaspbrak yang menewaskan Pennywise dalam bentuk pesakit leprosi). Pakatan mereka juga utuh, yang mana mereka kembali hinaan semasa berdepan dengan Pennywise (Clown! Clown! Clown!).

Perkara ini jelas untuk diaplikasikan dalam alam realiti. Selama 27 tahun Pennywise membuli Losers, sampaikan meragut nyawa George Denbrough pun. Meskipun mereka lupa setelah keluar dari Derry, hidup mereka tetap mengikuti. Bill Denbrough asalnya dikasari ibu bapa, terus dikasari isteri pula. Eddie yang membesar dengan ibu paranoid soal kesihatan mendapat isteri serupa – gemuk dan paranoid (lucunya pelakon ibu dan isteri ialah sama). Mike Hanlon pula membesar dihina siap dituduh bertanggungjawab di sebalik kebakaran yang meragut ibu bapanya. Stanley Uris tidak dapat menewaskan ketakutannya dan sentiasa gugup sampai bunuh diri. Dan paling utama sekali ialah Beverly, yang didera secara seksual oleh bapa dan kemudian suami sendiri.

Hanya selepas Pennywise mati barulah hidup mereka berubah. Beverly dan Ben dapat menjalinkan cinta normal. Bill mendapat jalan cerita baik untuk novel terbarunya. Mike pun dapat keluar dari Derry. Secara halus, pengarah Andy Muschietti menunjukkan kesan buli sebelum dan selepas penyelesaiannya. Pada hari ini, buli telah berkembang pesat dalam fizikal, lisan, maruah, harta benda ke siber.

Di Amerika Syarikat, seorang dalam lima pelajar antara umur 12-18 tahun dibuli. Hampir 160,000 remaja ponteng sekolah kerana dibuli. Malaysia pun tiada bezanya. Apa yang pasti dalam filem-filem It, falsafah buli memang tebal. Lawan balik, kerana pembuli hanyalah badut yang berhati tisu.

RUJUKAN:

Bullying: Fast Facts – https://nces.ed.gov/fastfacts/display.asp?id=719

Facts About Bullying – https://www.stopbullying.gov/media/facts/index.html

Top 10 Ways On How To Fight Bullying – http://www.mightyfighter.com/how-to-fight-bullying/


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.