Apa makna keadilan jika tiada yang menyaksikan? Soalan sebegini sememangnya ditujukan kepada golongan realis dan yang mengaku idealis, melalui karya anime D3ath Note. Anime D3ath Note banyak ketengahkan pelbagai isu falsafah seperti hak milik persendirian, kebebasan dan sebagainya.

Tapi, isu falsafah yang paling utama diketengahkan ialah falsafah keadilan. Falsafah keadilan ini kita dah selalu tengok kat TV, macam-macam dah melalui rancangan seperti Robocop, Harry Potter, Dark Knight, Justice League, Avengers dan lain-lain. Tapi D3ath Note ambil pendekatan yang agak berbeza. D3ath Note lebih kepada bagaimana ia cakap mengenai keadilan, bukan soal apa itu keadilan.

Alkisah D3ath Note ialah mengenai Light Yagami, seorang pemuda yang menjumpai sebuah buku nota yang dipanggil D3ath Note. Buku nota ini digunakan oleh Shinigami untuk menjamin kelangsungan hidupnya, namun buku ini juga boleh digunakan oleh manusia biasa.

Jika ditulis nama seseorang dalam buku ini, nyawa yang tertulis itu akan diambil, dan meningkatkan jangka hayat Shinigami (Dewa Kem4tian Mitos Jepun). Raja Kem4tian (The King of D3ath) adalah makhluk yang mampu mengawal peraturan D3ath Note, boleh ubah apa beliau rasa perlu. Walaubagaimanapun, peraturan utama ialah

“The human whose name is written in this note shall DIE.”

Setelah mengetahui aturan dan kuasa buku tersebut, Light Yagami berazam untuk membebaskan dunia daripada jenayah, mengimpikan dunia sifar jenayah. Beliau menggunakan persona Kira, satu entiti misteri yang mengakibatkan epidemik lemah jantung kepada orang awam, khususnya para penjenayah. Namun, sudah tentu kem4tian secara massa para penjenayah ini mencetuskan panik dan persoalan kepada orang awam, dan juga penguatkuasa undang-undang.

Anime ini tidak beritahu kita secara spesifik apa itu keadilan, tapi mencabar setiap definisi keadilan yang kita ketahui. Ini bermakna keadilan itu bukanlah terletak kepada interpretasi umum, dan tiada definisi yang semua orang boleh ‘agreed upon’ mengenai keadilan.

Malah keadilan terletak pada individu, kalau seseorang itu kata tidak adil, maka bagi beliau tidak adil walaupun orang lain kata sebaliknya. Light Yagami sendiri pun mempersoalkan kompas moralnya, adakah beliau patut bunuh ramai orang demi mencapai matlamatnya? Apa definisi Light Yagami tentang keadilan? Kalau seseorang merompak, adakah beliau layak dibunuh tanpa bicara?

Dalam buku II The Republic karya Plato, banyak membahaskan tentang keadilan. Salah satu analogi yang digunakan ialah cerita Ring of Gyges, yang ceritanya dicedok oleh J.R.R. Tolkien untuk mahakarya Lord of The Rings. Dalam cerita ini, pemakai cincin akan jadi halimunan, sekaligus menjadi seorang ‘anonymous’ dalam masyarakat setempat.

Konsep ‘anonymous’ ini mencerminkan peranan Light Yagami sebagai Kira, yang misteri di mata masyarakat dan juga kebanyakan ‘keyboard warrior’ yang pakai fake account untuk tujuan troll. Secara positifnya, memanglah kita boleh berkongsi minat kita dengan orang tak dikenali, berasa ‘hidup’ apabila kita dapat tahu bahawa bukan kita sahaja yang minat game, kartun walaupun dah berusia. Namun mengikut Plato, keadaan ‘anonymous’ juga boleh jadi satu intrumen ketidakadilan [1].

Sebagai contoh, dalam hal Light Yagami, apabila beliau mempunyai keupayaan tanpa batasan untuk membvnuh, beliau jadi halimunan di mata masyarakat sekaligus ‘anonymous’.  Ini menunjukkan bahawa hanya buku D3ath Note sahaja yang menjadi hijab kepada keadilan dan kezaliman, sama seperti cincin Gyges dan cincin Lord of the Rings [2].

Plato juga berhujah kita semua akan jadi tidak adil jika kita semua ‘anonymous’, kerana ketidakadilan lebih memuaskan berbanding keadilan. Kita cuma adil bila perlu. Lebih-lebih lagi, keadilan berguna apabila ia buat kita nampak baik. Dalam buku An Enquiry Concerning Human Understanding (1748), David Hume menjelaskan bahawa apa yang membezakan keburukan dan kebaikan adalah kegunaannya.

Jadi kalau kita faham, memang natural jika seseorang yang mempunyai kuasa halimunan atau ‘anonymous’ untuk melakukan rompakan, huru hara dan kejahatan kerana mereka merasa semua itu tidak perlu. Kalau seorang individu langgar PKPP, tidak boleh dimaafkan tapi kalau berbelas ribu orang langgar PKP [3], anggap jela tak nampak..

Dalam anime ini juga, sebagai pengukuh hujah, sokongan untuk Kira sebagai pendukung keadilan memberangsangkan terutamanya daripada konumiti atas talian. Ramai di internet menyokong tindakan Kira dan anggap Kira sebagai wira, walaupun propaganda pihak kerajaan membantah tindakan Kira dan melabel Kira sebagai outlaw. Dalam hal ini.moral berkait dengan kegembiraan maksimum masyarakat.

Menurut Jeremy Bentham, motivasi manusia yang paling utama bukanlah moral, tapi mengejar kegembiraan dan mengelak kepedihan [4]. Pendekatan ini ialah pendekatan Utilitarianism, bermakna kalau ramai yang suka tindakan anda, tindakan anda menggembirakan masyarakat, maka anda adil. Jeremy Bentham ini sangat ekstrim percaya pada pendekatannya, sampai beliau sanggup bagi orang mumiakan mayat beliau dan letak di muzium, untuk tatapan awam [5].

Penulis tak nak bagi banyak sangat sebab takut spoiler. Bukan sahaja jalan cerita yang memprovokasi minda, malah watak-watak dalam anime ini juga memainkan peranan dalam mempersembahkan apa yang mereka fikir tentang keadilan hakiki.Light Yagami pernah mengiktiraf bahawa dengan pendekatan beliau merendahkan kadar jenayah dan menghentikan peperangan, beliau ialah keadilan.

Namun adakah adil jika keadilan itu hanya terletak pada perspektif individu sahaja? Bagaimana pula dengan orang yang beliau bunuh? Adakah itu keadilan setimpal untuk mereka? Atau sekadar bagi menonjol di mata orang awam supaya nampak Kira ini adil? Sebagai penutup, penulis letakkan soalan yang cuba diketengahkan pada artikel kali ini :-

Kalau anda dapat tulis nama orang yang anda ingin hapuskan demi keamanan dunia, berapakah ketebalan buku anda?


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Ahmad Naqib Syahmi bin Jaafar. Bekas pensyarah Kolej Profesional MARA Indera Mahkota, Kuantan. Sekarang pelajar separuh masa sarjana media komunikasi dan pengajian perang di UiTM Shah Alam.

Comments are closed.