Falsafah Dalam One-Punch Man

1,124

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

Untuk edisi bedah karya kali ini, penulis akan cuba untuk bedah karya yang sudah lama diingatan. One punch man. One Punch Man berbeza dengan cerita yang lain, di mana seolah-olah tidak ada drama langsung. Kita boleh jangka apa yang akan berlaku, wiranya Saitama pasti akan menang dengan satu tumbukan. Tapi bukankah ending sebegitu membosankan? Kenapa ramai yang minat cerita ini? Apa yang bestnya?

MACAM BIASA. SPOILERS AHEAD.

Watak protagonis One Punch Man ialah Saitama, seorang rakyat biasa yang meninggalkan kerja sebagai kerani, mengambil keputusan untuk menjadi wira. Beliau berlatih siang dan malam dan akhirnya beliau berjaya menjadi wira yang gagah. Namun, beliau dilihat terlalu gagah apabila beliau boleh mengalahkan penjahat dan raksaksa dengan hanya satu tumbukan sahaja. Disebabkan itu, beliau jadi bosan. Walaupun tidak dibayar sebagai wira, beliau tidak gembira dengan pekerjaan itu.

Kalau baca synopsis sahaja, kita dah boleh anggap falsafah anime ini ialah mengenai kebosanan ataupun boredom. Namun kalau dilihat dari perspektif yang berbeza, One Punch Man juga mengandaikan dunia tanpa konflik.

Penulis manga One-Punch Man,  Yusuke Murata berjaya menulis satu cerita yang menarik tentang saga adiwira apabila wira itu menjadi terlalu berkuasa, terlalu kuat sehinggakan boleh kalahkan sesiapa- biar gergasi sekalipun- dengan satu tumbukan. Sekarang beliau dapati hidupnya hambar, tidak ada cabaran. Padahal, beliau jadi adiwira sebab nak hilangkan kebosanan hidupnya yang dulu makan gaji. Makin ramai vilen yang beliau kalahkan, makin hambar hidupnya.

Kebosanan lagi teruk dari mati??

Soren Kierkegaard, berpendapat bahawa kebosanan lagi teruk daripada mati. Kalau anda rasa tidak tahan dengan sakit mati, kebosanan sebenarnya lagi teruk. Ini kerana bak kata pepatah,

“Boredom is the root of all evil”.

Lawan kepada boredom, bukanlah enjoyment, tapi pantheism, iaitu kualiti ‘kecukupan’, rasa cukup dengan apa yang ada. Kebosanan, asasnya adalah kekosongan, nothingness yang bertiup dalam kehidupan dan kewujudan kita [1]. Dalam masa yang sama, beliau juga beranggap bahawa kebosanan ialah perlembagaan asas kita di muka bumi ini. Katanya, semua manusia membosankan.

Perkataan ‘boring’ itu sendiri pun memberi 2 erti; seseorang yang membosankan orang lain (boring la mamat tu) dan keadaan sendiri yang tengah bosan (boring nya lepak sorang2). Mereka yang membosankan orang lain ialah plebeians, the crowd, yakni orang awam; manakala yang bosan dengan diri sendiri, the nobility. Yang peliknya, mereka yang tidak membosankan diri sendiri dianggap ‘boring’ oleh masyarakat, sedangkan yang membosankan diri sendiri akan cuba hiburkan orang lain.

Dalam One Punch Man, Saitama dulunya seorang salaryman, yang kerjanya hanya makan gaji. Beliau rasa hidup sebegitu membosankan, maka beliau ubah hidup berlatih untuk jadi adiwira. Jadi beliau dianggap ‘boring’ oleh masyarakat setempat, tidak hairanlah dengan dunia moden sekarang.

Ramai yang cuba lari daripada 9 – 5 job, tambah-tambah millenials. Millennials kini sedang mendominasi sector pekerjaan tetapi mengikut data 2016 Gallup poll, 71% daripada mereka tidak ‘engaged’ dengan kerja mereka dan sekurang-kurangnya 60% daripada mereka adalah terbuka untuk pelbagai peluang kerja lain [2]. Tambahan pula, Gallup’s research, berdasarkan data daripada lebih 1 juta responden, mendapati millennial workforces, banyak yang berhenti kerja.

Cerita vs Konflik

Seorang ‘Guru’ bidang penulisan, Robert McKee mengatakan bahawa seorang protagonist dalam cerita perlu masuk dalam dunia “governed by the Law of Conflict” [3]. Cerita adalah konflik, dan konflik adalah cerita. Tidak dapat dipisahkan. Tanpa konflik, pembaca tidak akan berminat dengan cerita anda walaupun naratifnya menarik. Kalau watak anda tidak pernah ‘struggle’, cerita anda akan bosan. Malah, cerita juga bermaksud bagaimana watak menyelesaikan konflik dengan pelbagai halangan yang menimpa. Sebut sahaja cerita apa, mesti ada konflik.

Dalam isu One Punch Man, ceritanya banyak focus kepada konflik watak sampingan, seperti latar belakang vilen, persatuan adiwira dan watak pembantu Genos. Saitama hanya dilihat sebagai ‘perompak’ kepada watak-watak di atas, yang memiliki motivasi untuk berjaya, tetapi dipatahkan oleh Saitama yang jadi wira sebab nak suka-suka. Genos sendiri pun hampir letupkan dirinya cuba mengalahkan vilen, tetapi Saitama senang-senang kalahkan vilen tersebut dengan satu tumbukan.

Dalam penulisan, ini ialah perkara utama yang perlu dielakkan, iaitu istilah ‘deux ex machina’. Ia membawa maksud “a character or event that seems almost divine, to exist effortlessly solve a problem that seems unsolvable.” [4]. Macam tiba-tiba tuhan setelkan masalah manusia, tak logik la.

Lagipun, kita akan respon emotionally dengan karakter dan cerita yang kita lihat. Ingat tak lagi, berapa ramai yang sedih bila Iron Man dan Black Widow mati dalam cerita Endgame? Dalam buku Studies on Hysteria, Sigmund Freud and Breuer mendefinisikan catharsis sebagai “The process of reducing or eliminating a complex by recalling it to conscious awareness and allowing it to be expressed.” [5].

Tapi One Punch Man adalah berlawanan dengan idea ini. Ia filem Anti-Catharsis. Jadi anime ini seolah-olah bermain dengan emosi kita, nampak konflik yang susah dan hebat perlu diselesaikan, tengok-tengok selesai macam tu je. Rakyat bukan main panik bila nampak meteor nak jatuh ke bumi, Saitama sekali tumbuk sahaja meteor itu tanpa korbankan nyawa sesiapa pun.

Ahli falsafah Jepun, memanggil pendekatan ini ‘painless civilization’ [6]. Dunia kita kini penuh dengan cara untuk mengurangkan kepedihan dan kesengsaraan; ubat, movie, Netflix, makanan dll. Dalam hal ini, “A preventive reduction of pain,” menyebabkan kita terlepas peluang untuk berfikir cara baru, menstrukturkan kembali makna kehidupan kita dan hasilnya, menyebabkan kita rugi tidak dapat mencari kebenaran makna hidup setiap insan.

Yelah, macam mana nak cari hidup yang bermakna kalau asyik fokus nak hilangkan kesakitan?

RUJUKAN

[1] M. Popova, “Kierkegaard on Boredom, Why Cat Listicles Fail to Answer the Soul’s Cry, and the Only True Cure for Existential Emptiness,” brainpickings.org, 14 January 2015. [Online]. Available: https://www.brainpickings.org/2015/01/14/kierkegaard-boredom-idleness-either-or/.

[2] T. Brigham, “A ‘millennial therapist’ explains why young people hate their jobs―and what to do about it,” cnbc.com, 29 July 2019. [Online]. Available: https://www.cnbc.com/2019/07/29/millennial-therapist-why-young-people-hate-their-jobs-so-much.html.

[3] S. Vaughan, “Conflict,” learn.lexiconic.net, [Online]. Available: https://learn.lexiconic.net/conflictart.html#:~:text=A%20story%20needs%20conflict%20whether,other%20words%2C%20story%20is%20conflict.. [Accessed 14 August 2020].

[4] softschools.com, “Deus Ex Machina Examples,” softschool.com, [Online]. Available: https://www.softschools.com/examples/grammar/deus_ex_machina_examples/198/. [Accessed 15 August 2020].

[5] K. Cherry, “The Role of Catharsis in Psychology,” verywellmind.com, 25 January 2020. [Online]. Available: https://www.verywellmind.com/what-is-catharsis-2794968.

[6] M. Morioka, “Painless Civilization and Fundamental Sense of Security,” Human Genetics in Intercultural Perspective, 2005.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.