Apabila memberikan definisi berkenaan seni bina, Hassan Fathy, seorang arkitek Muslim yang terkemuka di Mesir mempunyai perspektif yang berbeza. Pada pendapat beliau, seni bina itu adalah khusus untuk orang miskin dan reka bentuknya berpandukan kaedah tradisi golongan tersebut. Falsafah seni bina yang diperkenalkan oleh Arkitek Hassan Fathy adalah respon tindak balas dalam menyanggah falsafah pemodenan seni bina yang dibawa daripada Eropah.

Mungkin bagi sesetengah masyarakat, Hassan Fathy bukanlah arkitek yang dikenali ramai. Tapi, di dalam dunia akademik dan dikalangan para arkitek, beliau cukup terkenal dengan falsafahnya yang berbeza serta telah memberikan impak yang positif terhadap negara Mesir ketika itu. Hassan Fathy telah dilahirkan pada 23 Mac 1900 di Alexandria, Mesir dan meninggal dunia pada 30 November 1989 ketika berusia 89 tahun di Kaherah, Mesir.

Beliau telah menamatkan pengajian seni bina di Universiti Raja Fuad yang kini dikenali sebagai Universiti Kaherah pada 1926. Sepanjang karier beliau sebagai Arkitek, beliau telah membina sebanyak 160 bangunan daripada sekecil-kecil saiz projek sehingga ke projek komuniti berskala besar yang mengandungi masjid dan sekolah. Falsafah seni bina beliau telah memberikan impak yang besar di Mesir sehingga ke Greece malah hingga ke New Mexico di mana Hassan Fathy telah mereka bentuk pusat komuniti Dar Al-Salam di sana pada tahun 1981. Beliau juga telah menerima pelbagai anugerah diperingkat antarabangsa iaitu:

  1. Aga Khan Chairman’s Award for Architecture (1980)
  2. Balzan Prize (1980)
  3. Right Livelihood (1980)
  4. Gold Medal, International Union of Architects (1984)

Hassan Fathy dikenali sebagai arkitek yang mereka bentuk sesebuah bangunan untuk orang miskin kerana kaedah pembinaan dan reka bentuk beliau adalah untuk menyediakan tempat tinggal yang boleh dimiliki oleh orang yang kurang berkemampuan. Selepas menamatkan pengajian pada tahun 1926, beliau telah diminta untuk membina sebuah sekolah di Talkha, sebuah pekan kecil sekitar Sungai Nil di utara Mesir. Kekecewaan jelas terpancar apabila beliau melihatkan keadaan di pekan Talkha di mana jalan-jalannya dipenuhi makanan-makanan yang sudah buruk dan air yang kotor, rumah-rumah yang usang serta para petani yang hanya meredhai sahaja kehidupan seperti itu.

Keadaan ini telah memberikan beliau inspirasi untuk membantu mereka mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Dari situlah muncul pandangan beliau bahawa seni bina itu adalah untuk orang miskin sekaligus mendapat kecaman sesetengah para ahli akademik. Walaupun pendapat beliau berbeza di dalam memberikan definisi seni bina, namun, pandangan beliau tetap diterima sebagai satu ilmu dalam bidang seni bina. Hassan Fathy juga mempunyai ramai anak murid yang meneruskan dan mendokong legasi beliau.

Hassan Fathy telah menulis sebuah buku yang bertajuk ‘Architecture for The Poor’ yang mana di dalam buku itu, beliau telah memberikan pandangan di dalam bidang seni bina. Beliau juga mengkritik kapitalis yang hanya mementingkan keuntungan dan tidak menghiraukan keperluan kemudahan tempat tinggal bagi orang-orang yang miskin dan kurang berkemampuan. Penggunaan bahan-bahan yang mudah didapati di sekitar kawasan setempat seperti batu-bata dan tanah liat, menjadikan hasil kerja beliau mesra alam dan mampu dimiliki.

Kampung New Gourna adalah contoh projek yang mencerminkan falsafah seni bina Hassan Fathy. Projek ini telah diamanahkan oleh Kerajaan Mesir pada tahun 1946 untuk menempatkan 3000 buah keluarga yang terpaksa dipindahkan. Beliau telah membina dinding yang tebal dan laman dalam (courtyards) tradisional di dalam kampung tersebut di mana konsep ini menggabungkan nilai-nilai kebudayaan setempat dan juga mewujudkan ‘passive cooling’ iaitu dengan membina perangkap angin (windcatcher).

Bahan binaan yang digunakan adalah menggunakan batu-bata dan kaedah pembakaran tanah. Beliau langsung tidak menggunakan kaedah pembinaan konkrit di dalam membina kampung New Gourna itu. Beliau turut menjadikan penduduk kampung sebagai pekerja untuk membina rumah mereka sendiri sekaligus dapat mengurangkan kos buruh. Pendekatan kaedah pembinaan tradisional di dalam membina sebuah projek yang besar ini telah menaikkan nama beliau di dalam dunia seni bina.

Bagi para sarjana seni bina di Eropah, mereka melihat pendekatan Hassan Fathy adalah lebih kepada seni bina vernakular atau juga dikenali seni bina tradisional. Seni bina beliau juga dikatakan mesra alam dan menjadi inspirasi buat sesetengah projek di sekitar negara timur tengah. Ada juga berpendapat bahawa seni bina beliau merupakan kesinambungan seni bina Islam seperti yang dituliskan oleh Ahmad Hamid di dalam bukunya, ‘Hassan Fathy and Continuity in Islamic Art and Architecture: The Birth of A New Modern’, namun pendapat ini disanggah kerana dikatakan seni bina Hassan Fathy sebenarnya lebih kepada respon tindak balas terhadap falsafah ‘modernism’.

Namun begitu, falsafah seni bina yang diketengahkan oleh Hassan Fathy tidak boleh menyelesaikan permasalahan peningkatan permintaan yang tinggi terhadap rumah. Ini disebabkan kaedah pembinaan yang diketengahkan oleh beliau tidak mampu untuk diaplikasikan dalam pembinaan rumah dengan cepat. Penolakan beliau di dalam menggunakan konkrit di dalam pembinaan menyebabkan falsafah beliau tidak lagi relevan di dalam memenuhi permintaan yang tinggi di dalam pembinaan bangunan berasaskan konkrit.

Malah, orang-orang yang kurang berkemampuan juga banyak membina rumah mereka menggunakan konkrit. Beliau juga menerima kritikan daripada para sarjana dan arkitek disebabkan falsafah beliau yang mempunyai banyak kelompongan dan kurang sesuai diaplikasikan pada zaman hari ini. Jadi, ‘Architecture for The Poor’ yang dikatakan oleh Hassan Fathy tidak lagi relevan pada hari ini. Walaubagaimanapun, falsafah beliau masih diteruskan oleh beberapa orang anak murid beliau tetapi lebih kepada projek-projek

Namun begitu, falsafah seni bina yang diketengahkan oleh Hassan Fathy tidak boleh menyelesaikan permasalahan peningkatan permintaan yang tinggi terhadap rumah. Ini disebabkan kaedah pembinaan yang diketengahkan oleh beliau tidak mampu untuk diaplikasikan dalam pembinaan rumah dengan cepat. Penolakan beliau di dalam menggunakan konkrit di dalam pembinaan menyebabkan falsafah beliau tidak lagi relevan di dalam memenuhi permintaan yang tinggi di dalam pembinaan bangunan berasaskan konkrit.

Malah, orang-orang yang kurang berkemampuan juga banyak membina rumah mereka menggunakan konkrit. Beliau juga menerima kritikan daripada para sarjana dan arkitek disebabkan falsafah beliau yang mempunyai banyak kelompongan dan kurang sesuai diaplikasikan pada zaman hari ini. Jadi, ‘Architecture for The Poor’ yang dikatakan oleh Hassan Fathy tidak lagi relevan pada hari ini. Walaubagaimanapun, falsafah beliau masih diteruskan oleh beberapa orang anak murid beliau tetapi lebih kepada projek-projek individual bukan projek yang berskala besar.

Konklusinya, falsafah seni bina Hassan Fathy boleh dikatakan sebagai sebuah seni bina yang mesra alam dengan penggunaan bahan-bahan binaan daripada tanah, mempunyai rekabentuk yang bersesuaian dengan persekitaran, kaedah pembinaan yang tradisional tanpa menggunakan teknologi-teknologi pembinaan yang canggih dan mampu dimiliki kerana kos pembinaannya yang rendah. Namun begitu, dengan kepesatan pembangunan pada zaman sekarang, idea yang dibawa oleh Hassan Fathy ini tidak mampu diaplikasikan sepenuhnya. Tambahan pula, pembinaan bangunan menggunakan konkrit semakin berkembang dan diterima masyarakat hari ini. Apapun, idea beliau tetap menjadi inspirasi bagi sesetengah arkitek di dalam mereka bentuk sesebuah bangunan hari ini.

BACAAN LANJUT:

  1. Hassan Fathy is The Middle East’s Father of Sustainable Architecture, by Tafline Laylin. https://www.greenprophet.com/2010/02/hassn-fathy-sustainable-architecture/
  2. Hassan Fathy and The Architecture for The Poor: The Controversy of Success. http://www.archidatum.com/articles/hassan-fathy-and-the-architecture-for-the-poor-the-controversy-of-success/
  3. Hassan Fathy: The Unacknowledged Conscience of Twentieth Century Architecture, by Dr Abdel-moniem El-shorbagy. http://www.ijens.org/104002-7878%20IJBAS-IJENS.pdf

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan graduan Sarjana Seni Bina daripada UiTM Puncak Alam (LAM and RIBA Part II). Mempunyai minat yang mendalam di dalam bidang agama, seni bina dan sains telah menjadikan bidang penulisan sebagai medium menyebarkan ilmu dan mendidik masyarakat.

Comments are closed.