Katakanlah anda mempunyai kenalan, yang mempunyai kuasa untuk mengubah realiti, tanpa disedari dirinya? Ya, itulah ringkasan pendek anime The Melancholy of Haruhi Suzumiya.

Anime ini berkisahkan tentang seorang watak lelaki bernama Kyon, pelajar sekolah menengah tinggi mengenai kisah anehnya dalam mengharungi segala kepelikan hidup yang mencarik akal dek sahabatnya, Suzumiya Haruhi. 3 tahun sebelum bermulanya segala permasalahan ini, Haruhi telah mengidamkan untuk bertemu dengan esper (psikik), pengembara masa dan makhluk asing. Oleh kerana kebolehan terpendam Haruhi, dia secara tak sengaja telah mewujudkan kesemua mereka ini dan takdir menemukan mereka semua di kelab yang ditubuhkan Haruhi sendiri, yakni SOS Brigade.

Ahlinya terdiri daripada Koizumi (esper), Asahina (pengembara masa), Nagato (android makhluk asing), Kyon dan Haruhi sendiri. Dengan tertubuhnya kelab ini, maka bermulalah kisah Kyon serta ahli kelabnya selain Haruhi dalam menjaga dan menstabilkan minda Haruhi supaya realiti tak musnah.

Tema 1: Absurdisme

Absurdisme ialah cabang falsafah Eksistansialisme yang diasaskan oleh Albert Camus (walaupun terma tersebut sudah ada sejak zaman Soren Kierrkegaard). Absurd, atau dalam bahasa Melayunya ‘keanehan’ ialah berkenaan konflik usaha manusia dalam mencari erti hidup dan kegagalan manusia dalam usaha tersebut. Hal ini kerana ilmu itu teramat luas, oleh itu pandangan alam berkenaan erti hidup hampir mustahil untuk dikecilkan. Jadi, manusia perlu menerima keanehan alam dan cuba mencari tempatnya yang tersendiri dalam alam.

Kaitannya dengan Kyon ialah dia telah beberapa kali terikat dengan peristiwa yang mengancam kewujudan realiti kerana hubungannya dengan Haruhi. Dalam satu kes, Haruhi cemburu dengan  interaksi Kyon dan Asahina, sekaligus mewujudkan ruang tertutup yang hanya dihuni dirinya dan Kyon kerana dunia sedang dimusnahkan bagi memenuhi permintaan Haruhi.

Dalam kes lain, pokok ceri berbunga lebih awal dari musimnya dan kucing mampu bercakap kerana Haruhi mahu membuat filem berkenaan dunia magik. Kesemua hal aneh ini telah menyebabkan Kyon malas ambil kisah tentang perkara-perkara yang tak logik untuk difikirkan. Kehidupannya sendiri sudah terlalu aneh, too absurd. Oleh itu, dia berpegang pada prinsip falsafah Absurdisme, di mana konsep makna hidup ini terlalu membingungkan, apa yang penting ialah untuk kekal hidup. Bagi kes Kyon, apa yang penting baginya adalah untuk mengelakkan dunia daripada dimusnahkan oleh Haruhi.

Gambar 1: Watak-watak utama filem anime The Disappearance of Haruhi Suzumiya dalam poster rasmi studio Kyoto Animation. Dari kiri: Koizumi (esper), Nagato (android-makhluk asing), Kyon (manusia biasa), Haruhi (dewi, ‘Tuhan’ secara teknikal), Asahina (pengembara masa).

Tema 2: Paradoks Zeno

Menurut Kyon, Haruhi dianggap sebagai Tuhan yang tak sempurna. Hal ini tak mengejutkan kerana kebolehan haruhi untuk mengubah realiti. Di sini datang satu persoalan. Sejauh manakah kuasa Haruhi?

Sekitar 400 tahun sebelum Masihi, seorang ahli falsafah bernama Zeno telah mengemukakan satu persoalan yang memeningkan berkenaan paradoks realiti Mutlak. Menurutnya, realiti Mutlak itu terlalu besar dan pening untuk difikirkan kerana keterbatasan kita dalam memahami sesuatu benda. Bayangkan, ada perlari bernama Achiles sejauh 1 km (lihat gambar rajah). Kemudiannya, dia perlu berlari separuh daripada jarak sebelum ini, yakni menjadi 0.5 km. Lariannya diteruskan ke separuh yang setersunya seperti 0.25 km, 0.125 km, 0.0625 km dan sebagainya.

Katakanlah dia sudah menghampiri garis penamat. Persoalannya di sini ialah adakah dia betul-betul berjaya menamatkan lariannya? Kalau kita lihat dari pandangan kita, kita akan merasakan perkara itu benar, namun tak bagi Achiles. Kenapa? Sebab menurut pandangan Achiles, lariannya hampr mustahil untuk ditamatkan kerana jaraknya sudah menjadi sangat kecil! Barangkali sewaktu dia sudah dekat dengan garisan tersebut, jaraknya mungkin sudah menjadi 0.5 cm, 0.25 cm dan semakin mengecil! Dalam kata lain, perkara yang besar seperti realiti Mutlak itu tak mampu untuk difikirkan kita.

Gambar 2: Paradoks Zeno menyebabkan jarak larian menjadi semakin kecil, namun tak berpenghujung tanpa sebarang penamat.

 

Bagi kes Haruhi, boleh jadi kuasanya tak mampu difikirkan oleh kita. Sepanjang perjalanan anime ini, dia pernah menyebabkan repitisi musim panas sebanyak 15,521 kali kerana tak puas cuti, menyebabkan gangguan kosmik kerana menaikkan logo ciptaannya di internet sehinggakan raksasa purba yang sedang berhibernasi bangkit daripada tidurnya, dan juga terciptanya beberapa garis ruang masa berlainan kerana tindakan Haruhi. Sehingga sekarang, tahap kebolehan Haruhi tak mampu diukur setakat mana, kerana kuasanya menjangkaui ‘multiverse’.

Tema 3: Kasualti Hume

Masa depan mungkin tak akan sama dengan masa lepas. Sesuatu perkara itu tak semestinya apa yang kita rasakan. Pada masa sekarang, kita percaya pokok itu pokok kerana sifat-sifatnya. Di masa depan, boleh jadi fakta ini berubah. Dalam paradoks Billiard ada diterangkan tentang masalah ini. Saya permudahkan permasalahan ini. Katakanlah ada dua orang pemain bola sedang berlatih menyepak.

Pemain A menyepak bola tersebut lurus ke arah gol, tetapi bolanya melencong ke tempat lain. Pemain B pula menyepak bola ke belakang tapi entah macam mana, bolanya boleh masuk ke gol! Pemain A akan bising, ini tak logik! Pemain B pula akan membantah, benda ini logik baginya. Persoalan di sini ialah, apa yang menyebabkan pemain A rasakan perkara tersebut tak logik? Persoalan ini dinamakan sebagai permasalahan Induksi.

Apakah itu kasualti? Apa itu penyebab? Kalau kita ikut logik kita, bola pemain B tak sepatutnya masuk gol. Kalau nak masuk, kena buat macam pemain A. Jadi, persoalan di sini ialah macam mana kita dapat konklusi tentang macam mana nak sepak bola bagi masuk gol dengan betul? Jawapannya ialah, kita selalu lihat macam mana cara bola disepak ke arah gol dengan betul.

Secara tak langsung, minda kita telah pun dipupuk sebegitu. Apabila kita lihat sesuatu peristiwa itu berulang banyak kali, minda kita akan meletakkan premis tersebut sebagai logik pemikiran. Sepakan bola ke arah gol untuk masuk gol itu logik, sepak bola ke arah berlawanan tapi masuk gol itu tak logik. Dalam kata lain, perkara yang logik itu hanya konsep di minda sahaja. Realiti itu berlainan. Oleh itu, kita perlu menjadi lebih skeptik dalam menelaah ilmu supaya ilmu yang diperolehi kita adalah lebih tepat. Kalau bukan permasalahan ini, teori relativiti Einstein takkan wujud kalau beliau tak bersikap skeptik terhadap konsep fizik Newton!

Kyon ialah mangsa utama bagi permasalahan ini. Dia hanyalah seorang pelajar biasa, jadi setiap kali dia bertembung dengan peristiwa aneh, mindanya bagaikan hendak meletup kerana jumlah perkara yang tak logik menurut fikirannya. Apabila dia ajukan persoalan in terhadap ahli-ahli kelab SOS Brigade (selain Haruhi), rata-rata daripada mereka mengatakan apa yang berlaku pada dunia adalah logik menurut mereka. Hal ini disebabkan mereka mempunyai pengetahuan tentang realiti yang lebih mendalam, sebagaimana Nagato yang mampu membekukan masa dalam sesuatu kawasan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply