Falasi Harun Yahya: Atlas of Creation

647
views

Persoalan bagaimana kita wujud di dunia ini merupakan salah satu persoalan yang samar samar terjawab dalam kotak minda manusia. Jadi tidak hairan lah perdebatan isu isu yang berkenaan dengan tema tersebut masih hangat walaupun telah diperdebatkan berkurun lamanya. Dengan penerbitan Atlas of Creation, ramai para kreasionisme telah mengangkat Atlas of Creation (AoC) sebagai benteng pertahanan hujah kreationisme. Malah, saya masih ingat detik detik persekolahan saya apabila Harun Yahya dicanang sebagai penulis yang menghubungkan sains dan Islam.

Namun sebagai seorang pelajar jurusan biologi di sebuah universiti Islam tempatan, saya tidak dapat menutupkan mata saya terhadap falasi falasi yang ada pada Atlas of Creation. Atlas of Creation merupakan sebuah karya yang menjadi salah satu contoh agung “matlamat menghalalkan cara”. Hujah tidak pernah sesekali diperkuatkan dengan penipuan.

Ingin saya tekankan bahawa, AoC bukan lah satu karya yang anda boleh angkat dalam mempertahankan kewujudan tuhan. Tidak wajar untuk seseorang mempertahankan tuhannya dengan penipuan.

Struktur hujah Atlas of Creation dimulakan dengan pengenalan terhadap fossil. Selepas itu Harun Yahya menekan bahawa fossil yang ada sudah cukup banyak dan semuanya menunjukkan bahawa organisma tidak berubah. Harun Yahya juga menyatakan yang Darwin sangat takut dengan apa yang fossil mampu buat, iaitu membuktikan bahawa teori evolusinya tidak benar sama sekali. Kenyataan Harun boleh dilihat dalam potongan teks daripada bab berkenaan fossil dalam jilid pertama edisi ke-13 Atlas of Creation:

“Present-day data show that the fossil record is extraordinarily rich. Based on hundreds of millions of fossil specimens obtained from different regions of the world, some 250,000 separate species have been described—many of which bear an extraordinary resemblance to the approximately 1.5 billion species alive today. Given the absence of any intermediate form despite such a wealthy fossil record, it is impossible any such intermediate forms will emerge from new excavations.”

Apa yang Harun Yahya nyatakan dalam bab berkenaan fossil ini sudah tentunya salah pada mata ahli sains oleh kerana beberapa sebab.

Pertama sekali, sebenarnya, jumlah fossil yang dijumpai sehingga kini sangat sedikit oleh kerana syarat syarat pembentukan fossil yang sangat spesifik. Bilangan fossil ini merupakan isu relatif. Jika dikira, sememangnya bilangan fossil ini kelihatan banyak, namun, fossil hanya mewakili kurang daripada 1 peratus jumlah organisma yang pernah wujud. Oleh kerana itu, analisis melalui pemerhatian terhadap fossil mempunyai batasnya yang tersendiri. Namun begitu, dengan penemuan metodologi analisis biokimia dan genetik, kita dapat melangkau batas batas yang wujud dalam kajian berasaskan pemerhatian fossil sahaja. Harun Yahya, tidak mendalami kajian melalui analisis biomolekul dalam usaha membuktikan kecacatan evolusi.

Dakwaan bahawa Darwin takut akan kemampuan fossil mampu meruntuhkan teori evolusi tidak dinyatakan dengan tepat, malah kelihatan diubah daripada kenyataan asal Darwin. Harun menggambarkan seperti Darwin risau bahawa fossil sebenarnya telah menunjukkan organisma tidak pernah berubah akan menjatuhkan teori evolusinya. Namun, apa yang sebenarnya Darwin ingin sampaikan ialah ketiadaan fossil peralihan setakat ini (merujuk kepada waktu penerbitan buku “On the Origin of Species”) akan menjadi hujah paling berat yang mampu menentang teori evolusi, yang pada masa itu masih dalam tahap hipotesis. Darwin, menulis dalam bukunya “On the Origin of Species”:

“I endeavoured, also, to show that intermediate varieties, from existing in lesser numbers than the forms which they connect, will generally be beaten out and exterminated during the course of further modification and improvement. The main cause, however, of innumerable intermediate links not now occurring everywhere throughout nature depends on the very process of natural selection, through which new varieties continually take the places of and exterminate their parent-forms. But just in proportion as this process of extermination has acted on an enormous scale, so must the number of intermediate varieties, which have formerly existed on the earth, be truly enormous. Why then is not every geological formation and every stratum full of such intermediate links? Geology assuredly does not reveal any such finely graduated organic chain; and this, perhaps, is the most obvious and gravest objection which can be urged against my theory. The explanation lies, as I believe, in the extreme imperfection of the geological record.

In the first place it should always be borne in mind what sort of intermediate forms must, on my theory, have formerly existed. I have found it difficult, when looking at any two species, to avoid picturing to myself, forms directly intermediate between them. But this is a wholly false view; we should always look for forms intermediate between each species and a common but unknown progenitor; and the progenitor will generally have differed in some respects from all its modified descendants.” pp 279-280

Pada waktu itu, tiada fossil peralihan dijumpai yang mampu menyokong kaitan antara species yang sudah berevolusi dengan moyangnya. Namun adalah perlu untuk diingatkan bahawa, dua tahun setelah penerbitan buku Darwin ini, fossil Archaeopteryx yang menunjukkan transisi antara sifat reptilia kepada sifat burung ditemui. Harun mencanang idea yang ketiadaan fossil yang menunjukkan sifat peralihan merupakan satu bukti nyata menunjukkan keraphuhan teori evolusi. Kita akan melewati isu ini sebentar lagi.

Sebagai seorang ahli biologi, saya tidak gemar menggunakan istilah seperti fossil peralihan dan fossil hidup kerana istilah yang digunakan semenjak zaman Darwin ini mempunyai masalahnya yang tersendiri. Ahli ahli biologi telah sepakat untuk tidak menggunakan istilah ini untuk merujuk kepada fossil dalam kajian sains. Fossil peralihan, merujuk kepada fossil yang mempunyai sifat peralihan antara moyang dan keturunannya.

Sebagai contoh, Archaeopteryx mempunyai kedua-dua ciri dinasour dan burung, menunjukkan burung merupakan keturunan dinasour yang merupakan reptilia. Namun, penggunaan istilah fossil peralihan ini tanpa disertai dengan pemahaman biologi berkenaan evolusi seakan-akan menyatakan bahawa proses evolusi ini sebuah proses yang lurus ataupun linear. Harun, dalam hujah-hujahnya menunjukkan bahawa beliau memegang kepada konsep ini. Teori evolusi yang sebenar menggambarkan proses evolusi ini sebagai proses yang mencapah seperti ranting pokok. Oleh sebab itu, dalam perspektif sains, idea evolusi linear seperti digambarkan dalam illustrasi “March of Progress” itu salah.

 

Modus operandi Atlas of Creation adalah menunjukkan contoh fossil yang ditemui, menyatakan ianya berasal daripada jutaan tahun lepas dan kemudiannya membandingkan rupa fizikal fossil tersebut dengan organisma moden yang dikatakan serupa dengan fossil tersebut. Atlas of Creation akan mengulang kenyataan bahawa oleh kerana keserupaan kedua dua specimen fossil dan organisma moden ini, menunjukkan bahawa teori evolusi salah sama sekali. Oleh itu, semua organisma telah diciptakan dan tidak berubah sepanjang zaman. Mana mungkin evolusi itu benar.

Dan kenyataan seperti ini diulang, untuk setiap hujah yang berkaitan dengan fossil (secara jujurnya, untuk hampir keseluruhan buku tersebut). Atlas of Creation seakan akan tiada modal lain untuk dijual kepada pembaca dan berpegang kepada satu premis ini dalam hujahnya.

Dalam Atlas of Creation, Harun Yahya menggunakan teknik “cherry picking” untuk mempersembahkan isi hujahnya. Harun hanya akan mempersembahkan satu jenis fossil dalam perbandingannya antara fossil dan organisma moden. Malah, hanya fossil yang mirip dengan organisma akan diambil untuk ditunjukkan. Kadangkala, evolusi jelas dilihat melalui perbezaan anatomi, tetapi ia juga berlaku pada tahap molekular. Sebagai contohnya, salah satu organisma yang dianggap sebagai “fossil hidup”- Tuatara, kelihatan seperti seekor biawak, sebenarnya merupakan reptilia daripada order rhynchocephalia. Walaupun struktur tulangnya serupa dengan saudara saudaranya yang telah pupus, Journal Trends in Biology menunjukkan bahawa Tuatara merupakan vertebrata yang mempunyai kadar perubahan molekular yang paling tinggi.

Ini

Gambar 1: Ilustrasi March of Progress bertajuk “The Road to Homo Sapiens” dalam jilid Early Man. Gambar hak milik Nature Life Library.

lah masalah dengan istilah fossil hidup. Fossil hidup kebiasaannya merupakan organisma yang mempunyai anatomi serupa dengan saudaranya yang telah pupus. Oleh kerana itu, organisma fossil hidup ini selalu digambarkan sebagai organisma yang sama dengan saudaranya. Kalau kita menerima premis hujah fossil hidup merupakan organisma yang sama dengan apa yang ada dalam rekod fossil, maka kita akan menjumpai banyak fossil hidup di sekeliling kita! Sebagai contohnya, manusia, ginkgo, buaya, jaguar dan serigala kelabu. Walhal dalam analisis genetik dan biomolekul menunjukkan mereka telah banyak berubah. Atlas of Creation hanya menumpukan pemerhatian terhadap fossil, dan meninggalkan apa apa perbincangan daripada analisis genetik dan biomolekul walaupun menulis sebegini:

“But the facts can now be determined much more clearly than in Darwin’s day. The number of people who understand and choose to go along with the facts is rising, while those who believe in fairy tales and never seek to question them are ever fewer in number. Facts can no longer be concealed and swept aside, as was the case in Darwin’s time. Genetics, microbiology, paleontology, geology and all other branches of science constantly reveal a truth that Darwin and the supporters of Darwinism never wanted and perhaps never expected—the fact of creation.”

Jika Harun yakin yang sains tidak membelakangi premis organisma tidak pernah berubah, mengapakah beliau tidak memberikan hujah daripada bidang bidang tersebut?

Atlas of Creation sangat bermasalah dalam konteks pengetahuan taksonomi. Ilmu taksonomi merupakan cabang ilmu biologi yang menentukan dan memberi nama kepada sekumpulan organisma berdasarkan ciri asas yang sama. Atlas of Creation seakan akan ingin mengatakan hanya ada satu jenis lelabah, ginkgo, herring, ikan pari dan banyak lagi organisma yang dibincangkan. Walhal, hasil proses evolusi telah membuatkan kelas lelabah terdiri daripada 45,700 spesies. Harun jatuh kepada falasi yang menjadikan perkataan lelabah (dan organisma lain) kepada istilah rujukan umum kepada kelas organisma tersebut. Dalam Atlas of Creation, anda hampir tidak akan menjumpai nama saintifik organisma dalam hujah berkaitan dengan fossil.

Gambar 2: Dalam jilid 1 edisi ke-2 dan ke-4 muka surat 468, satu fossil telah dikatakan sama dengan seekor “belut”. Gambar hak milik Global Publishing.
Gambar 3: Walhal “belut” Harun ini sebenarnya ular laut daripada genus Laticauda, sejenis reptilia. Belut pula merupakan organisma daripada jenis berlainan, Actinopterygii (ikan bersirip kipas). Gambar hak milik Jens Peterson.
Gambar 4: Dalam edisi ke-13, gambar ular Laticauda telah digantikan dengan belut. Gambar hak milik Global Publishing.
Gambar 5: Dalam jilid ke-3 edisi pertama menunjukkan fossil yang sama dengan “belut” yang sebenarnya ikan Lamprey yang terdiri daripada jenis Petromyzontida dan bukannya Actinopterygii. Gambar hak milik Global Publishing.

Perubahan yang terjadi pada gambar keempat menandakan bahawa pentingnya untuk kita sebagai penganalisis buku Atlas of Creation mengambil berat tentang edisi berapakah yang sedang dibincangkan. Hal ini kerana fossil yang sama dirujuk kepada organisma yang boleh bertukar rupa. Organisma di dalam buku Atlas of Creation seakan akan “berevolusi” mengikut kehendak Harun sendiri.

Harun seakan akan tidak kisah menangkap muat mana mana organisma yang boleh disamakan dengan fossilnya. Belut Harun boleh bertukar daripada ular ke belut dan ke lamprey. Harun sendiri menjadi mangsa batas pemerhatian terhadap fossil yang tidak cukup sempurna. Fossil, tanpa ciri yang jelas menunjukkan ia tergolong di dalam jenis organisma apa, sukar untuk ditentukan spesiesnya.

Bukan hanya belut Harun sahaja yang bertukar rupa, malah Harun mempunyai tiram yang boleh bertukar menjadi kepah, kapis, kerang, ulat beluncas yang boleh bertukar menjadi ulat gonggok, kumbang yang boleh menjadi bermacam jenis serangga. Atlas of Creation di dalam keadaan kucar kacir.

Harun menganggap evolusi itu merupakan proses linear. Apabila dikatakan bahawa ayam berevolusi daripada T-rex bukanlah bermakna yang T-rex merupakan moyang ayam, tetapi lebih kepada T-rex merupakan saudara ayam dan mereka berkongsi moyang yang sama. Namun, disebabkan sifat pembentukan fossil dan penentuan umur fossil yang kurang tepat, identiti moyang kebiasaannya tidak dapat ditentukan. Hal ini dinamakan Kesan Signor-Lipps; oleh kerana rekod fossil hampir kebiasaanya tidak lengkap, sesebuah fossil tidak boleh dikatakan sebagai organisma terakhir (ataupun organisma terawal- Kesan Jaanusson) dalam sesebuah takson.

Gambar 6: Gambar di atas menunjukkan Kesan Signor-Lipps. Fossil termuda dalam pemerhatian tidak semestinya berasal daripada era kepupusan spesies tersebut. Gambar hak milik Grady Weyenberg.

Berbalik kepada isu evolusi linear, Harun tidak menunjukkan yang evolusi sebenarnya berlaku dalam bentuk percambahan. Hubungan evolusi kebiasaannya ditunjukkan di dalam bentuk pohon phylogenetic seperti dibawah:

Gambar 7:Berdasarkan pohon phylogenetik di atas, tidak bermakna crocodylidae berevolusi daripada teleosauridae seperti sesetengah pihak (pihak yang berpendapat evolusi itu linear) fikirkan. Tetapi, ia bermakna yang teleosauridae merupakan saudara jauh crocodylidae yang berkongsi moyang yang sama. Gambar hak milik Scientific American Inc.

 

Harun melakukan kesalahan apabila hanya mengambil satu fossil yang mirip dengan organisma moden untuk diperbandingkan. Hal ini membuatkan Harun berfokus terhadap sebahagian kecil kawasan di dalam pohon phylogenetik.

Sebagai contohnya, dalam bahagian di mana Harun menunjukkan fossil belangkas, beliau mengatakan tiada apa pun yang berubah. Izinkan saya untuk menunjukkan kajian yang dijalankan oleh pensyarah kulliyyah saya berkenaan phylogeni molekul belangkas:

Gambar 8:Pohon phylogenetik di atas menunjukkan bahawa belangkas merupakan saudara kepada ketam dan mereka berkongsi moyang yang sama. Malah, belangkas dan ketam merupakan saudara jauh kepada kala jengking. Gambar hak milik Asian Journal of Biotechnology.

Keterbatasan fossil itu sendiri tidak dapat menunjukkan hubungan evolusi belangkas secara sepenuhnya. Jadi adalah perlu untuk seseorang itu menggunakan kaedah analisis biomolekul untuk melihat kehebatan ciptaan Allah.

Okay lepas ni kita nak masuk bab kelakar sedikit. Jadi maafkan saya jika hujah saya agak kosong kerana ada bahagian yang saya sendiri tergamam dengan hujah Harun.

Pertama sekali, Harun boleh terkeliru dengan fossil lelabah yang dikatakan sebagai lelabah ketam (keluarga Thomisidae) dengan ketam lelabah.

Gambar 9: Potongan daripada muka surat 422 jilid 1 Atlas of Creation. Gambar hak milik Global Publishing.

Harun tidak langsung menghiraukan perbezaan fizikal antara fossil dan organisma moden yang ditunjukkannya. Seakan akan Harun sendiri “fed up” dengan premis hujahnya yang membandingkan fossil dengan organisma moden. Macam mana ketam laut dalam boleh terperangkap dalam resin pokok daratan?

Mohon perjelaskan bagaimana ketab lelabah daripada keluarga Inachidae dibawah:

Gambar 10: Ketam lelabah jepun M. kaempferi. Gambar hak milik Tsarli.

Sama dengan lelabah ketam daripada keluarga Thomisidae?:

Gambar 11: Lelabah O. praticola dalam keluarga Thomisidae. Lelabah ini bukan lelabah yang sama dengan fossil yang ditunjukkan di dalam buku Atlas of Creation. Gambar hak milik André Karwath

Kemudian, dalam muka surat 743 hingga 745 jilid pertama Atlas of Creation, Harun kembali berhujah berkenaan dakwaannya terhadap ketiadaan fossil peralihan (kita dah dijelaskan mengapa istilah tersebut tidak sesuai dan fossil yang menepati ciri peralihan ada seperti Archaeopteryx dan fossil penyu). Hujah Harun (sebahagiannya) berbunyi sebegini:

“First of all, if living organisms had really transformed into entirely different creatures, there should have been numerous intermediate stages during their transformation process. The geological record should be filled with transitional fossils (i.e., fossils of creatures still in the process of evolving). However, of the roughly 100 million fossils unearthed so far, all belong to fully complete forms, which we are familiar with today. If evolution had really taken place, the Earth should have been filled with billions of fossils of those transitional forms. Moreover, millions of these creatures should have been deformed or unusually abnormal, due to mutations. According to evolutionist claims, every bodily organ came into being as the results of random mutations: While developing its functions, an abnormal organ underwent repeated mutations, each changing the existing abnormal structure into a different abnormal one. This claim demands that the Earth contain millions of such forms, each displaying different abnormalities in each separate phase. Yet there is not a single example of any.” pp744

Ya, mutasi merupakan salah satu mekanisme evolusi namun bukan semua mutasi akan kekal dalam susur galur keturunan dan berjaya diturunkan ke warisnya. Saya agak skeptikal adakah Harun tahu berkenaan Hukum Pewarisan Mendel?

Dan, bahagian ini disertakan dengan gambar gambar seperti berikut:

Gambar 12: “What The Fuck?!”. Gambar hak milik Global Publishing.

Haa……………?!

Saya apabila melihat gambar di atas dalam Atlas of Creation buat pertama kalinya:

 

Apa….yang..sekejap……haaaa?!

Apa yang Harun mahu sampaikan ni?

Tengkorak dengan tulang belakang sahaja? Makhluk apakah ini? Penanggal? Kalau rupa seperti ini yang sepatutnya menjadi fossil peralihan, peralihan daripada organisma apa kepada apa? Hominid bertangan dan berkaki empat, adakah itu sepatutnya seorang Lelaki Vitruvian? Fossil peralihan dan evolusi tak berlaku sebegini. Pada mata ahli sains gambar di atas ini sangat merepek.

Ramai yang tidak menyedari bahawa perbalahan mengenai evolusi dan penciptaan ini mempunyai pihak ketiga selain ahli kreasionisme dan ahli evolusi. Pihak ketiga dan pihak yang saya sendiri anuti ialah ahli تطور إلهي (tatawwur ilahi) ataupun falsafah evolusi bertuhan. Dalam falsafah tatawwur ilahi, evolusi sistem biologi dipandu dan dikawal oleh Allah sendiri dan konsep evolusi moden tidak bercanggah dengan agama.

Mutasi yang dikatakan terhasil daripada kebarangkalian rawak oleh penganut saintism sebenarnya bukanlah rawak tetapi salah satu alam yang terletak dibawah kekuasaan tuhan seperti yang difirmankan dalam Surah An’am Q6:59. Pada mata manusia, kebarangkalian tersebut mungkin rawak dan tidak boleh dikawal, namun kekuasaan Allah melangkau batasan manusia.

Cuma, saya sendiri tidak menerima pendapat berkenaan kejadian manusia dalam teori evolusi konvensional. Namun dalam Islam sendiri tidak menyatakan secara terperinci perihal kejadian jasad Adam. Kita sendiri kena mendalami ilmu evolusi demi membongkar riwayat sebenar kejadian manusia. Dengan alasan ini saya jadikan sebab mengapa saya tidak membincangkan isu isu perbalahan antara ahli kreationisma dan ahli evolusi yang tidak berasaskan sains di dalam Atlas of Creation.

Saya akui, dalam kalangan ahli evolusi Darwinism sendiri ada yang tidak berlandaskan sains dan hanya menunggang ilmu pseudosains sahaja. Jika mahu diulas secara penuh, saya boleh hasilkan sebuah buku ataupun rancangan TV untuk melewati segala isu di dalam Atlas of Creation.

Rujukan:

Alderton, D., Davies, V., & Mattison, C. (2007). Snakes and reptiles of the world. Hoo: Grange.

Backeljau, T., Jordeans, K., & de Frias Martins, A. (2011). TAXONOMY ALIVE AND KICKING: OR HOW TAXONOMY CAN HELP DEBUNKING CREATIONIST THINKING. Centre For Research In Biodiversity And Genetic Resources, Department Of Biology, University Of The Azores, (7), 241-291.

Buffetaut, E. (1979). The Evolution of The Crocodilians. Scientific American, (241), 130-145.

Burton, M., & Burton, R. (2002). International wildlife encyclopedia. New York: Marshall Cavendish.

Fossil Reptiles – Fossil Butte National Monument (U.S. National Park Service). (2018). Nps.gov. Retrieved 18 July 2018, from https://www.nps.gov/fobu/learn/nature/fossil-reptiles.htm

Freeman, S., & Herron, J. (2007). Evolutionary analysis (5th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson Education.

Griffiths, A. (2001). Modern genetic analysis. New York: W.H. Freeman.

Grigg, G., Seebacher, F., & Franklin, C. (2001). Crocodilian biology and evolution. Chipping Norton, N.S.W.: Surrey Beatty & Sons.

Hay, J., Subramanian, S., Millar, C., Mohandesan, E., & Lambert, D. (2008). Rapid molecular evolution in a living fossil. Trends In Genetics, 24(3), 106-109. doi: 10.1016/j.tig.2007.12.002

Jennings, D., & Cutler, B. (1996). Crab spiders (Araneae:Philodromidae, Thomisidae) of Ramsey County, Minnesota. St. Paul, Minn. (1992 Folwell Ave., St. Paul 55108): U.S. Dept. of Agriculture, Forest Service, North Central Forest Experiment Station.

Kamaruzzam, B., John, B., Zaleha, K., & Jalal, K. (2011). Molecular Phylogeny of Horseshoe Crab. Asian Journal Of Biotechnology, 3(3), 302-309. doi: 10.3923/ajbkr.2011.302.309

Keller, M., Fuller, N., & Darwin, C. (2009). Charles Darwin’s On the origin of species. New York, NY: Rodale.

Yahya, H. (2007). Atlas of creation (3rd ed.). Ankara, Turkey: Global Publishing.

Yahya, H. (2007). Atlas of creation (4th ed.). Ankara, Turkey: Global Publishing.

Yahya, H. (2008). Atlas of creation (13th ed.). Ankara, Turkey: Global Publishing.