Peradaban terbesar Islam yang terakhir bermula apabila Ertugrul dari suku kaum Kayi, Oguz,Turki berpindah ke kawasan berdekatan dengan Anatolia. Disinilah mereka membantu kerajaan Saljuk bagi menentang Kerajaan Byzantine dan Safawiyyah.

Selepas kem4tian Ertgrul ketika berusia 99 tahun,  Uthmaniyyah telah dipimpin oleh anaknya. Sultan Osman Ghazi bertindak membebaskan diri daripada Kerajaan Saljuk pada tahun 1299M selepas kerajaan itu dit4klui Monggol.

Bertitik tolak daripada itulah, beliau mengasaskan sistem pemerintahan kendiri dan mengisytiharkan diri sebagai “badishah al-Usmani” iaitu keluarga diraja Usman.

Puncak peradaban daulah ini ialah apabila berjaya membuka kota Konstantinople di tangan Muhammad al-Fateh.

Kejayaan yang dilakar adalah suatu kejayaan yang besar bagi umat Islam kerana kota ini telah cuba diinvasi oleh pemimpin-pemimpin Islam sebelumnya namun hanya menemui kegagalan.

Nabi S.a.w bersabda: “Sesungguhnya akan dibuka kota Konstantinopel, sebaik-baik pemimpin adalah yang memimpin saat itu, dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan p3rang saat itu“. (Musnad Ahmad: Hadis No.18957).

Namun demikian, daulah ini mengalami zaman mendatar bermula selepas kem4tian Sultan Sulayman al-Qanuni. Peradaban ini mula mengalami zaman yang surut bermula pada 1683 sebelum dibubarkan pada tahun 1924.

Walaupun pelbagai episod kebangkitan cuba dijelmakan namun oleh kerana kekuatan yang semakin melemah menyebabkan Kerajaan Uthmaniyyah tidak dapat bertahan.

Faktor dalaman utama yang menjadi penyumbang kepada kejatuhan daulah Uthmaniyyah ialah bebanan kos yang ditanggung akibat daripada pep3rangan yang berpanjangan. Pep3rangan Uthmaniyyah denhan Rusia bermula pada 1735-1739.

Siri pertama pep3rangan  ini menyaksikan kekalahan Uthamniyyah kerana persenjataan lengkap Rusia. Siri pep3rangan diantara dua kuasa besar ini berterusan selama 3 abad dari kurun 17 hingga 19.

Episod pep3rangan ini menyebabkan bebanan kewangan ditanggung oleh Uthmaniyyah saban tahun meningkat.

Persenjataan moden yang menelan kos yang tinggi merungsingkan pentadbiran kewangan kerajaan ditambah pula dengan kekalahan yang berpanjangan. Masalah ekonomi ini menyebabkan Uthamaniyyah ditekan kuasa Eropah oleh kerana kesukaran mereka membayar hutang daripada bank-bank Eropah.

Lebih menambah tekanan, pada abad ke-18, Kerajaan Uthmaniyyah terpaksa menandatangani Perjanjian Berlin. Dalam perjanjian ini, Uthmaniyyah dikehendaki membayar lebih daripada 800 juta franc Perancis kepada Rusia sebagai ganti rugi dalam kehancuran p3rang.

Tuntutan Rusia terhadap Uthmaniyyah pada tahun-tahun berikutnya menghalang pelaburan Uthmaniyyah dan mengurangkan kemakmuran ekonomi Uthmaniyyah. Perjanjian Berlin telah mengakibatkan Uthamniyyah kehilangan 8 peratus daripada wilayah paling produktif kerajaan dan kehilangan 20 peratus jumlah penduduk empayarnya.

Di samping itu, Revolusi yang berlaku menyebabkan Uthamniyyah kehilangan kuasa dan tanah jajahan. Kebangkitan negara Balkan seperti Revolusi Serbia (1804-1815) menjadi batu loncatan kepada tanah jajahan lain untuk menentang Uthamniyyah.

1821 menyaksikan Uthmaniyyah terpaksa melepaskan wilayah ini kerana berhadapan dengan pep3rangan menentang Greek. Ini menjadikan, Balkan menjadi wilayah pertama di bawah Empayar Uthamaniyyah yang dibebaskan.

Satu demi satu wilayah Uthmaniyyah terlepas akibat daripada kebangkitan nasionalisme berteraskan bangsa. Kes Syarif Husin paling menarik dalam lipatan sejarah apabila perjanjian beliau bersama Mc Mahon di Mesir dikhianati.

Janji Mc Mahon untuk memberi kuasa pemerintahan kepadanya di Arab Saudi jika menentang untuk menuntut kebebasan daripada Uthmaniyyah ternyata palsu. Pihak British telah mempersendakan intelek masyarakat Arab ketika itu dan menjadikannya sebagai bahan ketawa sebagai kejayaan kelicikan mereka.

Seterusnya, kerajaan Uthmaniyyah pada peringkat awal sehingga klimaks memberi tempat kepada golongan ulama dalam pemerintahan kerajaan. Mereka menjawat jawatan penting dalam pentadbiran kemasyarakatan dan kententeraan di samping menjadi penasihat kerajaan. Ini menjadikan fungsi mereka tidak terbatas dan juga berjaya mengangkat Syariah sebagai undang-undang rasmi kerajaan.

Namun, bermula selepas zaman Sultan Sulayman al-Qanuni menjadi kisah permulaan pengabaian kerajaan terhadap Syariah Islam terutama di akhir-akhir hayat empayar tersebut. Kegiatan-kegiatan maksiat yang menganjurkan budaya jahiliyyah semakin berleluasa.

Sultan Selim 3 mempunyai akhlak yang buruk serta dilaporkan sering meminum alkohol yang memabukkan. Mujur ketika itu, Muhammad Pasha Saqli bertindak cemerlang sebagai Wazir Besar  bagi menguruskan kerajaan.

Rasuah yang berleluasa juga menyebabkan keruntuhan Janissari akibat daripada penghapusan jawatan Ulama dalam institusi ketenteraan. Satu kisah yang paling menarik dalam hal ini ialah ketika pemerintahan Sultan Ahmad 3.

Sweden ketika itu memohon pertolongan Uthamniyyah bagi berdepan dengan Rusia namun ditolak pada peringkat awal. Selepas Sweden dikalahkan Rusia dan rajanya membawa diri ke Turki serta memohon pertolongan Uthmaniyyah. Raja Ahmad bersetuju untuk mengangkat senjata melawan Rusia dan mujahid Islam telah berjaya mengepung Istana Rusia.

Ketika itu, Peter The Great, Maharaja Rusia sudah merasakan bahawa nyawanya berada di hujung tanduk.

Namun ser4ngan dihentikan apabila wanita dan harta merosakkan segalanya. Perdana Menteri Uthmaniyyah dirasuah oleh Catherine, Pemaisuri Maharaja Rusia. Akibatnya, pengepungan ditarik balik dan Rusia terselamat daripada dibadai mujahidin.

Kepimpinan Kerajaan Uthmaniyyah selepas zaman Sultan Sulayman menghadapi episod hitam apabila sering diwarisi oleh mereka yang tidak layak. Abdul Majid 1 mengantikan ayahnya, Mahmud 2 dan menaiki takhta ketika berusia 16 tahun.

Sepanjang tahun 1861 sehingga 1939 di bawah kekuasaan beliau, dunia Islam telah melihat corak kehidupan beliau yang berfoya-foya dengan kehidupan yang membazir dan mewah.

Istana Dolmabache (tanah taman yang indah) telah dibina dengan bajet yang tidak terhad. Ini ditambah dengan keinginan beliau untuk membina istana tersebut dengan gaya seni bina eropah.

Seorang arkitek berketurunan Armenia bernama Balian telah dibawa untuk mewujudkan impian Sultan Abdul Majid 1. Istana ini dihiasi dengan perabot mewah eropah, bilik berdansa, teater atau panggung wayang serta membawa masuk para pelakon, penari ballet dan pelawak dari eropah.

Uthamaniyyah juga pernah berada di bawah ta4luk seorang pemimpin yang hidup mewah, tamak dan mengagumi barat sehingga menghabiskan harta negara demi kepentingan kendiri.

Sultan Abdul Aziz banyak menghabiskan wang untuk berfoya-foya dan berhibur. Akibat daripada tergilakan seorang wanita berbangsa Circassia bernama Mihri, beliau telah memberi hadiah sebanyak 1 juta pound sebagai bayaran untuk Mihri menemaninya berhibur.

Pada waktu tersebut, kerajaan menghadapi masalah kewangan yang sangat besar akibat sikap sang penguasa. Kerajaan Uthmaniyyah diisytiharkan muflis selepas hutang negara mencecah 6,225,000,000 franc.

Kebanyakkan hutang adalah daripada pemodal dan bank dari Britain serta Perancis. Justeru, Sultan Abdul Aziz akhirnya digulingkan berdasarkan fatwa mufti ketika itu.

Campur tangan Harem (permaisuri dan bonda sultan) telah menambah kelemahan pucuk pimpinan kerajaan. Sultan Ibrahim dipengaruhi oleh ibunya serta 3 orang isterinya dalam urusan pentadbiran kerajaan. Apabila Wazir Besar Kara Mustafa dapat mengimbangi campur tangan tersebut.

Namun gangguan yang dihentikan Kara Mustafa hanya tidak bertahan lama apabila beliau dibvnuh oleh pihak Janissari. Hasutan dimulakan pihak Harem seterusnya mengupah Janissari membvnuh Kara Mustafa yang menghalang campur tangan mereka.

Seharusnya kita mengambil iktibar daripada kerosakkan dalaman yang berpanjangan ini kerana ianya telah menghancurkan empayar terakhir Islam.

Penyakit seperti pemimpin yang tidak berkelayakan serta berfoya-foya dan rasuah seharusnya dielakkan dalam sebuah negara. Sesungguhnya keruntuhan Kerajaan Uthmaniyyah telah membuka mata umat Islam bahawa sekiranya tidak berpegang kepada ajaran dan nilai-nilai Islam yang sebenar nescaya kerosakkan akan menyebabkan keruntuhan.

A.R. KASA
Pelajar Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam,
Universiti Malaya.

RUJUKAN:

Bruce Master dan Gabor Agostan, Encyclopedia of Ottoman Empire, 2009.

Donald Quataert, The Ottoman Empire 1700-1922, UK: Cambridge University Press, 2005.

Fadhullah Jamil, Sisi Gelap Uthmaniyyah: Satu Pengajaran Berharga dalam Baldatun Tayyibah Model Uthmaniyyah, Shah Alam:Persatuan Ulama Malaysia, 2011.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Mahasiswa Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Universiti Malaya. "Cinta kepada Tamadun diiringi kebenaran Sejarah."

Comments are closed.