Fakta Menarik Tentang Perangkap Lalat Venus

291

Tidak seperti tetumbuhan yang lain, Perangkap Lalat Venus (PLV) adalah Karnivor yakni mereka adalah pemakan daging. Charles Darwin menulis dalam buku terbitannya, “Insectivorous Plants” pada tahun 1875 mengatakan PLV adalah “antara yang paling menakjubkan di dunia.”. Tidak syak lagi tentang pendapat beliau selepas melihat gerigi tumbuhan ini memerangkap serangga untuk dimakan.

Garis Pusat PLV mampu mencapai sehingga 13 sentimeter. Setiap daripadanya mempunyai enam batang dengan daun yang berengsel. Bucu pada bahagian daun itu dibarisi dengan “gigi” dan daunnya terikat bagaikan kerang. Apabila daun tertutup, ia membentuk perangkap. Setiap perangkap membesar sehingga 3 sentimeter menurut The International Carnivourous Plant Society.

PLV adalah berasal dari North dan South Carolina. Namun ia diperkenalkan di negeri-negeri lain di Amerika Syarikat seperti Florida dan New Jersey. PLV menggemari tanah yang lembab lagikan berasid di hutan menurur National Wildlife Federation. Mereka juga memerlukan kelembapan yang tinggi dan cahaya matahari yang berkeamatan tinggi untuk hidup.

Yang paling menarik tentang tumbuhan ini adalah bagaimana ia makan. PLV mempunyai garisan yang berwarna kemerah-merahan pada bahagian daunnya serta merembeskan haruman nektar. Apabila serangga mendarat, ia tidak serta merta tertutup. Bulu sensitif yang bernama “Trichomes” dalam kelopak daun secara asasnya mengira pergerakan serangga itu. Sekurang-kurangnya dua pergerakkan dalam masa 20 saat diperlukan untuk daun tertutup. Kiraan tersebut bertujuan untuk mengelakkan daripada memerangkap habuk ataupun apa-apa yang tidak bermanfaat kepadanya.

Pada pergerakan kedua, tumbuhan itu menutup rahangnya dalam masa kurang sesaat daripada bentuk cekung kepada cembung. Bulu pada bucu-bucu daun bertindak sebagai penjara untuk mengelakkan serangga daripada melarikan diri.

Pada pergerakkan ketiga, ia mula menghadam serangga. Cecair Penghadaman dirembeskan lalu mencernakan serangga yang terperangkap. Selepas lima ke dua belas hari, tumbuhan itu terbuka semula dan bahagian serangga yang tidak dapat dihadamkan akan gugur.

Mangsa utama PLV adalah semut tetapi ia juga memakan lalat, kumbang, ulat, labah-labah dan juga katak-katak kecil. Tumbuhan ini bukan sahaja memakan serangga untuk nutrisi. Seperti mana tumbuhan lain, ia juga memerlukan air, gas dan cahaya matahari. Serangga bertindak sebagai lauk dalam pemakannnya menurur Botanical Society of America.

PLV membiak seperti mana tumbuhan lain. Apabila berlaku pendebungaan, ia menghasilkan biji benih. Benih hitam berbentuk pir yang matang selepas empat ke enam minggu akan tersebar lalu lahirlah tumbuhan yang baharu.

Pokok ini membiak secara aseksual. Akar PLV akan menjalar di dalam tanah dan membentuk akar mentol. Tumbuhan baharu akan lahir dari mentol itu. Pekebun boleh memisahkan tumbuhan baharu dan mentol daripada induknya denfan memotong akar yang bersambung.

Hierarki tumbuhan ini dalam biologi adalah Plantae > Viridiplantae > Streptophyta > Embryophyta > Tracheophyta > Spermatophytina > Manoliosida > Caryophyllanae > Caryophyllales > Droseraceae > Dionaea > Dionaea muscipula.

PLV dikelaskan sebagai “terdedah kepada kepuspuan” oeh International Union for Conservatiin of Nature’s Red List of Treatened Species. Pengkelasan tumbuhan itu kerana kemusnahan habitat.

Masalah timbul untuk tumbuhan ini adalah tanahnya. Kebakaran hutan kadangkala bermanfaat untuk tumbuhan renek di hutan. Kebakaran itu membersihkan belukar untuk membolehkan lebih banyak cahaya matahari menembusi lantai hutan. Sejak kebakaran hutan mampu diatasi oleh manusia, pokok-pokok dan belukar membesar dengan tidak terkawal lalu menyebabkan tumbuhan renek seperti PLV tidak dapat cahaya yang diperlukan.

Yang menakutkan tentang tumbuhan demakan daging ini adalah, ia mampu menangkap katak pokok Pacific. PLV adalah antara beberapa tumbuhan yang mampu bergerak pantas untuk memerangkap serangga dan kadangkala mamalia kecil untuk penghadaman.

Apabila “mulut” PLV tertutup, ia akan menghasilkan kedap udara. Ini membantu mengelakkan daripada bakteria.

PLV adalah tumbuhan perennial, jadi ia akan mekar setiap tahun. Bunganya berwarna putih dengan berurat hijau dari tapak kelopak ke bucu menurut National Wildlife Federation.

PLV dianggarkan mampu hidup selama  lebih 20 tahun menurut National Wildlife Federation.

Artikel ini telah diterjemahkan oleh #AlamBahasa dari https://www.livescience.com/58021-venus-flytrap-facts.html yang dicapai pada 28hb Januari 2020.

Ruangan komen telah ditutup.