Moving Forward As One

Fakta Menarik Mengenai Megalodon – Jerung Terbesar Dalam Sejarah

5,200

Semua orang suka beriadah di tepi pantai, mendengar irama ombak  yang tidak jemu menyisir pasir.

Tetapi tiada siapa suka kalau tiba-tiba timbul sirip jerung… tambah pula kalau 10 meter jauh. Jerung merupakan haiwan laut yang menakutkan. Dengan panjang 5.5 meter, ia mampu berenang laju untuk membuat ser.angan meny.ambar.

IKLAN: PBAKL ONLINE sedang berlangsung di Shopee The Patriots. Dapatkan judul kami pada harga serendah RM20. Klik: shp.ee/efz9vb5

Sekarang bayangkan, seekor jerung dengan panjang 18 meter pula. Kedengaran agak janggal – tetapi sebenarnya, itulah saiz jerung megalodon (otodus megalodon).

Sebagai aktiviti bayangan, cuba ukur panjang jubin lantai. Kalau panjangnya 12 inci (30.5 cm), itu maknanya satu kaki.

Sekarang kira 60 kaki panjang. Itulah saiz 18 meter, anggaran panjang megalodon yang pernah menguasai lautan besar sekitar 23 juta hingga 3.6 juta tahun dahulu. Ada juga yang menjangka bahawa megalodon mampu mencecah 20 meter (Long & Siversson, 2021).

Dengan gigi bergerigi, megalodon merupakan pemang.sa daging yang tidak ditandingi haiwan lain (Davis, n.d.), yakni seekor apex pred.ator.

Tetapi penguasa agung lautan ini akhirnya tersungkur juga pada tangan alam semulajadi. Apa yang berlaku? Bagaimana keadaan lautan pada ketika megalodon mula berkurangan?

Dan yang paling penting sekali, bila megalodon mula berkurangan? Sampai hari ini, masih ada orang yang percaya bahawa megalodon mendiami laut dalam. Malah sebelum filem The Meg (2018) keluar lagi, prasangka ini sudah ada.

Sebenarnya pendapat sebegitu hanya relevan dalam filem sahaja… melainkan jika ada perubahan biologi yang tidak diketahui secara saintifik. Megalodon hidup dalam persekitaran lebih kurang seperti manusia.

Spesis ini suka dua jenis perairan – tropika dan subtropika. Sebab itulah gigi megalodon dijumpa dalam setiap benua… kecuali Antartika. Gigi megalodon paling banyak ditemui pakar paleontologi laut.

Kerana jerung sentiasa mendapat gigi baru dalam purata setiap 7 hingga 14 hari. Sepanjang hidup, jerung mungkin menggantikan 40,000 gigi baru.

Lokasi penemuan menunjukkan sebab kenapa megalodon tidak mungkin hidup di dasar laut.

Sekitar 2.6 juta tahun dahulu, Bumi mula mengalami penyejukan global yang menurunkan purata suhu setiap benua (termasuk perairan).

Waktu ini, banyak spesis mengalami kepµpµsan. Penyu (testudines) mempunyai taburan spesis yang banyak. 43 peratus daripadanya hilang buat selamanya, mengganggu rantaian makanan hingga menjejaskan semua spesis.

Jerung megalodon juga kehilangan habitat. Spesis yang menjadi makanannya mungkin berjaya menyesuaikan diri di laut yang lebih sejuk. Akan tetapi, megalodon tidak berevolusi.

Haiwan yang gagal berevolusi tentu sekali pµpµs. Tambah pula megalodon suka melahirkan anak di kawasan pesisiran pantai yang selamat daripada anc.aman haiwan laut besar.

Aras laut yang menurun (kerana ais terbentuk tebal di kawasan kutub) dipercayai meran.apkan kawasan pembi.akan megalodon.

Mengambil kira hakikat ini, memang mustahil megalodon mampu hidup di dasar laut. Jerung suka perairan bersuhu 20ºC hingga 30ºC. Laut dalam pula mempunyai purata suhu sekitar 4ºC.

Aktiviti geoterma di dasar laut mungkin boleh memanaskan suhu sekeliling. Tetapi ruangan yang ada terlalu kecil untuk gergasi laut seperti megalodon.

Jika kolam yang besar pun tidak cukup untuk jerung putih (carcharodon carcharias) – takkan megalodon boleh hidup di kawasan dasar yang terhad.

Kalau betul megalodon hidup di sana, makanan pula menjadi isu. Megalodon perlu memakan dengan banyak untuk menampung tubuhnya yang besar, barangkali 1,130 kilogram setiap hari.

Haiwan dasar laut terdiri daripada ikan-ikan kecil. Haiwan yang besar seperti sotong gergasi mungkin boleh menjadi santapan megalodon. Tetapi ada satu lagi realiti yang tidak boleh dinafikan.

IKLAN: Kami melancarkan POLITIK UNTUK PEMULA pada harga diskaun di PBAKL Online. 100 pembeli terawal dapat sign penulis. Link beli: https://shp.ee/rjhp7xi

Semua gigi megalodon berasal daripada zaman jutaan tahun dahulu. Diulangi semula – jerung mendapat 40,000 gigi baru setiap ekor.

Jika megalodon masih mendiami laut, dua benda akan berlaku: 1) saintis/nelayan akan jumpa kesan gig.itan teruk pada badan ikan besar lain dan 2) banyak gigi bukan fosil akan ditemui saintis.

Memandangkan dunia semakin panas, megalodon tentu sekali sudah lama keluar. Namun apakan daya – megalodon sudah pµpµs dan hanya tinggal dalam kenangan sahaja.

RUJUKAN:

Davis, J. (n.d.). Megalodon: the truth about the largest shark that ever lived. National History Museum.

Long, J., & Siverssson, M. (2021, Mac 12). Making A Megalodon: The Evolving Science Behind Estimating the Size of The Largest Ever (ditapiskan) Shark. IFL Science.

Ruangan komen telah ditutup.