Fakta-Fakta Santai Mengenai Jepun Yang Jarang Diketahui

99

• Negara Jepun disebut sebagai Nippon atau Nihon yang membawa maksud tempat asal matahari terbit. Disebabkan itulah negara Jepun diberi jolokan sebagai negara matahari terbit. Bulatan merah pada bendera Jepun merupakan symbol kepada matahari.

• Rata-rata penduduk Jepun mempunyai umur yang agak panjang berbanding dengan penduduk negara lain menjadikan negara Jepun sebagai negara nombor 1 dalam carta ranking umur terpanjang di dunia.

• Maskot McD di Jepun diberi nama Donald MCDonald dan bukannya Ronald McDonald seperti di negara lain.

• Majoriti kaum hawa Jepun memakai selipar atau kasut yang mempunyai ketinggian minimum 4 inci dan agak susah untuk menjumpai perempuan yang memakai sneakers atau flat shoe.

• Nombor 4 dan 9 dianggap sial bagi penduduk Jepun. Nombor 4 yang berbunyi ‘shi’ membawa maksud ‘mati’ manakala nombor 9 yang dibaca sebagai ‘ku’ membawa maksud ‘sengsara’. Ada beberapa penginapan apartment/rumah yang langsung tidak meletakkan nombor 4 dan 9 ini kerana dianggap sial.

• Kebanyakan orang Jepun tiada agama dan hanya bertuhankan kerja.

• Pola kehidupan kebanyakan orang Jepun pada masa kini adalah begini: sewaktu lahir dibawa ke kuil Shinto, waktu menikah pula dibuat di gereja dengan persetujuan Father dan waktu meninggal pula dimakamkan dan disembahyangkan di dalam kuil Buddha. Rakyat Jepun sudah ramai yang tiada agama, maka itulah kenapa pola kehidupan mereka seperti ini. Tiada pegangan.

• Nisbah mesin air di Jepun adalah 1 orang rakyat Jepun bersamaan 4 mesin air di seluruh Jepun.

• Di atas puncak gunung Fuji, ada dua mesin air syiling. Persoalannya, siapa yang menambah air dan juga kutip duit ya?

• Orang Jepun sangat-sangat fokus apabila bekerja. Bagi mereka tiada istilah mengular atau lepak mamak. Namun, mereka juga mempunyai pegangan terhadap ‘work hard play hard’. Apabila masuk kepada hari minggu, mereka akan berhibur betul-betul tanpa mengular juga.

• Orang jepun tidak suka sesuatu yang terlampau manis terutama dalam hal kopi dan teh. Teh hijau sangat sangat popular di Jepun dan dihidangkan untuk tetamu tanpa gula. Dan bagi kopi pula mereka lebih sukakan black coffe yang tanpa gula.

• Teksi di Jepun mempunyai pintu automatik di mana pintu sebelah kiri akan dibuka dan tutup sendiri. Jadi jangan cuba untuk tutupkan, nanti dimarahi oleh pemandu teksi.

• Disneysea Jepun adalah satu-satunya di dunia.

• Di Jepun jarang ada lalat dan nyamuk.

• Pepsi di jepun mempunyai keluaran yang agak pelik iaitu Pepsi Timun, Pepsi Kacang Merah dan Pepsi Shisho (daun perilla yang dicampur dalam sushi)

• Apabila menyerahkan sesuatu barang, orang Jepun akan menggunakan kedua-dua belah tangan mereka.

• Sistem kasta Burakumin masih menebal dalam hati penduduk Jepun.

• Ramai yang ke taman membawa stroller bayi, tetapi isinya diletakkan anjing hanya untuk membawa mereka berjalan-jalan.

• Di pusat karaoke, hanya ada 4 sahaja lagu asing iaitu lagu Cina, Korea, English dan Filipina.

• Ketika makan Ramen, diwajibkan untuk menghirup Mee Ramen sampai keluar bunyi slurp..

• Kebanyakan jalan-jalan kecil di jepun tidak mempunyai nama

• Untuk melihat sisi gelap orang Jepun yang dianggap sopan santun, peramah dan baik itu boleh dilihat ketika mereka mabuk dan juga ketika mereka sedang berlarian masuk ke dalam kereta yang dah nak gerak.

• Vending machine di Jepun bukan sahaja menjual air tin, bahkan juga rokok, beras, alcohol, komik, sayur, seluar dalam dan juga pizza.

• Bunuh diri dengan cara terjun ke landasan kereta api ketika keretapi lalu merupakan satu kerugian besar pada syarikat kereta api tersebut kerana apabila berlakunya tragedi, ratusan orang lain terpaksa menjadi mangsa dengan kelewatan dan pengguna keretapi itu boleh saman syarikat keretapi walaupun bukan salah syarikat keretapi. Kebiasaannya syarikat keretapi akan menuntut ganti rugi terhadap keluarga korban sebanyak 100 juta yen bersamaan RM3.7 juta. Hidup pon susah, mati pun susah.

• Kanak-kanak berumur 7 tahun ke sekolah sendirian tanpa ditemani oleh ibu-bapa.

• Orang Jepun sangat suka terhadap hiburan. Apa sahaja perayaan yang memabukkan, mereka akan turut sambut. Namun, perayaan besar tidak semestinya digiliran dengan cuti pada keesokan hari.

• Selain dari ikan mentah, orang Jepun turut makan daging kuda dan rusa yang mentah.

• Filem yang terbaru yang ditayangkan dari luar negara ke Jepun akan ditayangkan dua versi sama ada dengan versi asal dan sari kata Bahasa Jepun. Tidak juga dilupakan versi alih suara dalam bahasa Jepun.

• Ketika bagi tunduk hormat atau juga meminta maaf, kepala harus ke bawah memandang tepat pada lantai.

• Sewaktu musim sejuk, pipi orang Jepun akan menjadi kemerah-merahan malah menghampiri warna merah jambu.

• Kad nama bagi orang Jepun adalah sangat penting. Bagi pengenalan kali pertama, mereka akan bertukar kad nama/bisnes kad masing-masing dengan cara menghadap depan-depan dan kedua-dua tangan memegang kad nama sendiri untuk diserahkan.

Bagi yang menerima pula, jangan sesekali terus simpan kad nama ke dalam bag atau dompet ketika si penama masih berdiri di hadapan. Jika posisi sewaktu itu adalah berdiri, teruskan berdiri sehingga si dia duduk dan bagi posisi duduk, letakkan kad di atas meja.

• Harga senyuman adalah 0 yen. Itulah yang tertera pada menu McD.

• Di Jepun, terdapat beberapa syarikat telekomunikasi yang besar seperti Docomo, Softbank dan lain-lain namun dari satu syarikat ke syarikat yang lain, pengguna tidak boleh untuk hantar sms. Hanya email sahaja yang dibenarkan.

• Komik di Jepun bukan hanya untuk budak-budak kecil sahaja namun digilai oleh semua peringkat umor.

• Jika menonton tv Jepun, kebanyakan rancangan adalah melibatkan rancangan lawak dan rancangan lawak mereka sangat kraetif dan kadang-kadang gurauannya melapaui batas sehingga boleh membawa gaduh.

• Perkataan sensei bukanlah bermaksud cikgu, tapi ianya merupakan panggilan terhadap beberapa orang yang profession kerja seperti cikgu, pengarang komik, doctor, pengacara, dan banyak lagi.

• Orang Jepun sangat anti dengan perkataan ‘cincin” dan juga ‘mangkuk’ kerana ia membawa maksud alat kelamin bagi lelaki dan permpuaan.

• Bagi orang Jepun, membaca tulisan rumi adalah sama seperti kita membaca tulisan kanji. Maknanya ramai orang Jepun yang masih tidak faham alphabet.

• Dalam perkahwinan Jepun, tetamu undangan mereka hanyalah 50-100 orang sahaja dan tetamu diwajibkan untuk membawa angpau untuk pengantin sekurang-kurangnya 30,000 yen (RM1150) seorang.

• Tidak ada perayaan sambutan tahun baru di tempat terbuka seperti di jalanan, di taman-taman dan juga beberapa tempat untuk orang awam lain.

• Judi yang paling popular di Jepun adalah Panchiko yang merupakan slot yang bernaung dibawah yakuza

• Masih ada onsen/tempat mandi awam yang bercampur lelaki dengan perempuan

• Ungkapan ‘cinta’ di Jepun adalah sangat suci. Jarang sekali orang Jepun ungkapkan kata-kata cinta. Jadi untuk menyatakan perasaan sayang mereka akan menggunakan ayat ‘suka’ terlebih dahulu. Cinta ini bermakna perasaan yang lebih dalam dan digunakan ketika sudah menikah. Hmmm, bercinta lepas kahwin jugak orang Jepun ni ya?

• Murid sekolah rendah di Jepun diwajibkan untuk memakai bag sekolah yang dikhaskan sahaja (sama seperti dalam Detektif Conan) yang berupa kotak dan berwarna hitam. Bag sekolah ini agak mahal sekitar RM600 sehingga RM2000 namun agak tahan lasak dan dapat digunakan sehingga 8 tahun.

• Bagi gadis sekolah menegah, pemakaian ragam sekolah skirt diwajibkan diatas lutut.

• Gigi orang jepun kebiasaanya tidak tersusun rapi, namun mereka tiada yang memakai braces

• Di bandar-bandar besar, pada malam hari 85% di jalanan adalah teksi, 8% adalah van atau lori dan selebihnya kereta persendirian

• Syiling 5 yen dan 50 yen mempunyai lubang ditengahnya.

• Kebanyakan kedai di Jepun akan mengucapkan “selamat datang” kepada setiap pelanggan yang masuk ke kedainya, walaupun sudah ada 1 pekerja yang mengucapkan diikuti dengan semua pekerja-pekerja yang lain.

• Jarang untuk melihat anjing atau kucing liar berkeliaran di tepi-tepi jalan

Artikel adalah disumbangkan oleh Jeroong Wia untuk The Patriots.


.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.