Ringgit merupakan mata wang rasmi bagi negara Malaysia dan boleh juga diguna pakai dibeberapa buah negara ekoran nilainya yang agak tinggi.

Mata wang ini juga telah mengalami pelbagai peristiwa bagi membolehkan ianya terus relevan. Tahukah anda, ringgit Malaysia pernah menghampiri dolar Singapura dalam pertukaran mata wang asing?

Jangan terkejut kerana suatu ketika dahulu Singapura pernah berfungsi seperti Selatan Thai ekoran harga barangan yang murah.

Hari ini, tukaran bagi ringgit Malaysia kepada dolar AS adalah sebanyak RM4.15 bersamaan 1USD. Berikut adalah 5 perkara menarik yang perlu anda tahu mengenai ringgit Malaysia.

1. Ringgit Bermaksud “Bergerigi”

Ketika era penjajahan Portugis, syiling dolar perak Sepanyol banyak diedarkan serta digunakan.

Duit syiling yang agak rapuh dan tidak teratur adalah ciri khas bagi mata wang ini. Jadi orang Melayu pada ketika itu menggelarkannya sebagai “ringgit” yang membawa maksud bergerigi.

Pada hari ini, ringgit telah diterima pakai sebagai mata wang eksklusif buat negara Malaysia.

2. Pernah Dipanggil Dolar

Jika anda pernah mendengar seseorang menyatakan harga sebuah barang adalah 10 dolar yang merujuk kepada RM10, anda mungkin beranggapan individu itu tidak beberapa nak betul.

Namun, jika mereka mengatakan sedemekian rupa sebelum Ogos 1975, mereka adalah nyatakan sesuatu yang benar.

Hal ini dapat dilihat apabila pada tahun 1967, Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura mula mengeluarkan mata wang sendiri yang disebut dolar bagi menggantikan Dolar Malaya dan Borneo British.

Jadi dengan kehadiran dolar Malaysia, dolar Singapura dan dolar Brunei baharu, ketiga-tiga negara itu bertindak menandatangani perjanjian pertukaran mata wang supaya dolar mereka boleh ditukar dengan nilai yang sama.

Walau bagaimanapun, Malaysia telah menarik diri daripada penjanjian tersebut pada tahun 1973. Dua tahun kemudian, nama rasmi bagi mata wang Malaysia adalah ringgit dan sen.

Namun begitu, mata wang syiling RM1 yang dikeluarkan pada tahun 1989 masih lagi mengekalkan simbul dolar ($) di atasnya sehingga tahun 1993.

3. Syiling 1 Sen Lama Masih Boleh Digunakan Sebagai Duit

Pada tahun 2008, mekanisme pembundaran telah diperkenalkan di mana setiap pembelian akan dibundarkan kepada 5 sen yang terdekat bagi melupuskan 1 sen daripada edaran.

Ketika ini juga syiling RM1 juga telah dinyahpakai selama tiga tahun kerana kita sudah miliki wang kertas RM1.

Walaupun begitu jika anda masih miliki 1 sen dalam simpanan, anda masih boleh gunakannya untuk pembelian tetapi hanya pada kadar maksimun RM2 sahaja.

Namun, berkemungkinan juga, pihak penjual tidak mahu menerima syiling tersebut dalam kuantiti yang banyak.

Jadi, anda boleh tukarkan syiling 1 sen kepada nilai yang lebih relevan di bank-bank berdekatan.

4. Wang Kertas Dengan Tandatangan Baru

Jika anda melihat wang kertas ringgit pasti anda akan nampak tandatangan Gabenor Bank Negara.

Sekiranya tandatangan “Zeti Aziz” tertera di situ ianya adalah kerana beliau merupakan bekas gabenor Bank Negara yang telah berkhidmat selama 16 tahun. Tempoh tersebut merupakan kedua terpanjang selepas Tun Ismail Mohd Ali yang berkhidmat selama 18 tahun dari 1962 sehingga 1980.

Tan Sri Zeti Aziz telah digantikan dengan gabenor baru iaitu Tan Sri Muhammad bin Ibrahim dan ringgit baru yang dikeluarkan mulai September 2016 tertera tandatangan beliau.

Walau bagaimanapun, wang kertas dengan tandatangan beliau semakin sukar didapati kerana tempatnya telah digantikan oleh Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus pada bulan Jun 2018.

5. Kelantan Mahu Berhenti Gunakan Ringgit

Pada tahun 2006, negeri Kelantan telah menghasilkan duit syiling sendiri mengunakan emas.

Mereka juga mendakwa bahawa syiling emas lebih dekat dengan amalan Rasulullah S.A.W serta mata wang semasa terlibat dengan riba.

Syiling emas Kelantan ini digelar sebagai dinar dan ianya harus digunakan untuk menggantikan Ringgit Malaysia.

Walau bagaimanapun, pihak berkuasa Agama Islam di Kelantan mengeluarkan kenyataan yang mengatakan bahawa mereka tidak boleh menggunakan dinar sebagai mata wang sah.

Hal ini demikian kerana, kerajaan negeri tidak miliki kuasa untuk mengubah mata wang untuk kegunaan sendiri.

Jika anda ada terjumpa dengan individu yang masih gunakan mata wang ini, ketahuilah nilai sebenar mata wang itu lebih besar daripada yang tertera. Jangan cuba-cuba menjual barang kepada mereka, kelak binasa kedai.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang marhaen dari UITM Puncak Perdana yang meminati sejarah, sastera, falsafah, sukan, muzik dan ekonomi. Mata pena lebih tajam daripada mata keris dan menulis sekadar untuk meluah rasa jiwa sahaja.

Comments are closed.