Bunga Pakma atau Rafflesia seperti mana yang kita tahu ialah bunga paling besar di dunia. Bunga ini kebanyakannya ditemui di dalam hutan dan kaki-kaki gunung. Ada seorang rakan penulis pernah memberitahu, kalau nak jumpa bunga pakma ni, kena sesat dalam hutan dulu baru jumpa.

Tapi sebenarnya, ada banyak fakta-fakta menarik mengenai Bunga Pakma ini.

  • Bunga Pakma mula ditemui oleh seorang ahli botani berbangsa Perancis, Louis Deschamps semasa beliau membuat lawatan di Jawa sekitar 1791 hingga 1794. M4l4ngnya rekod ini telah dirampas oleh pihak British semasa perjalanan beliau untuk pulang ke kampung halamannya.

    Rafflesia Arnoldi

  • Bunga Pakma atau Rafflesia ini juga diambil bersempena dengan nama Sir Thomas Stamford Raffles, pengasas koloni British di Singapura. Salah satu spesies Rafflesia, Rafflesia Arnoldi diambil bersempena dengan nama doktor peribadi Raffles, Dr James Arnold.
  • Terdapat 28 jenis spesies Bunga Pakma dan sepuluh daripadanya merupakan antara bunga yang terbesar di dunia.

    Rafflesia Hasselti

  • Terdapat satu spesies Bunga Pakma iaitu Rafflesia hasseltii yang dijumpai di Taman Negara Kerinchi Sablat dipercayai mampu diestrak sebagai penawar penyakit luka.

    Rafflesia Maliiana

  • Rafflesia manillana merupakan spesies Bunga Pakma yang paling kecil sekali. Bunganya berukuran lebih kurang 20 centimeter diameter manakala kelopaknya agak besar sedikit.
  • Semua jenis Bunga Pakma ialah bersifat unisexual, ataupun satu jantina. Namun bagi spesies  ​Rafllesia baletei, bunga ini bersifat bisexual dan boleh jadi sebagai jantan atau betina.
  • Walaupun Bunga Pakma merupakan bunga terbesar di dunia, bunga ini bersifat agak malu. Sebarang gangguan atau pencemaran boleh mengakibatkan kelopak bunga ini gagal untuk menjadi lebih cantik.
  • Jika Bunga Raya dipilih sebagai Bunga Kebangsaan Malaysia, Bunga Pakma telah dipilih sebagai Bunga Kebangsaan negara Indonesia dan wilayah Surat Thani, Thailand.
  • Kini, menurut WWF, Bunga Pakma sedang berada di ambang kepupusan kerana pembalakan yang melampau dan keadaan hutan yang semakin panas. Oleh itu, hendak kita menjaga alam sekitar kita agar anak cucu kita dapat melihat bunga yang terbesar di dunia ini di depan mata mereka sendiri berbanding lihat di muzium-muzium atau buku-buku.

Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Merupakan penulis prolifik yang kini sudah memiliki 16 buah buku (setakat Mac 2021). Merupakan pengasas bersama The Patriots, dan memegang jawatan Chief Content Officer untuk Patriots Holding Sdn Bhd. Impian terbesarnya ialah melihat sebuah Baitul Hikmah versi Tamadun Melayu, yang mengumpulkan para genius dari segala bidang, dibawah satu bumbung akademik dan mengabadikan seluruh kehidupan mereka hanya pada ilmu!

Comments are closed.