Sesiapa yang kaji sedikit sebanyak tentang sejarah kesihatan, tentunya pernah dengar wabak-wabak seperti “H1N1”, “hog cholera”, “Nipah virus” dan lain-lain lagi. Menariknya, ketiga-tiga wabak ini datang daripada binatang ternakan ketiga paling popular di seluruh dunia – babi. Satu masa dahulu, kerajaan Malaysiapernah memutuskan untuk bunuh lebih daripada sejuta babi sebagai langkah pencegahan virus Nipah [1].

Hakikat ini merupakan tunjang yang diasaskan sejak Kitab Taurat diriwayatkan kepada Nabi Musa (as), disambung daripada satu nabi ke satu nabi, sehinggalah diakhiri dengan Nabi Muhammad (SAW) dengan al-Qur’an.

“Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” – Qur’an 2:173.

“Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah…” – potongan daripada Qur’an 5:3.

“Katakanlah (wahai Muhammad): “Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor – atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah”. – potongan daripada Qur’an 6:145.

“Dan babi, kerana ia mempunyai berkuku belah yang benar-benar berpecah, tetapi tidak akan muntah rumput makanan itu; ia adalah tidak bersih untuk kamu. Kamu tidak boleh makan daging mereka, dan kamu tidak boleh menyentuh bangkainya; sesungguhnya mereka itu kotor untuk kamu.” – Imamat 11:7-8

“Dan babi, kerana ia mempunyai kuku berpecah, tetapi tidak mengunyah rumput makanan; ia adalah tidak bersih untuk kamu. Kamu tidak akan makan daging mereka tidak juga menyentuh bangkainya.” – Ulangan 14:8

Jelas kelihatan Qur’an dan Bibel yang dilumrahkan kepada manusia bersependapat bahawa babi adalah kotor. Namun, apakah benarnya babi kotor?

Tidak kira bagaimana pembela-pembela pro-babi (ini bukan penghinaan) cuba bawa hujah, babi merupakan binatang yang dikenali sebagai “scavenger” – memakan apa saja yang ada, maka spesis ini merupakan ternakan yang kotor.

Bukan sahaja serangga-serangga, makanan-makanan buangan, atau najis-najis mereka sendiri, bangkai-bangkai binatang dan anak-anak mereka sendiri pun akan dimakan.

Perkara paling pertama yang perlu diawasi adalah parasit-parasit di badan (dan daging babi). Sesiapa yang sering memakan daging merah yang tidak dimasak penuh (jenis rare, medium rare, medium, atau medium well) tidak boleh menggunakan amalan yang sama dengan daging babi. Parasit yang dimaksudkan tidak mati dengan mudah walaupun jika dimasak secukupnya, dan telur-telur parasit ulat trichinella boleh didapati dalam daging babi.

Ulat ini menambahkan penyakit trichinosis dalam senarai panjang virus seperti Hepatitis E, PRRS, menangle dan virus nipah.

Tambah pula dengan daging-daging babi yang sungguh sarat dengan toksin berbanding haiwan-haiwan ternakan yang lain oleh kerana ketiadaan kelenjar-kelenjar peluh dan yang paling penting sekali, proses pencernaan segera mereka [2]. Seekor lembu mengambil masa 24 jam (atau lebih) untuk mencernakan makanan setelah ditelan, tetapi sistem babi hanya dalam empat jam sahaja.

Masa yang singkat ini menghalang struktur babi sendiri untuk buang toksin berlebihan yang akan kekal dalam tisu-tisu berlemak mereka.

Bayangkan pula babi memakan najis mereka (yang dicerna secara segera dengan penuh toksin), sekaligus menambahkan lagi tahap toksin di daging mereka.

Dengan penuhnya toksin, najis mereka mempunyai agen-agen pengancam jauh lebih ketara berbanding binatang-binatang ternakan lain – dan pada tahun 1995, berlaku tumpahan najis babi sebanyak 95 juta liter dalam sungai North Carolina, menyebabkan kehancuran ekosistem dengan kematian lebih kurang 12juta ikan [3]. Untuk elakkan kejadian ini berlaku sekali lagi, industri penternakan telah memproses najis-najis babi dan menyemburkannya ke udara.

Apabila toksin babi ditambah pula dengan yang ada di badan kita, maka tahap toksin yang terkumpul sememangnya mampu membahayakan kesihatan. Bukan itu sahaja – perlu diingatkan bahawa 97% babi di Amerika Syarikat sahaja dibesarkan dibawah pengawasan ternakan. Inilah sebab utama (selain faktor agama) kenapa babi mesti dielakkan, walaupun jika bunyinya mungkin tidak merisaukan.

Sedar atau tidak, babi-babi ternakan tidak pernah dibesarkan secara semulajadi – tidak pernah berlari dengan bebas, rasa sinaran matahari dan bernafas udara yang segar. Belum dikira dengan dadah-dadah yang disuntik, sepertimana semua tahu Amerika Syarikat sebagai contohnya merupakan pemain utama dalam pengubahsuaian genetik untuk membesarkan saiz babi.

Selain daripada tumbesaran, sistem urusan penternakan juga menyebabkan 70% babi mempunyai penyakit radang paru-paru sebelum disembelih. Penyakit ini diperangi dengan suntikan antibiotik pula. Kemudian dengan cara sembelihan yang bukan cara Islam atau Ahli Kitab, sememangnya bakteria-bakteria yang terkumpul dalam saluran darah babi akan berkekalan untuk disuapkan dalam mulut manusia.

Jelas sekali kenapa Qur’an dan Bibel sungguh bertepatan dengan realiti semasa, walaupun ayat-ayat suci ini telah diriwayatkan beribu-ribu tahun dahulu.

[1] http://www.thelancet.com/journals/lancet/article/PIIS0140-6736%2805%2974483-4/fulltext

[2] http://draxe.com/why-you-should-avoid-pork/

[3] http://www.nytimes.com/1995/06/25/us/huge-spill-of-hog-waste-fuels-an-old-debate-in-north-carolina.html


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Leave A Reply