Fakta-Fakta Menarik Mengenali Ladybird

407

Terdapat sekitar lima ribu (5000) spesis Kekabuh Kura-kura di seluruh dunia. Haiwan ini juga dikenali sebagai Kumbang Kura-kura. Mereka datang dalam pelbagai bentuk dan corak yang berbeza.

Yang paling terkenal adalah Kekabuh Kura-kura  dari Amerika Utara yang mempunyai tujuh bintik. Ia mempunyai badan yang berwarna merah dan hitam serta berkilat. Dalam banyak budaya, Kekabuh Kura-kura dianggap membawa nasib tuah.

Banya orang menyukai Kekabuh Kura-lura kerana cantik, lembut dan tidak membahayakan orang. Para petani menyukai mereka kerana mereka memakan aphids dan serangga perosak yang lain.

Seekor Kekabuh Kura-kura mampu memakan sehingga lima ribu (5000) ekor serangga dalam sepanjang hidupnya! Kebanyakan Kekabuh Kura-kura mempunyai badan yang berbentuk kubah dan bujur serta berkaki enam.

Bergantung kepada spesisnya, mereka mempunyai tompok, jalur ataupun tiada apa-apa langsung. Kekabuh Kura-kura bertujuh tompok mempunyai badan yang berwarna merah ataupun kuning serta memiliki tiga tompok di setiap sisinya dan satu tiompok di tengahnya.

Mereka mempunyai kepala yang berwarna hitam dengan tampalan berwarna putih di kedua-dua sisinya.


Tuhan menjadikan Kekabuh Kura-kura yang beraneka warna dengan ada sebabnya. Penanda pada badannya akan menjadi lambang kepada diri haiwan yang memakan haiwan lain.

Lambang tersebut berbunyi “Makanlah benda lain! Aku tidak sedap dimakan.”. Apabila Kekabuh Kura-kira diancam bahaya, serangga ini akan merembeskan minyak yang berbau busuk dari sendi kakinya.

Mereka mungkin akan berpura-pura pergi untuk selama-lamanya. Burung adalah pemakan utama telur Kekabuh Kura-kura, mereka juga menjadi santapan kepada katak, penyengat, labah-labah dan pepatung.

Kekabuh Kura-kura mengeluaan telurnya secara berkelompok ataupun berbaris di sebalik sehelai daun. Daun tersebut biasanya didiami oleh aphids. Larva Kekabuh Kura-kura yang beraneka bentuk dan warna bergantung kepada spesis muncul selama beberapa hari apabila menetas.

Larva Kekabuh Kura-kura bertujuh tompok mempunyai rupa yang panjang, hitam dan berduri serta didatangkan dalan tompokan kuning ataupun jingga. Ada yang mengatakan mereka kelihatan seperti aligator.

Larva membesar dengan sangat cepat lalu bersalin kulit sebanyak beberapa kali. Apabila mereka mencapai saiz yang penuh, mereka melekat pada sehelai daun dengan ekornya dan kepompong akan terbentuk.

Selepas selama seminggu ataupun dua minggu, kepompong berubah menjadi Kekabuh Kura-kura dewasa.

Sesungguhnya, Kekabuh Kura-kura bahagia dalam pelbagai tempatnya. Dari rumput, hutan, bandar, luar bandar dan sepanjang sungai. Kekabuh Kura-kura bertompok tujuh adalah haiwan yang berasal dari benua Eropah.

Mereka dibawa ke Amerika Utara pada pertengahan tahun 1900an untuk mengawal populasi aphids. Kekabuh Kura-kura aktif dari musim bunga hingga musim luruh. Apabila cuaca menjadi sejuk, mereka mencari kehangatan.

Mereka mencari tempat seperti balak yang reput, bawah batu dan malah di dalam rumah untuk hibernasi. Koloni yang berhibernasi mampu mencapai ribuan ekor Kekabuh Kura-kura.

Dalam Bahasa Melayu, serangga ini dikenali sebagai “Kekabuh Kura-kura” ataupun “Kumbang Kura-kura”. Persoalannya, apakah maksud “Kekabuh”?

Kekabuh ataupun dalam Bahasa Inggeris, “Weevil” menurut Merriam Webster adalah segala jenis kumbang yang mempunyai kepala cenderung untuk memanjang seperti bentuk muncung.

Perkataan “Kura-kura” barangkali merujuk kepada bentuk badannya yang kelihatannya seperti bentuk reptilia berkenaan.

Tahukah anda, pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeronautik Kebangsaan ataupun lebih dikenali sebagai NASA juga pernah menghantar beberapa ekor Kekabuh Kura-kura ke angkasa lepas bersama dengan aphids untuk melihat bagaimana aphids melarikan diri dalam keadaan graviti sifar.

Artikel ini telah diterjemah, diubahsuai, dipermudah dan dipertambahbaik oleh #AlamBahasa12 dari laman https://www.natgeokids.com/au/discover/animals/insects/ladybird-facts/ dan https://www.merriam-webster.com/dictionary/weevil yang telah dicapai pada 8hb Februari 2020.

Ruangan komen telah ditutup.