Sugar Glider ialah makhluk marsupial(haiwan yang mempunyai kantung) yang kecil. Ia boleh ditemui di Australia, Tasmania, Indonesia dan Papua New Guinea. Sugar Glider boleh hidup di pelbagai jenis hutan tetapi ia lebih memilih hutan pokok kayu putih dan pokok akasia. Nama “Sugar Glider” datang daripada fakta yang menunjukkan haiwan ini sukakan manisan (sugar) dan ia boleh meluncur di udara. Sugar Glider adalah haiwan sosial dan begitu selesa dengan ramai manusia. Disebabkan itu, mereka kerap dijadikan sebagai haiwan peliharaan. Aktiviti perhutanan telah mengakibatkan kemusnahan habitat dan mengancam kelangsungan hidup sugar glider di hutan. Namun, nasib baik, populasi sugar glider masih lagi besar dan tidak tersenarai dalam kategori spesis terancam.

Di bawah ini antara fakta menarik mengenai sugar glider:

1) Sugar glider boleh mencapai panjang di antara 5-6 inci. Ekornya mempunyai 7 inci panjang. Beratnya pula sekitar 4 auns.

2) Sugar glider mempunyai bulu berwarna kelabu lembut atau kuning. Bahagian tekak, dada dan perutnya berwarna krim. Ia juga mempunyai jalur tunggal berwarna gelap dari hidung hingga ke ekor.

3) Sugar glider mempunyai mata besar yang sangat membantu dalam penglihatan waktu malam.

4) Sugar glider adalah haiwan nokturnal (aktif di waktu malam).

5) Sugar glider menghabiskan hayatnya di atas pokok.

6) Sugar glider adalah haiwan omnivor (Makan tumbuhan dan haiwan). Pemakanannya merangkumi serangga, cicak, telur burung dan mamalia kecil. Juga makan tumbuhan seperti daun, bunga, buah-buahan dan madu pokok yang manis.

7) Sugar glider meluncur dari pokok ke pokok dengan menggunakan membran yang meregang dari pergelangan tangan ke pergelangan kaki. Saiz dan bentuk “payung terjun” itu boleh diubah dengan mengubah kedudukan kakinya. Ekornya pula berperanan sebagai pengemudi semasa penerbangan.

8) Sugar glider boleh meluncur di udara pada jarak sejauh 148.9 kaki. Kukunya yang tajam membantunya melakukan cengkaman di dahan-dahan pokok bagi memastikan pendaratan yang lebih selamat.

9) Sugar glider adalah haiwan sosial. Ia boleh hidup dalam kumpulan sebanyak 7 atau lebih ekor kawanan. Jantan yang lebih dominan akan menggunakan kalenjar bau untuk menandakan rakan-rakannya yang lain sebagai ahli koloni.

10) Sugar glider adalah haiwan teritorial yang hidup di wilayah sepanjang 2.5 hektar. Mereka mempunyai rasa yang kuat untuk mempertahankan kawasan mereka daripada dicerobohi makhluk asing (alien?)

11) Sugar glider mempunyai suara vokal yang tinggi. Mereka menghasilkan bunyi bising, jeritan dan desiran yang sangat kuat.

12) Musim mengawan berlangsung dari bulan Jun sehingga Januari.

13) Sugar glider mencapai tempoh kematangan seksual pada usia 8 hingga 15 bulan. Mereka membiak sekali atau dua kali setahun, bergantung kepada keadaan iklim dan makanan yang ada.

14) Sugar glider yang hidup secara liar boleh mencapai usia sehingga 9 tahun dan kebiasaannya bertambah menjadi 12 tahun apabila hidup dalam kurungan peliharaan.

15) Kaki depan sugar glider seperti tangan. Mereka mempunyai ibu jari yang bertentangan bagi membolehkan mereka mencengkam dan memegang sesuatu.

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Seorang guru yang mengajar Bahasa Melayu, Sejarah dan Pendidikan Jasmani. Gemar melakukan aktiviti memanah di masa lapang. Minat terhadap bidang penulisan sehingga berjaya menerbitkan beberapa buah novel thriller bersama Karangkraf. Menjalankan khidmat bekam pada masa lapang. Bercita-cita untuk menjadi guru silat.

Comments are closed.