1. Rom mempunyai banyak bangunan apartment, kira-kira 40,000 buah bangunan, di mana setiap bangunan berketinggian kira-kira 5 tingkat. Nisbah bangunan apartment melebihi bangunan kediaman, pada kadar 20:1.

2. Pasar ‘Trajan’, pusat membeli belah pertama di dunia, mempunyai 150 ruang kedai dan pejabat.

3. ‘Monte Testaccio’ – tapak pelupusan sampah pertama di dunia, longgokan dan timbunannya mencecah 115 kaki tinggi, dipenuhi kira-kira 53 juta kepingan sampah-sarap.

4. Kota Rom menggaji pembersih jalan, pengawal trafik, ahli bomba termasuklah pengurus pengkebumian yang akan menguruskan upacara pemakaman orang-orang Rom.

5. Rom turut mempunyai perkhidmatan pos seperti surat dan warkah, selain mempunyai terbitan akhbar harian.

6. Konsep negara berkebajikan pertama di dunia, sistem di mana Rom mampu memperuntukkan dan mengagihkan gandum dan bijirin percuma untuk 300,000 keluarga setiap tahun.

7. Bekalan air bersih sepanjang masa buat keluarga yang kaya dan mampu, tuan rumah akan membayar bil dan cukai penggunaan air, berdasarkan saiz paip dan kapasiti penggunaan.

8. ‘Hypocaust’ – sistem pemanas udara pertama di dunia, menggunakan gas dan udara panas di bawah permukaan lantai.

9. Pada 1 AD, Kota Rom mempunyai 1 juta penduduk, kira-kira 1,800 tahun selepas itu, baharulah wujud satu kota atau Bandar lain yang melangkaui jumlah penduduk Rom iaitu London.

10. Para jurutera Rom, memformulasikan nisbah sempurna untuk konkrit, hampir sama dengan simen pada masa sekarang.

11. ‘Pantheon’ – bangunan berkubah konkrit paling besar di dunia, untuk hampir 18 abad lamanya.

12. ‘Circus Maximus’ – arena sukan terbesar pernah wujud, 5 kali lebih besar daripada kapasiti Stadium Yankee.

13. Kota Rom mempunyai sistem saliran bekalan air paling sempurna di era purba.

14. Terdapat 1,300 pancuran air awam yang boleh diminum, selain 144 tandas awam.

15. Rom turut mempunyai 850 ruang mandi dan spa persendirian, 11 ruang mandi awam, dan yang terbesar berkeluasan kira-kira 32 ekar.

16. Sisa air dari ruang mandi tersebut itu disalirkan ke ‘Cloaca Maxima’, sistem pembentungan pertama di dunia, dan masih digunakan sehingga kini.

17. Di Rom juga, terbina 11 ‘aqueducts’, yang menampung 200 juta gelen air ke seluruh pelusuk kota, setiap hari.

18. Dan bekalan air tetap tidak menyusut sungguhpun tiba satu ketika, di mana ‘Colosseum’ diisi penuh dengan air dan digunakan sebagai tapak persembahan ‘peperangan armada di laut’ yang dikenali sebagai ‘Naumachia’.

Info foto : Binaan model Kota Rom Purba.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Leave A Reply