1. Cerita yang dituliskan oleh Ralph Modder adalah semata-mata fiction. Hanya nama Sarjan Hassan dipinjam dari nama seorang perwira tentera yang bertugas di Kem Port Dickson. Sarjan Hassan yang sebenarnya telah diberi imbuhan oleh Shaw Brothers kerana menggunakan nama beliau.

2. Lokasi utama termasuk hutan belantara adalah di Port Dickson.

3. Lamberto Avellana, seorang pengarah dari Filipina, dipilih untuk mengarah, berdasarkan beliau baru sahaja memenangi Anugerah Pengarah Terbaik Asia pada tahun 1957, dan beliau pernah mengarah 9 buah filem perang sebelum itu.

4. Seramai 34 orang krew dibawa ke Port Dickson untuk filem ini. Mereka tinggal di berek tentera dan juga telah disediakan pakaian tentera semasa penggambaran.

5. Penggambaran bermula pada Mei 1958 dan hampir kesemua pelakon extra termasuk tentera Jepun menggunakan khidmat Askar Melayu di Raja.

6. Terdapat 3 orang pemenang Anugerah Pesta Filem Asia yang beradu tenaga untuk filem ini iaitu P.Ramlee, Lamberto Avellana dan jurukamera A Bakar Ali.

7. Kos produksi menelan belanja 700,000 ringgit pada ketika itu.

8. Seramai 786 pelakon extra telah digunakan.

9. Sebanyak 8,000 rounds peluru telah habis semasa scene berperang dan tembak-menembak.

10. Sebuah lori 5 tan sengaja diletupkan.

11. Filem ini adalah filem Melayu pertama menggunakan khidmat dua orang askar British sebagai pelakon.

12. Semasa penggambaran, P.Ramlee hampir tercedera serius apabila sebuah bom meletup dari jarak 6 kaki. Beliau hanya mengalami cedera ringan yang kulitnya terdapat kesan terbakar disebabkan kejadian itu.

13. Omar Rojik dipilih sebagai pegawai Askar Jepun kerana beliau mempunyai pengalaman pernah berkhidmat dengan tentera Jepun dan fasih bertutur dalam bahasanya.

14. Salleh Kamil yang memegang watak Buang, juga pernah diseksa oleh askar Jepun. Sebab itu beliau dapat menghidupkan watak Buang itu dengan jayanya sehingga berjaya membuat penonton merasa benci.

15. Selepas filem ini, Sa’adiah mengumumkan bahawa beliau ingin bersara dari berlakon filem kerana ingin menumpukan masa dengan keluarga tetapi P.Ramlee berjaya memujuk beliau untuk filem seterusnya MUSANG BERJANGGUT.

16. Sebuah babak filem ini telah dipotong kerana durasi terlalu panjang. Babak ini melibatkan askar Jepun mengugut Ah Leng di depan Saadiah dan Annie Jasmin.

17. Pada asalnya, tiada sebarang lagu dalam filem ini tetapi selepas pemulangan Lamberto Avellana ke Filipina, P.Ramlee telah menyelitkan lagu Tunggu Sekejap.

18. Lirik Tunggu Sekejap adalah hasil bersama P.Ramlee dan Saloma.

19. Keadaan penggambaran filem ini menjadi kecoh apabila pengarah Lamberto Avellana tiba-tiba meninggalkan produksi dan terus pulang ke Filipina. Ini disebabkan beliau terlalu tertekan dengan penggambaran filem ini. Terdapat banyak shots-shots yang tidak dapat di edit. Jadi segala baki pengarahan diselesaikan oleh P Ramlee sambil dibantu oleh H.M Rohaizad dan Kassim Masdor. Perkara ini memang dirahsiakan oleh pihak Shaw Brothers.

Semoga pencerahan cerita di sebalik tabir ini akan memberi ilmu tambahan untuk semua pembaca di The Patriots khususnya dan kepada semua peminat-peminat filem Melayu klasik secara am nya.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.