Gambar ialah seniman Malik Sutan Muda, Ghazali Sumantri & Udo Omar di dalam set pengambaran filem Epik – RAJA BERSIONG (1968). Filem Ini adalah buah tangan dari Perdana Menteri Malaysia iaitu YM Tunku Abd.Rahman Putra Al-Hajj.

Filem ini merupakan idea asal Tunku dan skripnya juga ditulis oleh beliau. Menurut Pengarah – Jamil Sulong, Tunku sendiri telah mengeluarkan kos pengambaran sebanyak RM750 ribu ringgit bagi menzahirkan semangat dan kecintaan beliau terhadap sejarah negeri Kedah.

Raja Bersiong merupakan kisah Raja yang zalim memerintah Kerajaan Kedah Tua di Lembah Bujang – Raja Ong Maha Perita Deria. Sebahagian besar penggambaran filem ini dibuat di sekitar studio Jalan Ampas, kawasan hutan dan bukit-bukit serta gajah di sekitar Negeri Kedah.

10 fakta menarik tentang filem ini;

1. Julung-julung kali menggunakan pelakon luar, iaitu penari kebudayaan Diraja Thailand. – Thai Fine Arts Department, Bangkok.

2. Beratus-ratus Askar Melayu itu diambil memegang watak sebagai askar-askar Siam yang berperang dengan orang-orang Kedah dipimpin oleh Brigadier Jen.Dato’ Syed Mohammad Al- Saggoff.

3. Filem Raja Bersiong yang dibuat dalam bentuk filem warna Eastmancolor ( Filem ketiga selepas Filem Hang Tuah, 1955 dan Ribut, 1956) diterbitkan oleh Malay Film Producations, milik Shaw Brothers di Singapura.

4. Menggunakan khidmat 3 orang pakar teknik dari Jepun:
Pengarah bersama – Tokujiro Yamazaki
Jurukamera – Ryoichi Arano
Pakar Warna & Cahaya – Tokio Matsushita

5. Skrip filem ini mengambil masa yang panjang iaitu kerana kesibukan Tunku sebagai Perdana Menteri. Manakala pengambaran mengambil masa selama 4 bulan.

6. Walaupun Jamil Sulong sebagai Pengarah Rasmi Filem ini, namun Pengarah Yamazaki dari Jepun terlibat secara langsung, kecuali babak yang melibatkan adat orang Melayu diarahkan oleh Jamil Sulong.

7. Penggambaran hari pertama dibuat di dalam studio, MFP berupa sebuah set Istana Raja Kalha yang luas dan hebat.

8.Sebuah kota dibina di Pasir Panjang, Singapura yang menggunakan khidmat anggota tentera Malaysia.

9. Hampir kesemua pelakon dari Malay Film Productions mengambil bahagian di dalam filem ini.

10. Ini merupakan Filem Terakhir keluaran Shaw Brothers di Singapura. Walaupun Tunku melaburkan kos pengambaran yang tinggi, namun filem ini tidak mendapat sambutan dari penonton dan akhirnya gagal menyelamatkan studio tersebut dari ditutup buat selama-lamanya.

RUJUKAN:
Kaca Permata, Memoir Seorang Pengarah Jamil Sulong.
Majallah Filem, Bil 80..
Kelab Filem & Muzik Melayu Klasik.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.