Filem SEMERAH PADI adalah sebuah naskah mahakarya dari Allahyarham Tan Sri P.RAMLEE. Di dalam filem ini P.RAMLEE telah mengubah cara dan teknik pengarahannya dengan menerapkan nilai-nilai agama Islam dan adat resam budaya Melayu.

Boleh dikatakan hampir keseluruhan plot penceritaan di dalam filem ini P.RAMLEE memperlihatkan nilai-nilai tersebut. P.RAMLEE juga berjaya membuat kelainan dari sudut sinematografi, komposisi kamera dan penyuntingan untuk filem SEMERAH PADI. Mungkinkah filem ini merupakan filem Melayu pertama di dalam sejarah yang memperlihatkan babak suara Azan berkumandang?

FAKTA

1. Filem kedua arahan P.RAMLEE selepas PENAREK BECHA. Penggambaran bermula pada bulan Februari 1956 dan telah diedarkan pada bulan Julai 1956.

2. Filem kedua NORDIN AHMAD memegang peranan sebagai hero selepas gagal dalam filem PERMATA DI PERLIMBAHAN.

3. Cerita asal ditulis oleh OMAR ROJIK dengan judul LONG BATIH. Kemudiannya ditukar pula menjadi PUKAU, dan akhir sekali ke SEMERAH PADI. P.RAMLEE telah mengolah hampir keseluruhan isi cerita itu.

4. Dalam cerita asal OMAR ROJIK, beliau bayangkan Kampung SEMERAH PADI bertempat di Acheh, Sumatera (tempat asal usul ayahanda P.RAMLEE).

5. OMAR ROJIK juga menulis dalam cerita asalnya, ketiga-tiga watak utama iaitu Taruna, Aduka dan Dara telah mati di dalam filem ini. Dara dibunuh oleh Taruna kerana mencurangi cintanya, manakala Taruna dan Aduka terbunuh di dalam pertarungan sesama sendiri. Tetapi P.RAMLEE telah menukar corak cerita itu kepada apa yang boleh kita tonton di dalam filem SEMERAH PADI pada hari ini.

6. Sebelum penggambaran bermula, Run Run Shaw telah berbincang dengan P.RAMLEE supaya menghasilkan sebuah filem yang luarbiasa dari segi background, penceritaan, senimatografi dan komposisi kamera.

7. Di dalam SEMERAH PADI P.Ramlee mengambil beberapa asas babak berdasarkan ilham pengarahan dari filem-filem arahan AKIRA KORUSAWA seorang pengarah tersohor dari Jepun. Salah satunya filem ROSHOMON.

8. SEMERAH PADI dibikin untuk bertanding di Pesta Filem Asia ke-3 yang telah diadakan di Hongkong pada tahun 1956. Ia telah dicalonkan bersama filem HANG TUAH yang telah memenangi Anugerah Muzik Terbaik. Manakala SEMERAH PADI tidak memenangi sebarang anugerah kerana pihak juri berpendapat bahawa filem itu terlalu sensitif dengan keagamaan.

9. Semasa penggambaran, seniwati SA’ADIAH baru sahaja lepas pantang dari melahirkan anak sulungnya.

10. Art Direction atau Pengarahan Seni diterajui oleh J.S. ANTHONY tetapi kebanyakan props dan set dalam Kampung SEMERAH PADI direka oleh Penolong Pengarah S.SUDARMADJI

11. Dialog dan kata-kata hikmah juga adalah hasil ciptaan S.SUDARMADJI.

12. Tarian-tarian dalam filem ini dikoreograf oleh NORMADIAH

13. Babak pergaduhan dan persilatan dikoreograf oleh MALIK SUTAN MUDA.

14. Kesemua lagu dicipta oleh P.RAMLEE manakala gurindamnya ditulis oleh JAMIL SULONG.

15. Terdapat 5 buah lagu dalam filem ini iaitu Semerah Padi (P.RAMLEE & suara latar), Lenggang Kangkung Baru (SALOMA & suara latar), Makan Sireh Di Semerah Padi (P.RAMLEE), Sekapur Sireh Seulas Pinang (SALOMA) dan Putus Kasih Di Semerah Padi (MOMO LATIF).

16. Terdapat sebuah babak lagu iaitu Putus Kasih Di Semerah Padi yang telah dibuat penggambaran dalam WARNA! Babak itu kemudiannya dipotong terus sebelum ditayangkan di TV. Semasa ditayangkan di panggung, ada juga peminat yang sempat menonton babak itu.

17. Babak warna itu dilakonkan oleh SA’ADIAH ketika menyanyikan lagu Putus Kasih Di Semerah Padi – babak sebelum beliau pengsan apabila melihat pergaduhan.

18. Semasa ‘screentest’ untuk watak Dara, SA’ADIAH bukannya pilihan utama. 3 orang seniwati telah di screentest iaitu HASNAH RAHMAN, SERI DEWI dan MISLIA. LATIFAH OMAR menarik diri sebab baru saja mendirikan rumahtangga dengan RAHMAT ALI. Begitu juga dengan MISLIA yang baru sahaja berkahwin. Akhirnya, Shaw Brothers terpaksa mencadangkan SA’ADIAH yang baru saja lepas pantang dari melahirkan anak sulongnya.

19. Filem ini berjaya melonjakkan nama NORDIN AHMAD sehingga beliau diangkat sebagai pelakon berkarisma besar di zaman itu.

20. NORDIN AHMAD telah mengejutkan P.RAMLEE dan Penolong Pengarah S.SUDARMADJI apabila datang ke lokasi tanpa membawa sebarang skrip. Ini kerana beliau telah berjaya menjiwai setiap isi kandungan yang terkandung di dalam skrip tersebut disamping beliau juga telah berjaya menguasai setiap babak yang ada di dalam filem tersebut dengan tanpa merujuk pada skrip di lokasi.

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah para pembaca yang setia di The Patriots mengambil sedikit pengetahuan tentang pembikinan dan fakta disebalik filem SEMERAH PADI ini.

Filem ini juga dikatakan oleh pengkritik filem sebagai sebuah filem Melayu yang benar-benar “Melayu” kerana filem Melayu yang terbit sebelumnya adalah filem Melayu yang terdedah dengan pengaruh filem hindi.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Hidir Ali Razali seorang peminat tentang sejarah perfileman Melayu klasik. Beliau telah memulakan pengkajian dan mendalami perkembangan sejarah berkaitan sejak 25 tahun yang lalu.

Comments are closed.