Fakta Bahasa Yang Kita Tidak Tahu

573
views

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, “bahasa” ditakrifkan sebagai sebuah  sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Berikut adalah antara fakta bahasa di seluruh dunia yang pastinya kita telah tahu.

1          Menurut Ethnologue, sebanyak 7 097 bahasa sedang dituturkan di seluruh dunia.

2          Sebanyak 832 bahasa sedang dituturkan di Papua New Guinea.

3          Papua New Guinea adalah negara yang paling banyak bahasa di dunia.

4          Negara Zimbabwe mempunyai enam belas (16) bahasa rasmi iaitu bahasa Chewa, Chibarwe, Inggeris, Kalanga, Koisan, Nambya, Ndau, Ndebele, Shangani, Shona, bahasa isyarat, Sotho, Tonga, Tswana, Venda dan Xhosa.

5          Etnik minoriti yang beragama Islam di China menggunakan tulisan Xiao’erjing (دٍ‎عَر شِيَوْ‎) untuk menulis bahasa-bahasa Sinitik seperti bahasa Mandarin dan Dungan.

6          Bahasa Hindustan mempunyai dua bahasa piawai iaitu Bahasa Hindi dan Bahasa Urdu.

7          Perbandingan ayat dalam Bahasa Minangkabau dan Bahasa Melayu

            Minangkabau: Sadang kayu di rimbo ‘ndak samo tinggi, apo lai manusia.

            Melayu:           Sedangkan pohon di hutan tidak sama tinggi, apalagi manusia.

8          Di Malaysia, tulisan Jawi digunakan di Sekolah Agama.

9          Sebuatan [a] lalu diikuti oleh konsonan dengung akan bertukar menjadi [ŋ] dalam bahasa Terengganu. Contoh “makan” menjadi “makang”.

10        Dalam bahasa Kelantan, panjang pendek dalam konsonan mampu mengubah makna. Contoh: katok (pukul) dan kːatok (Katak).

11        Di Thailand, bahasa Kelantan-Pattani dikenali sebagai Bahasa Jawi.

12        Mengikut suatu sumber, loghat Johor-Riau dipilih sebagai bahasa piawai dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Melayu manakala Riau-Lingga dalam bahasa Indonesia.

13        Dipendekkan cerita, Anglish adalah bahasa Inggeris tanpa kata pinjaman.

14        Perkataan “Foresayer”, “Worldken”, “Dawnland”, “Waterstuff”, “Forekind” dan “Bookcraft” adalah antara kosa kata dalam Anglish yang masing-masing menggantikan perkataan “Prophet”, “Physics”, “Japan”, “Hydrogen”, “Ancestor” dan “Literature” dalam Bahasa Inggeris (English).

15        “Wafatɕʼdəχodaqʼeːtʼə ʁakʼeʁʁaːfa, “ɕuʁoɬa psa jeda ɕʷfaːn” adalah contoh ayat dalam bahasa Ubykh yang bermaksud “Orang yang membeli keju bertanya kepada orang lain, “Kalian makan banyak ikan””.

16        Kematian Tuone Udaina (1823-1898) akibat letupan semasa bekerja di jalan raya telah menyebabkan kepupusan Bahasa Dalmatia.

17        Firaun terakhir Mesir Purba, Cleopatra VII (69–30 SM) adalah satu-satunya pemerintah dinasti Ptolemaik yang mempelajari bahasa Mesir Purba.

18        Sahabat Rasulullah SAW, Zayd Bin Thabit (610-655) telah menguasai bahasa Suryani dalam masa 17 hari manakala Ibrani 15 hari.

19        Menurut kajian Joseph M. Williams, kosa kata bahasa Inggeris terdiri daripada 41% bahasa Perancis, 33% Inggeris Jati, 15% Latin, 5% Norse Kuno, 1% Belanda dan 5% lain-lain bahasa.

20        Ratu Elizabeth I (1533-1603) fasih bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis, Sepanyol, Itali, Belanda, Latin, Welsh, Scot dan Iris.

21        Tulisan Cina Dipermudahkan (Simplified Chinese) sedang digunakan di China, Singapura dan Malaysia dalam pelbagai media.

22        Sebahagian besar kosa kata dalam bahasa Itali berakhir dengan huruf vokal.

23        Nama penjahat dalam Ejen Ali iaitu Uno, Dos, Trez, Cuatro, Cinco, Seis, Siete, Ocho, Nueve dan Diez merupakan turutan nombor dalam bahasa Sepanyol iaitu uno, dos, tres, cuatro, cinco, seis, siete, ocho, nueve dan diez masing-masing.

24        Menjadi ahli politik di Singapura, mereka perlu fasih dalam bahasa Inggeris bersama dengan bahasa ibundanya.

25        Seremban (Ibu negeri Negeri Sembilan, Malaysia) dikenali sebagai “Soghomban” dalam bahasa Minangkabau.

26        Bahasa Mandarin mempunyai 4-5 nada manakala Kantonis mempunyai 6-9 nada.

27        Ramai mendakwa bunyi penutur bahasa Portugis seolah-olah seperti orang Rusia yang tengah mabuk sedang mencuba untuk berbahasa Sepanyol.

28        Di Chile, Santa Claus di kenali sebagai Viejito Pascuero.

29        Penutur bahasa Arab mendakwa mereka sukar memahami penutur bahasa Arab Maghribi (Darija).

30        Lenyapnya ingatan terhadap sejarah dan budaya adalah kesan yang akan berlaku jika sesuatu bahasa pupus.

            Akhir kata, itu adalah contoh fakta mengenai pelbagai bahasa yang kita telah tahu. Kepada semua, apakah yang kami tertinggal mengenai bahasa? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots.