Fakta Bahasa Proto-Austronesia Yang Kita Tidak Tahu

246

Austronesia ialah sebuah keluarga bahasa yang tersebar secara meluas di Maritim Asia Tenggara, Madagascar, Kepulauan Pasifik dan benua Asia. Proto-Austronesian ataupun PAN ialah pembinaan semula daripada bahasa-bahasa moden di bawah kelas keluarga bahasa Austronesia. Berikut adalah antara fakta mengenai PAN yang kita tidak tahu.

1.         Proto-Austronesia mempunyai 25 konsonan, 4 vokal dan 4 diftong.

2.         Menurut Blust (2009), bunyi konsonan yang terdapat dalam Proto-Austronesia ialah          [p], [t], [k], [q], [b], [d], [ɖ], [ɡ], [ɡʲ], [m], [n], [ɲ], [ŋ], [s], [ç], [h], [t͡s], [c͡ç], [ɟ͡ʝ], [l],         [lʲ], [r], [w] dan [j].

3.         Menurut Blust (2009), bunyi vokal yang terdapat dalam Proto-Austronesia ialah [a],          [ə], [i] dan [u].

4.         Diftong yang terdapat dalam Proto-Austronesia ialah –ay, -aw, -uy dan –iw.

5.         Susunan ayat dalam Proto-Austronesia bermula dengan Kata Kerja (V) iaitu sama ada       VSO ataupun VOS di mana O ialah objek dan S subjek.

6.         Kata Tanya yang terdapat dalam Proto-Austronesia ialah *(n)-anu, *(si)-ima, *i-nu,            *ija-n dan *(n)-anu yang masing-masing bermaksud Apa?, Siapa?, Di mana?, Bila?        dan Bagaimana?,

7.         Kata Ganti Nama Diri Pertama, Kedua, Ketiga, Pertama Jamak (Inklusif), Pertama            Jamak (Eksklusif), Kedua Jamak dan Ketiga Jamak masing-masing yang terdapat         dalam Proto-Austronesia ialah *i-aku, *i-(ka)Su, *si-ia, *i-(k)ita, *i-(k)ami, *i-kamu     dan *si-ida.

8.         Contoh kosa kata yang berkaitan pertanian dan teknologi dalam bahasa ini ialah     *pajay (Pokok padi), *beRas (Nasi Sekam), *Semay (Nasi yang telah masak), *busuR      (Anak panah), *bubu (Perangkap Ikan) dan *kuden (Periuk Tanah Liat).

9.         Contoh kosa kata yang berkaitan anggota badan ialah *(qa)lima, *qaqay, *qulu,     *maCa, *Caliŋa, *susu, *CuqelaN dan *Cinaqi yang masing-masing bermaksud       tangan, kaki, kepala, mata, telinga, payudara, tulang dan usus.

10.       Contoh istilah kekeluargaan dalam Proto-Austronesia ialah *Cau, *t-ina, *t-ama,    *aNak, *ma-Ruqanay, *bahi dan *Rumaq yang masing-masing bermaksud orang,   emak, ayah, anak, lelaki, perempuan dan rumah.

11.       Contoh istilah berkaitan warna dalam Proto-Austronesia ialah *ma-puNi, *ma-CeŋeN,       *mu-puteq dan *mataq yang masing-masing bermaksud putih, hitam, merah dan hijau.

12.       Istilah arah mata angin dalam Proto-Austronesia ialah *daya, *lahud, *sabaRat,     *timuR dan *qamiS yang masing-masing secara harfiahnya bermaksud  ke darat, ke    laut, monsun barat, monsun timur dan angin utara.

13.       Hitungan 1-10 yang terdapat dalam Proto-Austronesia ialah *isa, *duSa, *telu, *Sepat,     *lima, *enem, *pitu, *walu, *Siwa dan *sa-puluq.

14.       Kata Kerja yang terdapat dalam Proto-Austronesia ialah *Nakaw, *Naŋuy, *bajaq,            *nemnem, *tiduR, *diRi, *taSiq, *m-aCay, *piliq dan *layap yang masing-masing       bermaksud berjalan, berenang, tahu, fikir, tidur, berdiri, mati, pilih dan terbang.

15.       Contoh ayat dalam Proto-Austronesia ialah “Kumaen Semay Cau”, “Kaenen nu Cau         Semay”, “Kaenan nu Cau Semay Rumaq” dan “Sikaen nu Cau Semay limaniá” yang   masing-masing bermaksud “Orang sedang memakan sedikit nasi”, “Orang sedang          memakan nasi”, “Orang memakan nasi di rumah” dan “Orang memakan nasi dengan tangannya”.

16.       Puisi yang berjaya dicipta dengan menggunakan kosa kata Proto-Austronesia.

Proto-Austronesia

Terjemahan

i-aku di-ni,

di-dalem banua qani,

ma-qudip mah m-acay,

i-aku di-ni,

bulaN mah bituqen,

kita mah bajaq,

i-aku di-ni,

laŋic mah bali,

nakaw mah layap,

i-aku di-ni,

tenem mah bali,

ka ma-baqeruh banua,

i-aku di-ni,

Sikan mah manuk,

qanup kaen,

i-aku di-ni,

Semay manuk buaq,

kaen di-dalem Rumaq,

i-aku di-ni,

kaen di-dalem Rumaq,

t-ama t-ina aNak,

i-aku di-ni,

qalejaw mah berŋi,

ka qatuan i-aku beray.

Aku di sini,

Di benua ini,

Hidup dan mati,

Aku di sini,

Bulan dan bintang,

Lihat dan tahu,

Aku di sini,

Langit dan angin,

Jalan dan terbang,

Aku di sini,

Laut dan angin,

Ke benua baharu,

Aku di sini,

Ikan dan ayam,

Buru makan,

Aku di sini,

Nasi ayam buah,

Makan di dalam rumah,

Aku di sini,

Makan di dalam rumah,

Ayah emak anak,

Aku di sini,

Siang dan Malam,

Ke Tuhan Aku Beri.

           

Kesimpulan, itu adalah antara fakta tentang Proto-Austronesia yang kita tidak tahu. Contoh bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa Austronesia ialah bahasa Melayu, Malagasy, Hawaii, Puyuma, Amis, Jawa, Bugis, Samoa, Rapa Nui dan sebagainya. Pada pendapat anda, bahasa moden manakah yang terhampir dengan Proto-Austronesia? Sila jelaskan di dalam ruangan komen di bawah.

Artikel disumbangkan oleh Alam Bahasa untuk The Patriots. 

Anda mungkin juga berminat

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.