Fahreddin Omer Pasha: Benteng Terakhir Uthmaniyyah Di Semenanjung Arab

1,686

“Askar! Aku merayu padamu atas nama Rasulullah, Saksi Aku. Aku mengarahkan kamu untuk mempertahankan Baginda dan kota Baginda hingga ke peluru terakhir dan hembusan nafas terakhir tanpa mengira kekuatan musuh. Semoga Allah bersama kita dan semoga rahmat Muhammad bersama kita.”

“Wahai pegawai-pegawai tentera Turki yang berani. Wahai Muhammad-Muhammad kecil. Majulah dan berjanji kepadaku dihadapan Tuhan kita dan Nabi kita untuk memartabatkan iman dengan pengorbanan jiwa.”

Itulah kata-kata semangat yang dilantun oleh Fahreddin Omer Pasha selepas solat jumaat pada tahun 1918, tahun terakhir P3rang Dunia Pertama, menurut memoir seorang saksi.

Siapa Fahreddin Pasha

Fahreddin Omer (Turkkan) Pasha, dilahirkan di Ruse, Bulgaria (ketika itu dibawah kekuasaan Empayar Uthmaniyah) pada 1868.

Beliau berkhidmat dalam empat p3rang besar iaitu

P3rang Itali-Turki (Italo-Turkish W4r)

P3rang Balkan

P3rang Dunia Pertama

P3rang Kemerdekaan Turki

Ketika P3rang Dunia Pertama, beliau mengetuai Hejaz Expeditionary Force untuk mempertahankan Hejaz sebelum kejadian Arab-Revolt.

Selepas pengisytiharkan Turki sebagai republik, beliau mengambil nama Turkkan sebagai nama keluarga selepas Surname Law 1934.

Selepas beliau bebas dari penjara, beliau berkhidmat dalam tentera turki dalam P3rang Kemerdekaan Turki di bawah pimpinan Mustafa Kemal Pasha untuk mengambil semula Anatolia daripada pengaruh Greece dan Perancis.

Beliau dilantik sebagai Duta Turki ke Kabul selepas pep3rangan

Beliau meninggal pada 22 November 1948 akibat strok

Benteng Terakhir Madinah

Tidak lama selepas ketibaan Hejaz Expeditonary di Madinah, pemberontakan yang diketuai oleh Sharif Hussein (Sharif Mekkah) meletus. Pertahanan di Madinah lebih kukuh berbanding di Mekkah menyebabkan pemberontak gagal menguasai Madinah.

Pemberontakan yang menyebabkan kota Madinah dikepung mengakibatkan masalah bekalan makanan dan pakaian. Ramai penduduk Madinah mati kelaparan. Anggota tentera pula dikatakan makan rumput di pergunungan dan ramai mati akibat keracunan.

Keadaan diburukkan dengan ser4ngan belalang yang mengakibatkan sumber makanan berkurang secara mendadak. Dalam keadaan terdesak askar-askar sanggup memakan belalang. Fakhreddin Pasha telah mengarahkan penanaman gandum dan ladang kurma di Madinah.

Dalam kekalutan akibat pengepungan Madinah, Fahreddin Pasha mengarahkan khazanah-khazanah di Madinah termasuk barangan-barangan milik Rasulullah untuk dihantar ke Istanbul bagi mengelakkan daripada jatuh ke tangan orang Arab yang berada dibawah pengaruh British.

Pada 30 October 1918, Gencatan Senjata Mudros (Mudros Armistice) ditandatangani oleh pihak Uthmaniyyah. Perjanjian ini menamatkan kedaulatan Uthmaniyyah di Hejaz dan mengarahkan semua tentera menyerah diri dan senjata.

Meskipun telah diarah menyerahkan pedang oleh Kementerian P3rang sebagai tanda menyerah kalah dan akur pada Mudros Armistice, beliau tidak berbuat demikian. Hal ini menyebabkan kekecewaan pihak kerajaan dan menyebabkan Sultan Mehmed VI memecat beliau. Walaupun begitu, beliau tetap membiarkan bendera Turki berkibar dan mengetuai pertahanan di Madinah selama 72 hari selepas pep3rangan tamat.

Akhirnya pada January 1919, pegawai-pegawai tenteranya menahan, menangkap serta menyerahkan Fahreddin Pasha kepada Raja Abdullah I di dan akhirnya menyerah kalah serta menyerahkan kedaulatan Madinah kepada Sharif Hussein bin Ali. Maka, kota Madinah adalah satu-satunya tanah kekuasaan Uthmaniyyah di Semenanjung Tanah Arab yang tidak jatuh ke tangan pihak bersekutu ketika P3rang Dunia Pertama.

Sebagai rumusan, meskipun memiliki tentera yang kecil bilangannya berbanding musuh iaitu orang Arab dan British, meskipun keadaan Madinah yang terputus hubungan dengan dunia luar selama 9 bulan, meskipun masalah penularan w4bak, kebuluran, sabotaj dan siri ser4ngan oleh musuh, meskipun perjanjian penyerahan kalah telah ditandatangani, beliau tidak menyerah kalah dan tidak memberi peluang kepada musuh untuk menduduki Madinah.

Artikel dikirimkan oleh H.A Rahman untuk The Patriots. 

RUJUKAN:

Çabuk, Mustafa. (2018). İngiliz Belgelerine Göre Fahreddin Paşa Ve Medine Savunmasi Fakhri Pasha And Defense Of Medina According To British Documents.

Tucker, S. (Ed.). (2014). World W4r I: The Definitive Encyclopedia and Document Collection (2nd ed., Vol. 1, pp. 1065). Santa Barbara: Abc-Clio.

Maurice, F. (1943). The Armistices of 1918. In The Armistices of 1918. London: Oxford University Press.

Ruangan komen telah ditutup.