Kita semua kenal lagu raya paling popular yang didendangkan oleh Allahyarhamah Saloma, yang kekal menjadi lagu default raya setiap kali Aidilfitri berkumandang. Lagu tersebut adalah lagu raya yang popular di corong radio, sekitar tahun 1955.

Lagu yang ditulis oleh Ahmad Jaafar ini masih tetap dinyanyikan orang ramai walaupun sudah 63 tahun lagu ini dicipta, dengan rentak calypso, sejenis muzik yang datang dari Trinidad and Tobago.

https://youtu.be/D1h11VZ57QY – Selamat Hari Raya Saloma (old version).

Tetapi versi yang kita sering dengar ialah versi tahun 1973, yang digubah semula oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

https://youtu.be/D1h11VZ57QY – Selamat Hari Raya Saloma (1973)

Lagu Dendang Perantau pula dicipta pada tahun 1958, ketika itu era di mana gitar mula menjadi dominan. Pada zaman itu, dalam dunia muzik, artis seperti Chuck Berry dan Buddy Holly serta Elvis Presley menguasai carta, dan ia sedikit sebanyak mempengaruhi muzik di sini.

Lagu Manusia Miskin Kaya dendangan Nona Asiah, yang dicipta oleh Zubir Said, komposer terkenal Singapura, untuk filem Siapa Salah, filem Melayu pada tahun 1953, merupakan ‘lagu raya’ yang pertama popular di corong radio.

https://youtu.be/TuonLnVAYDI – Manusia Miskin Kaya – Nona Asiah.

Apabila masuk era 1960an, era pop yeh yeh dan twist mula mewarnai pop culture di Malaya/Malaysia. Lagu Selamat Hari Raya dari Fazidah Joned, penyanyi irama twist yang popular seiring dengan Saloma.

https://youtu.be/dOwFklt1KYs – Selamat Hari Raya Fazidah Joned.

Ahmad Jais dengan lagu Selamat Hari Raya juga mewakili irama pop yeh yeh, yang mendapat pengaruh dari surf rock, rock and roll dan R&B. Lagu ciptaan P. Ramlee dan Jamil Sulong turut kekal di memori masyarakat sehingga hari ini.

https://youtu.be/73XdeDyqItk – Selamat Hari Raya, Ahmad Jais.

Lagu Sanisah Huri yang berjudul Aidilfitri pula diterbitkan pada tahun 1972, ciptaan Zubir Said dan Yusnor Ef, penulis lirik yang popular dari Singapura.

https://youtu.be/YAFnbBG3Tx0 – Aidilfitri, Sanisah Huri.

Masuk era 70an, artis-artis seperti Sharifah Aini, Hail Amir dan Uji Rashid mula menguasai corong radio dan kaca televisyen. Lagu Seloka Hari Raya karya Ahmad Nawab dan penulis lirik Erna, mula popular pada tahun 1977. Lagu Suasana Hari Raya dendangan Sharifah Aini juga popular pada tahun yang sama.

https://youtu.be/QPtkLvax6GI – Seloka Hari Raya, Uji Rashid dan Hail Amir.
https://youtu.be/WgVGTh4OBvs – Suasana Hari Raya, Sharifah Aini.

Awal 80an pula lagu Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri, lagu raya irama psychedelic rock dicipta oleh S. Atan mula popular pada 1981, dalam kompilasi album raya terbitan EMI. Dalam masa sama juga, Sudirman juga pun ada lagu raya menerusi Dari Jauh Ku Pohon Maaf, juga karya S Atan.

https://youtu.be/Ioeo32JHmls – Black Dog Bone – Cahaya Aidilfitri
https://youtu.be/-NNrSD-OINY – Sudirman – Dari Jauh Ku Pohon Maaf.

Lagu duet yang popular dari dua kanak-kanak, Anuar Zain dan Ellina, Suasana Di Hari Raya pula dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan lirik Habsah Hassan pada tahun 1985. Lagu Indahnya Beraya Di Desa dari Azlina Aziz juga mula masuk unsur-unsur keyboard dan synthesizer juga popular pada ketika ini.

https://youtu.be/NbxbdmntX58 – Suasana Di Hari Raya – Annuar Zain/Ellina
https://youtu.be/2C9U1SYum2g – Indahnya Beraya di Desa – Azlina Aziz

Raja Pop, Jamal Abdillah pula popular dengan lagu Salam Aidilfitri, lagu ciptaan S Atan dan lirik Seri Bayu, popular pada tahun 1989. Lagu ini dikenali sebagai lagu ‘Assalamualaikum’ di kalangan kanak-kanak ketika itu.

https://youtu.be/usWl-OPTX7Q – Salam Aidilfitri, Jamal Abdillah.

Masuk 1990an, artis seperti Amy Mastura, Awie, Ziana Zain mulai popular seperti lagu Setahun Sekali (1993) dan Halaman Asmara (1996). Lagu berunsur acapella seperti Gema Takbir Di Hari Raya dari kumpulan 4U2C juga terbit pada tahun 1993.

Amy Mastura Setahun Sekali
https://youtu.be/nTS0xSnFUn0
Awie/Ziana Zain Halaman Asmara – https://youtu.be/kJAd2X-k69k
Gema Takbir Di Hari Raya – 4U2C
https://youtu.be/yFpqKZSYUD4

Lewat 1990an dan awal 2000an menyaksikan penguasaan komposer Pak Ngah menerusi lagu-lagu yang didendangkan oleh Siti Nurhaliza, terutamanya Nazam Lebaran dan Sesuci Lebaran, yang kini masih dinyanyi oleh ramai orang.

Nazam Lebaran – https://youtu.be/AUJ4Kaoe8rE
Sesuci Lebaran – https://youtu.be/MX2y3po8ac8

Lagu-lagu seperti dari kumpulan lawak Senario juga popular pada ketika ini, menerusi lagu Puasa Dan Raya.

Senario – Puasa Dan Raya. https://youtu.be/elgFMQKlVjA

Lagu Lebaran Ini dari kumpulan nasyid terkemuka, Raihan bersama Ajai dan Rem, popular sekitar tahun 2001.

Lebaran Ini – https://youtu.be/4SZH–ArUPY

Begitu juga lagu Siti Nurdiana dan Achik Spin pada tahun tersebut menerusi lagu Bersyukur di Hari Raya.
https://youtu.be/dywnBvKD7vI

Era 2010an pula dimulakan dengan lagu-lagu raya bercirikan muzik indie seperti Hari Raya Di Kuala Lumpur dari Butterfingers pada tahun 2010 dan Anugerah Syawal dari kumpulan Bunkface pada tahun 2012. Lagu Yuna Raya Oh Yeah juga popular pada sekitar tahun ini.

https://youtu.be/oi8qFMZD1-o – Anugerah Syawal – Bunkface
https://youtu.be/BS_Ij6bw_rQ – Hari Raya Di Kuala Lumpur – Butterfingers
https://youtu.be/SGxfZJK1_Uo – Raya Oh Yeah – Yuna.

Pada tahun 2015 lagu Kosong-Kosong dendangan Azheel yang berirama reggae popular didendangkan di radio.

2018 menyaksikan lagu Datuk Seri Vida berjudul Lavida Raya dan Seloka Hari Raya dendangan As’ad Motawh dan Sweet Qismina kini menjadi lagu yang kerap dimainkan di radio pada raya kali ini.

https://youtu.be/eIgFD5a39w0 – Seloka Hari Raya
https://youtu.be/tkvpWf2yA0c – Lavida Raya

Pun begitu, dalam semua lagu raya yang ditulis ini, lagu Allahyarhamah Saloma versi 1973 yang paling popular. Apa pandangan anda pula? Sila berikan pendapat anda di ruang komen dan share di Facebook anda.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Nami Cob Nobbler merupakan seorang penulis novel prolifik, beberapa judul seperti Awek Chuck Taylor, Rokok Nan Sebatang dan Rumah No 6. Merupakan bekas wartawan di The Malaysian Insider serta merupakan peminat bolasepak Liverpool FC.

Comments are closed.