Sekitar tahun 1831, seorang ahli naturalis yang tak bergaji telah merantau mengelilingi dunia untuk mengkaji kehidupan seantero dunia dengan kapal. Setibanya mereka di Argentina, beliau telah menggali dan mengekstrak tulang-temulang haiwan mamalia yang telah pupus. Salah satu daripada fosil tersebut ialah Thoatherium, di mana rupanya seperti seekor kuda.

Ini adalah menghairankan kerana Amerika Selatan hanya mempunyai kuda setelah peneroka Sepanyol membawa kuda baka moden ke situ, yakni sekitar abad ke 15. Sebelum itu Amerika Selatan tak mempunyai sebarang baka kuda. Oleh sebab itulah kerajaan Mesoamerika seperti tamadun Inca tak semaju Dunia Lama, kerana ketiadaan kuda menyebabkan teknologi roda tak wujud. Perkara ini membingungkan ahli naturalis berkenaan. Mana pergi kuda Thoatherium?

Tak lama selepas itu, beliau tiba di kepulauan Galapagos. Haiwan yang menarik perhatiannya ialah kura-kura gergasi Galapagos. Kali ini, yang menghairankannya ialah sifat kura-kura berkenaan adalah berlainan dari pulau ke pulau. Sama juga dengan burung kasuari yang dijumpainya di Argentina.

Burung tersebut rupanya seperti kasuari Amerika, tapi lebih kecil. Kenapa haiwan-haiwan ini boleh berbeza sifat sedangkan mereka adalah jenis haiwan yang sama? Beliau berpendapat mereka semua mempunyai nenek moyang sama pada suatu ketika sebelum berpecah menjadi jenis-jenis lain. Soalannya, macam mana boleh terpecah?

Sekitar Disember 1838, beliau mendapati penternak haiwan gembala mengguna pakai konsep pemilihan tiruan, di mana mereka menggabungkan dua jenis baka haiwan terbaik mereka bagi mencipta baka yang lebih bagus. Buat sekian lamanya, beliau berjaya menjumpai kepingan teka teki yang membingungkan beliau.

Sebab kenapa Thoatherium pupus, kenapa kura kura Galapagos dan burung kasuari boleh berbeza rupa, semua itu adalah kerana mereka semua juga melalui fasa pemilihan seperti penternak haiwan tersebut, cuma bezanya yang menyebabkan mereka semua berbeza itu bukanlah penternak haiwan, melainkan kuasa alam semula jadi. Oleh kerana kuda Thoatherium itu lemah, maka mereka pupus.

Oleh kerana sifat kepulauan Galapagos dan geografi Amerika Utara dan Selatan yang berlainan, maka kekura dan burung kasuari yang dijumpainya juga berlainan. Berbeza dengan kuda Thoatherium, mereka berjaya beradaptasi dan kekal wujud. Inilah pemilihan semula jadi. Survival of the fittest dan ya, ahli naturalis tersebut ialah Charles Darwin.

Dapatan Darwin ni secara tersiratnya menerangkan macam mana bangsa-bangsa manusia ni wujud. Pada asalnya, saya percaya konsep bangsa ini hanyalah konstrak sosial. Kamu menjadi bangsa ini kerana kamu yang nak jadi. Perihal hati. Namun, nampaknya jangkaan saya meleset. Bangsa bukan hal kehendak hati 100%. Ia juga merangkumi persamaan genetik antara satu sama lain.

Saintis Ernst Mayr menerangkan konsep ‘Founder effect’,di mana dek kehilangan banyak variasi genetik, populasi baru yang muncul adalah berlainan dengan sebelumnya. Kita ambil contoh orang Scandinavia. Mereka pada asalnya tak mempunyai mata biru dan rambut perang namun akibat kekurangan pancaran matahari di Eropah utara, variasi genetik lama menjadi kecil dan variasi baru pun muncul.

Variasi baru ini membawa bahan genetik yang menyebabkan mereka mempunyai kulit yang lebih putih, berambut cerah dan bermata biru. Akhirnya, jadilah mereka orang Scandinavia. Walaupun rupa mereka sudah berubah, tapi bahasa dan budaya mereka masih mempunyai persamaan dengan rumpun Indo-Eropah-Iran yang lain. Bahasa Sanskrit, Parsi, Inggeris, Jerman, semua tu mempunyai akar yang sama. Oh ya, mereka juga mempunyai persamaan budaya yang sama. Mereka adalah bangsa yang kuat berperang.

Sebagai perbandingan, kita ambil contoh rumpun Austronesia. Dalam rumpun berkenaan kita ada orang Maori, Dayak, Melayu, Polynesia dan sebagainya. Teori asal usul mereka ni ada dua jenis. Satu yang mengatakan mereka berpunca daripada orang asli Taiwan dan satu lagi berasal dari benua Sunda. Melalui kepakaran mereka sebagai pelayar tertua di dunia, mereka membuka wilayah dan tamadun baru di setiap pulau yang mereka jumpai. Sebagai contoh, orang Maori membuka wilayah New Zealand dan orang Melayu membuka wilayah di Nusantara.

Pada asalnya, orang Melayu ini adalah orang asli. Tak lama selepas itu, mereka berpindah ke persisiran pantai dan berdagang dengan orang luar, sekaligus menerima teknologi, budaya dan juga variasi genetik baru dari orang luar (kahwin campur). Sintesis peradaban Melayu ini akhirnya sempurna semasa zaman kegemilangan tamadun Melaka, di mana orang Austronesia-Melayu-Polynesia akhirnya menjadi bangsa ‘ethnoreligious’. Mereka disinonimkan dengan agama Islam dan budaya lokal genius Melayu.

Oleh sebab itulah, orang Dayak secara kasarnya lebih dekat dengan orang Maori kerana mereka kurang menerima pengaruh Hindu-Buddha dan Islam-Arab-Parsi dan masih mempunyai budaya Austronesia asli. Walau bagaimanapun, tak kisahlah kita semua terima atau tak terima budaya luar, kita sebagaimana orang Indo-Eropah-Iran, mempunyai persamaan antara satu sama lain.

Bagi kes orang Austronesia, kita mempunyai teknologi pelayaran yang canggih serta kefahaman buruj penanda arah yang tinggi. Ya, orang asli Nusantara yang terperuk jauh dalam hutan pun mempunyai kefahaman teknologi ini dalam bentuk mitologi. Sebagai penyudah post ini, saya sertakan persamaan bahasa orang Austronesia yang biar pun telah terpisah ribuan tahun lamanya, masih mempunyai akar yang sama:

Austronesia purba: əsa duSa təlu Səpat lima ənəm pito walu Siwa (sa-)puluq

Kepulauan Melayu–>
Melayu: satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh
Jawa: sa rwa tĕlu pāt lima nĕm pitu walu sanga sapuluh

Borneo-Filipina–>
Dusun: iso duo tolu apat limo onom turu walu siam hopod
Tagalog: isa dalawa tatlo apat limá anim pito walo siyam sampu

Polynesia–>
Fiji: dua rua tolu vaa lima ono vitu walu ciwa sagavulu
Maori: tahi rua toru whā rima ono whitu waru iwa tekau ngahuru


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Alkisah diceritakan tentang pemuda, yang berdua tiadalah bertiga, yang berjasad dan bertumbuh, juga mempunyai sahabat dalam tubuh. Sebagai seorang pelajar Bioteknologi di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Kuantan, Ammar dan sahabatnya, A sentiasa berganding bahu dalam mencari erti kewujudan alam, cuba mengkagumi ciptaan Tuhan melalui kaca mata sains biologi dan falsafah. Impian terbesar mereka adalah untuk menghampiri Ilmu Mutlak, kerana akal yang tak berisi tiadalah dibau kasturi, melainkan debu nista yang berbau jebat.

Leave A Reply