Evolusi Baju Kalis Peluru Sepanjang Zaman

950

Apabila kita bercakap tentang perlindungan daripada tembakan peluru, rata-rata daripada kita terfikir akan jaket kalis peluru bernama Kevlar. Tetapi, sebelum penemuan bahan Kevlar ini, kita balik ke beberapa ratus tahun dahulu, di mana dalam artikel ini, saya akan secara khususnya berbincang mengenai jaket kalis peluru dan sedikit sejarah mengenainya. Saya akan banyak menumpukan kepada jaket kalis peluru di zaman moden dan hanya menyentuh sedikit sahaja mengenai sejarah penciptaan jaket daripada bahan yang lain.

Jaket yang dibina untuk mengelakkan diri daripada ditembak oleh busur panah pada zaman dahulu dibina daripada besi, dan pakaian ini dipakai bersama dengan perisai yang dibawa oleh seorang pahlawan menjadi tidak relevan setelah terciptanya serbuk belerang oleh masyarakat Cina.

Daripada situlah, senjata api mulai dicipta, dan walaupun konsep perisai masih lagi digunakan untuk pasukan-pasukan khusus seperti yang kita lihat dalam video gam Rainbow Six Siege, yang mana perisai tersebut yang dikenali sebagai balistic shield sememangnya wujud dan digunakan oleh pasukan polis taktikal seperti SWAT.

Berbalik pada tahun 1538, Italian Duke of Urbino telah memuatkan askarnya yang berada di Itali dengan pemakaian jaket kalis peluru ini. Model yang asal dikatakan diperbuat daripada besi Damaskus. Pada tahun 1642, semasa peperangan saudara Amerika, pasukan kavalri Oliver Cromwell dikatakan memakai plat dada (breastplate) yang dibina daripada 2 lapisan besi yang direka khas untuk menghalang daripada terkena t3mbakan peluru musket.

\Perisai Kalavlri Oliver Cromwell yang dilelong pada harga RM35,000 – ima USA

Semasa ekspedisi Amerika ke Korea dalam pertempuran Ganghwa semasa Shinmiyangyo pada tahun 1871, pasukan tentera Amerika ini telah berjaya menawan dua askar Korea dan mendapati tentera mereka memakai jaket yang diperbuat daripada lapisan-lapisan sutera yang ditenun menjadi jaket kalis peluru.

Set kali peluru yang dipakai oleh Ned Kelly dan ahli kumpulannya – Travel Insider

Kemudian, pada tahun 1880, dalam satu kejadian di Australia yang begitu popular, Ned Kelly bersama-sama 3 rakannya merompak bank dengan memakai helmet, jaket dan apron yang diperbuat daripada besi. Jumlah berat baju mereka itu adalah sebanyak 45 kilogram, dan mereka semua mau7 akibat ditemb4k oleh polis pada kaki dan tangan mereka sebanyak berkali-kali.

Pada tahun 1893. seorang mayor yang merupakan mayor kepada negeri Chicago di Amerika Syarikat mau7 ditembak oleh penjenayah. Kematian mayor bernama Harrison Carter Senior itu membuatkan seorang paderi yang asalnya seorang jurutera bernama Casimir Zeglen mencipta jaket kalis peluru berasaskan sutera. Kemudian, dia bersama Jan Szczepanik menambahbaik penciptaan jaket ini dan mereka mula menjualnya pada tahun 1901.

Iklan kereta model Pontiac Six

Akan tetapi, kosnya mencapai setinggi 800 USD ketika itu. Murah bukan? Tidak! Jika nak dibandingkan dengan harga kereta pada ketika itu, sebuah Pontiac Six beharga 745 USD tak termasuk urusan penukaran nama di JPJ dan insurans first party (melawak je, jangan serius sangat). Secara dalam konteksnya, tukaran wang sebanyak 800 USD ketika itu adalah bersamaan dengan 15000 USD untuk waktu sekarang. Jadinya, harganya amat Yahudi kerana kualiti tenunan dan kejuruteraanya amat baru ketika itu.

Seragam terakhir yang dipakai oleh Sir Archduke Franz – Wikipedia

Pada bulan Jun, tahun 1914, semasa lawatan Sir Archduke Franz Ferdinand ke Sarajevo, beliau telah mau7 akibat dit3mbak oleh Gavrilo Princip yang baru sahaja berusia 19 tahun daripada kumpulan The Black Hand. K3matiannya ini mencetuskan Perang Dunia Pertama, namun, apa yang ramai tidak ketahui ketika itu adalah Sir Archduke Franz ini sebenarnya memakai jaket kalis peluru yang baru sahaja dicipta beberapa belas tahun yang lalu, namun, dia dit3mbak di bahagian leher.

Semasa peperangan dunia pertama, terdapat satu jenis perisai yang dinamakan sebagai Brewster Body Shield. Perisai ini mempunyai berat sebanyak 18 kilogram dan tidak melepasi ujian kerana bentuknya dan beratnya yang sebegitu rupa membuatkan seseorang penat berjalan dan kemungkinan mat1 kepenatan dan kepanasan, bukan mati akibat dit3mbak.

Brewster Body Armour yang kacak bergaya – Wikipedia

Semasa tahun 1920 di Amerika Syarikat, kegiatan samseng dan mafia semakin menjadi-jadi. Hasil jualan d4dah dan wang perjudian dilaburkan kepada jaket kalis peluru yang pada ketika itu menggunakan teknologi yang sama seperti yang dicipta oleh Zeglen. Harga yang Yahudi (tinggi) tidak menjadi masalah untuk kumpulan ini kerana kebanyakkan mereka kaya, dan lebih kaya daripada apa yang mampu dibekalkan oleh kerajaan kepada pasukan keselamatan.

Syarikat s3njata api bernama Smith and Wesson yang sebelum ini membekalkan pist0l kepada pasukan keselamatan mereka iaitu .38 Special Revolver (Special tu nama pist0l ni, bukan istimewa atau apa-apa ya) namun p3lurunya yang kecil ini tidak mampu menembusi jaket yang dipakai oleh penjenayah.

Penggunaan Magnum 357 dalam CSGo membuatkan lawan anda bercakap Cyka Blyat

Jadi, daripada situlah Smith and Wesson mulai menaiktaraf s3njata yang mereka ingin bekalkan kepada polis dan pasukan keselamatan AS, dan pist0l yang baru bernama .38 Super diberikan, dan diikuti dengan penciptaan pist0l yang amat terkenal bernama 357 Magnum (berbeza dengan Magnum White Chocolate Ice-Cream – tak lawak)

Semasa perang dunia kedua, pada tahun 1941, plat besi dibekalkan kepada askar yang terletak di posisi yang berbahaya seperti yang mengawal senapang anti-pesawat dan di atas kapal. Plat yang diperbuat daripada manganese ini dicipta dibawah seliaan Medical Research Council, dan mereka meletakkan posisi di dada (hadapan – breastplate) dan di bawah belakang (lower back) untuk melindungi organ seperti jantung, paru-paru dan buah pinggang.

Plat Doron yang dicipta akhir perang dunia ke-2 – qmmuseum

Sudah tentu helmet digunakan (saya tak ingin menyentuh mengenai helmet dalam artikel ini). Semasa ini, askar Soviet juga memakai plat besi yang melindungi mereka di bahagian dada dan kemaluan (untuk kegunaan masa hadapan). Plat-plat besi ini setebal 2mm dan diberi nama SN-42, atau Stalnoi Nagrudnik yang bermaksud steel breastplate. Angka 42 adalah tahun penciptaannya.

Jaket Flak – Quora

Krew pesawat pengeb0m pula dibekalkan dengan jaket flak daripada syarikat yang bernama Wilkinson Sword. Flak jacket ini dicipta untuk mengelakkan kecederaan yang datang daripada flak gun yang dit3mbak bertubi-tubi kepada pesawat pengebom ini oleh askar Jerman. Walaupun jaket ini tidak boleh melindungi mereka daripada p3luru, sekurang-kurangnya, pemakaian jaket ini boleh melindungi krew pesawat daripada serpihan-serpihan yang hadir daripada letupan roket dan misil. Jaket ini diperbuat daripada nylon.

Pada pengakhiran perang dunia kedua, plat Doron dicipta. Plat ini diperbuat daripada fiberglass dan amat berkesan untuk t3mbakan bukan secara terus dan juga serpihan yang berasal daripada l3tupan. Disebabkan permintaan besi untuk penghasilan lebih banyak kereta kebal, p3luru dan pesawat diperlukan, plat ini dipakai oleh askar dan kali pertama ianya digunakan adalah semasa pertempuran di Okinawa.

Plat ini sedikit ringan, dan digunakan untuk melindungi bahagian hadapan dada, belakang dan bahu. Berat bahan ini adalah lebih kurang 3.5 kilogram sahaja.

Selepas perang dunia kedua, teknologi jaket kalis peluru ini semakin berkembang. Para saintis yang membuat kajian perasan akan untuk mencapai kesan kalis peluru yang terbaik, sesuatu perlu diubah, terutama pada impak peluru kepada sasarannya itu.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.