Evil Feels Good – Nikmat Kejahatan Bagi Villain

1,428

‘Nikmat’ merupakan salah satu dari beberapa cabang emosi yang ada bagi setiap makhluk yang mempunyai perasaan. Ianya boleh diperoleh dengan pelbagai cara, dimana ianya merangkumi sesuatu tindakan, sama ada dari seseorang, atau kepada seseorang.

Bergantung kepada tahap moraliti yang dimiliki seseorang, salah sebuah cara bagi memperoleh perasaan nikmat ialah dengan melakukan suatu tindakan yang buruk, atau jahat.

Di dalam dunia penceritaan, trope ini sering didapati pada watak-watak jahat, atau villain, sama ada protagonis, atau antagonis bagi menyerlahkan lagi watak tersebut supaya dibenci pihak penonton.

PENERANGAN

Venom dari filem Spider-Man 3. Gambar diambil dari laman me.me

“Ahh, it feels so good to be so bad!” – Shredder, Teenage Mutant Ninja Turtles

Kita sedia maklum bahawa perbuatan buruk dipandang hina oleh orang ramai. Namun ada saja yang melanggar norma ini dengan melakukan perbuatan keji dan jahat bagi memenuhi tuntutan nafsu songsang mereka. Akhirnya, lahirlah watak yang memegang trope ini di dalam diri mereka.

Nikmat yang mereka peroleh hasil tindak tanduk buruk mereka menjadi sebuah pendorong bagi mengulangi perbuatan mereka, atau melakukan sesuatu yang lebih buruk lagi pada masa hadapan. Kebanyakan dari mereka akan berubah menjadi watak jahat, yang suatu masa nanti akan menghadapi watak baik.

Bergantung kepada si pembuat cerita, perbuatan buruk yang dilakukan watak rekaan mereka boleh jadi mempunyai latar belakang dan sejarah yang tertentu, dimana ianya menjadi penyebab mengapa mereka boleh suka melakukan perbuatan jahat.

Ada yang membuat jahat akibat perasaan bosan mereka terhadap norma masyarakat, ada yang suka berlaku buruk akibat dari penyakit mental yang dihadapi mereka, ada juga yang melakukan sesuatu perbuatan buruk secara tidak sengaja, namun mereka ‘jatuh cinta’ dengan perbuatan tersebut dan berazam untuk melakukannya nanti di masa hadapan.

Golongan yang suka berbuat jahat ini seolah-olah bebas dari segala peraturan dan moral yang membelenggu mereka, dimana mereka boleh melakukan perbuatan jahat sesuka hati mereka tanpa batasan yang dihadapi mereka sebelum ini. Ya, mereka berbuat jahat, dan berasa nikmat dengan perbuatan jahat mereka.

Semestinya, trope ini merupakan salah satu takrifan berkenaan sociopath. Seperti biasa, Evil Feels Good mempunyai beberapa trope lain yang bertentangan dengan trope ini. Ada juga sebahagian trope yang bertindih atau boleh dibandingkan dengan Evil Feels Good.

CONTOH WATAK DARI PELBAGAI MEDIA

Vegeta dalam pengaruh Babidi. Gambar diambil dari laman dragon-rulers.fandom.com

Kebiasaannya, Evil Feels Good digunakan pada watak jahat, atau watak yang pernah menjadi jahat akibat faktor-faktor tertentu. Berikut merupakan contoh watak yang menggunakan trope tersebut:-

1) Vegeta dari siri Dragon Ball Z

Ketika beliau dalam pengaruh sihir Babidi, Vegeta menyatakan kepada Goku mengapa beliau menyerahkan dirinya kepada sihir Babidi; bagi mengingati semula keseronokan yang dinikmatinya dalam melakukan kejahatan sebelum berjumpa Goku.

“Do you understand, Kakarot? That’s why I needed Babidi’s magic. To awaken the evil in my heart. To set me free of these petty attachments. (smirks) And I’ve got to say it feels pretty good.” – Vegeta

2) Eddie Brock Jr./Venom dari filem Spider-Man 3

Dialog dari Venom sendiri menunjukkan penggunaan trope ini.

“I like being bad. It makes me happy.” – Eddie Brock Jr./Venom

3) Hermione Granger dari novel Harry Potter

Sekurang-kurangnya pernah sekali Hermione menyatakan bahawa agak seronok juga melanggar peraturan. Beliau juga berpendapat bahawa kadang-kala melanggar peraturan adalah perlu bagi kesejahteraan bersama.

4) Dr. Jekyll dari novel The Strange Case of Dr. Jekyll and Mr. Hyde

Sebab sebenar Jekyll sering menggunakan bahan kimia yang membangkitkan sisi jahatnya ialah kerana dia merasakan bahawa dia mampu buat apa yang disukainya.

“I knew myself, at the first breath of this new life, to be more wicked, tenfold more wicked, sold a slave to my original evil; and the thought, at that moment, braced and delighted me like wine.” – Dr. Jekyll

5) Clark Kent dari siri Smallville

Personaliti ‘Kal’ ketika Clark Kent dipengaruhi oleh kryptonite merah muncul, dimana beliau menyatakan bahawa agak seronok menjadi zalim dan tidak mempedulikan apa-apa.

6) Walter White dari siri Breaking Bad

Akibat dari mengedar dadah, beliau dijauhi oleh orang yang disayanginya, namun dia amat menikmati kedudukannya sebagai seorang pengedar dadah.

7) Sarah Kerrigan dari permainan video StarCraft

Selepas ditawan oleh Zerg atas arahan Overmind, Sarah Kerrigan dimutasi menjadi Queen of Blades, watak ikonik ciptaan syarikat permainan video Blizzard.

BERMAIN DENGAN EVIL FEELS GOOD

Darth Sidious dari siri Star Wars. Gambar diambil dari laman denofgeek.com

Bagi memahami secara lanjut Evil Feels Good yang bermaksud watak jahat yang berasa nikmat dalam melakukan kejahatan, mari kita menggunakan beberapa pendekatan yang berlainan bagi bermain dengan trope ini:-

Secara Langsung

– Mat memberitahu Ieda bahawa dia mendapat kepuasan dalam melakukan perbuatan buruk terhadap orang lain.

Ditokok Tambah

– Keseronokan yang dialami Mat persis mencapai klimaks.

Dikurangkan

– Mat menyatakan kepada Ieda yang dia suka melayan orang seperti sampah.

Bersebab

– Mat percaya menjadi jahat lebih mudah dan seronok dari menjadi baik.

– Otak Mat telah diprogramkan supaya mendapat keseronokan ketika berlaku jahat.

Diterbalikkan

Being Evil Sucks

Good Feels Good

Being Good Sucks

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

– Mat tak suka berbuat baik, namun dipaksa Ieda supaya melakukan kebaikan.

Diturunkan

– Mat suka berbuat jahat, namun kemudian dia berasa bersalah dan sedih.

Dinaikkan Kembali

– Namun pada hari seterusnya dia melupakan perasaan bersalah dan terus melakukan perbuatan jahatnya.

Sekejap-Turun-Sekejap-Naik

– Pada suatu ketika, Mat berasa seronok melakukan perbuatan jahat, dan dalam masa lain, murung akibat perbuatan buruknya sendiri.

Diparodikan

– Mat mendapati aktiviti melepak dan memuat turun bahan lucah secara haram merupakan perbuatan yang paling seronok yang pernah dibuatnya sepanjang kehidupannya di dunia ini.

Dielakkan

– Mat tidak berfikir berkenaan perasaan melakukan perbuatan jahat.

Dikuatkuasakan

– Pencerita mahu wataknya, Mat, mempunyai sebab mengapa dia melakukan perbuatan jahat, dan memasukkan trope ini ke watak tersebut.

Dilibatkan

– Maharaja Jama’lee memprogramkan otak Mat supaya dia merasa seronok dalam melakukan kejahatan.

Dipergunakan

– Ieda amat memahami apa yang Mat akan lakukan kejahatan bagi kepuasan dirinya, justeru dia mempergunakan

– Ieda mempergunakan sifat Mat yang sering berasa seronok ketika melakukan kejahatan bagi menggagalkan rancangan dia.

Ditentang

– “Aku tak peduli apa yang kau rasa ketika berbuat jahat. Suatu hari nanti, kau akan dapat pembalasan akibat perbuatan kau!”

Dibincangkan

– “Apa jenis orang yang berasa seronok melakukan keburukan?”

Disebut

– “Cis! Aku amat jijik dengan pengakuan Mat yang dia suka berbuat jahat.”

Diruntuhkan

– Mat mendapati melakukan kejahatan hanya mendatangkan rasa bersalah di hatinya, kerana Being Evil Sucks.

Dibina Semula

– Namun begitu, Being Good Sucks. Akhirnya Mat kembali melakukan kejahatan.

Dimainkan untuk Drama

– Mat merupakan seorang Anti-hero, dimana beliau cuba sedaya upaya melakukan kebaikan, namun melakukan perbuatan menyakiti orang lain terlalu seronok baginya.

RUMUSAN

Gambar diambil dari laman redbubble.com

“This is the greatest high!” – Dio Brando, Jojos Bizarre Adventure

Hasil dari pengamatan personaliti manusia sejagat oleh para pencerita telah menyebabkan tertubuhnya trope ini. Ia merupakan antara teknik penceritaan termudah dan acap kali digunakan oleh para pembikin cerita dalam melakarkan watak jahat mereka.

Percanggahan antara watak jahat dan watak baik hampir sering digunakan dalam dunia penceritaan. Tanpa pengukuhan watak jahat, watak baik tidak akan menyerlah, sekaligus membuat cerita tersebut bosan dan tidak menarik.

Di mana ada cahaya, di situ jua ada bayang-bayang, dan begitu juga sebaliknya. Sebagaimana wujudnya Being Good Sucks, begitu jua wujudnya Evil Feels Good, dan trope yang berkaitan. Sekian.

P/S: Nama ‘Mat’ dan ‘Ieda’ tidak ada kena mengena dengan orang yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.

RUJUKAN

1) Evil Feels Good. (n.d.). Diambil dari https://tvtropes.org/pmwiki/pmwiki.php/Main/EvilFeelsGood

2) Smithstein, S. (2013, Oktober 11). Warning: Being Bad Can Feel So Good. Diambil pada 2 Disember 2019 dari https://www.psychologytoday.com/us/blog/what-the-wild-things-are/201310/warning-being-bad-can-feel-so-good

3) Bradberry, T. (2017, April 27). 14 Psychological Forces That Make Good People Do Bad Things. Diambil pada 2 Disember 2019 dari https://www.inc.com/travis-bradberry/14-psychological-forces-that-make-good-people-do-bad-things.html

4) Barreca, G. (2013, April 30). Why Is Being Bad More Seductive Than Being Good?. Diambil pada 2 Disember 2019 dari https://www.psychologytoday.com/us/blog/snow-white-doesnt-live-here-anymore/201304/why-is-being-bad-more-seductive-being-good

 

 

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.