Everest – Kawasan Perkuburan Terbuka Terbesar Di Dunia

729

Tahukah anda bahawa kawasan perkuburan terbuka yang mempunyai bilangan mayat yang paling tinggi adalah di sekitar Gunung Everest. Maksud perkuburan terbuka adalah mayat-mayat di situ hanya dibiarkan di kawasan lapang, tanpa menguburkannya.

Gambar pertama diatas adalah mayat seorang pendaki bernama Tsewang Paljor, yang memakai but bewarna hijau, walaupun ada sumber lain mengatakan itu bukan mayatmya, tetapi baru-baru ini sudah disahkan bahawa sememangya, itu mayat miliknya, yang merupakan 1 daripada 3 orang India yang maut semasa ribut salji pada tahun 1996.

Para pendaki menamakannya landmark tersebut sebagai Green Boots. Bukan itu sahaja, tempat di mana mayat ini berada adalah di sebuah gua kecil, yang sering digunakan untuk para pendaki berlindung daripada ribut salji dan cuaca ekstrim. Bayangkan sahajalah sekiranya anda perlu berlindung bersebelahan dengan mayatnya saat ribut salji melanda.

Gambar kedua di atas, yand dilitupi oleh bendera negara Canada itu adalah mayat seorang wanita bernama Francys Arsentiev. Dia merupakan wanita Amerika pertama berjaya tiba di puncak Gunung Everest. Akibat kekurangan bekalan oksigen semasa dalam proses untuk turun kembali, para pendaki lain terpaksa meninggalkannya.

Sewaktu Francys terkandas akibat kekurangan oksigen, rakan pendaki daripada kumpulan yang sama mendengar permintaannya.

“Please don’t leave me here, please don’t leave me here to die.”

Namun, tiada apa-apa boleh dilakukan kerana para pendaki lain sendiri pun mempunyai oksigen yang kurang.

Cerita tragik mengenai Francys adalah di mana sewaktu mereka turun daripada puncak, dia terpisah dengan suaminya, Sergei. Sergei menganggap isterinya sudah turun bersama kumpulan lain, tetapi sebenarnya tidak. Sergei kemudiannya mendaki semula untuk mendapatkan isterinya. Para pendaki lain yang terserempak dengan Sergei semasa mereka sedang turun merupakan kali terakhir mereka melihat dia, yang mana selepas itu, dia tidak lagi kelihatan sehingga sekarang.

Terdapat lebih kurang 250 mayat di situ dan disebabkan oleh proses membawa turun semula mayat memakan kos yang tinggi. Helikopter tidak boleh diterbangkan pada ketinggian sedemikian (tugasan yang mustahil walaupun ada beberapa kejayaan sebelum ini) kerana kedaan udara yang amat nipis, yang mana sesebuah helikopter memerlukan udara ini untuk memberi daya angkatan.

Tiada cara lain untuk membawa turun mayat selain menghantar Sherpa, iaitu ‘tourist guide’ untuk membawa turun mayat tersebut, yang mana mereka selalunya terpaksa menolak permintaan-permintaan sedemikian. Satu, ketinggian sebegitu amat berisiko walaupun mereka semua sudah pun mempunyai pengalaman yang amat tinggi, dan kedua, keadaan mayat yang melekat dilantai gunung menyukarkan proses mengeluarkan mayat, dan memerlukan tenaga yang banyak, adakalanya tidak mampu dilakukan dengan kudrat manusia.

Selain daripada mayat-mayat yang bergelimpangan, terdapat juga sampah dari segi botol air, tangki oksigen, khemah, plastik dan pelbagai sisa yang dihasilkan oleh manusia, yang mencemar kawasan gunung terbabit.

Kematian para pendaki kebiasaanya adalah disebabkan oleh kekurangan oksigen di dalam badan mereka. Hypoxia atau hypoxaemia akan membuatkan mereka hilang kesedaran, dan yang lebih berbahaya adalah boleh menyebabka bahagian otak mereka membengkak, menjadi satu penyakit yang diberi nama “High Attitude Cerebral Oedema (Edema dalam Bahasa Inggeris Amerika) – HACE”, atau menyebabkan cecair di dalam paru-paru mereka membeku akibat terlalu sejuk, yang dipanngil sebagai ‘High Attitude Pulmonary Oedema” – HAPE

Walaupun penambahbaikkan dibuat, sejajar dengan kemajuan bidang sains dan teknologi yang berkait rapat dengan perubatan, hal ini masih boleh berlaku dan kebanyakkan pendaki yang kadangkala mempunyai keazaman dan tekad untuk menyentuh puncak Gunung Everest boleh membunuh mereka.

Cuaca sebegini tidak akan memandang siapa-siapa, tidak akan memandang usaha, dan keazaman seseorang kerana yang boleh menyelamatkan seseorang itu hanyalah latihan demi latihan, beserta stamina yang dibina sebagai persediaaan untuk mendaki.

Kejadian ribut salji yang menyerang diadaptasi untuk menjadi sebuah filem Hollywood yang diberi tajuk “Everest”, yang telah diterbitkan pada tahun 2015.

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.