Eustace si Rahib merupakan seorang l4nvn masyhur yang bergiat aktif di Selat Inggeris pada awal kurun ke-13 Masehi. Selain berkecimpung dalam dunia perl4nvnan, Eustace turut dicatatkan pernah bekerja sebagai seorang petugas rasmi di bawah seorang count. Sebagai seorang l4nvn, Eustace pada mulanya berada di pihak Inggeris sebelum kemudiannya beralih arah ke Perancis yang ketika itu sedang berperang dengan England.

KEHIDUPAN AWAL EUSTACE

Eustace si Rahib dilahirkan sekitar tahun 1170 Masehi dengan nama sebenarnya adalah Eustace Busket. Tempat kelahirannya dipercayai terletak berhampiran Boulogne, utara Perancis. Menurut Romance of Eustace, karya biografi yang dikarang pada 1223-1284 oleh seorang penulis tidak dikenali dari Picardy, Perancis, Eustace dilahirkan di Corse, yang mungkin merujuk kepada Courset, berjarak kira-kira 19 km dari Boulogne.

Eustace adalah anak lelaki kepada Badouin Busket, seorang bangsawan kecil di Boulogne. Tempoh pembesarannya berlangsung sama seperti kebanyakan bangsawan lain pada waktu itu. Bagaimanapun, kehidupan Eustace mula menunjukkan perubahan ketara selepas beliau berangkat ke Toledo, Sepanyol.

Kononnya, Eustace berkelana ke Toledo bagi tujuan mempelajari ilmu hitam di sebuah gua. Beliau disifatkan sebagai seorang pengamal ilmu hitam yang mahir dan tiada tolok bandingan di Perancis. Namun, dakwaan-dakwaan sedemikian langsung tiada bukti sokongan dan sejarahwan tidak dapat memastikan sama ada ianya direka sendiri oleh pengarang Romance of Eustace atau cerita tersebut diambil daripada pihak lain.

Bagaimanapun, sebahagian masyarakat pada zaman terkemudian mempercayai dakwaan tersebut dan mereka bahkan mengaitkan kejayaan Eustace sebagai seorang l4nvn dengan ilmu hitam yang dikuasainya sejak muda.

Eustace pernah menjadi rahib Benedictine

Apa yang pasti, pada peringkat selanjutnya dalam hidup beliau, Eustace menjadi rahib. Beliau memasuki Biara Benedictine yang terletak tidak jauh dari Boulogne. Sebab-sebab yang mendorongnya untuk menjadi rahib tidak diketahui. Ada sejarahwan yang berpandangan, pilihan tersebut diambil kerana beliau adalah anak bongsu dalam keluarga bangsawan dan kebiasaannya anak bongsu bangsawan ditetapkan supaya menjadi rahib. Bagaimanapun, beliau dicatatkan sebagai seorang rahib yang buruk perilakunya.

Misalnya, beliau pernah mengajak rahib-rahib lain untuk menjamu makanan sedangkan ketika itu mereka sedang berpuasa. Beliau juga pernah menc4rvt semasa mereka sedang membaca Doa Harian (Divine Office) dan kentut di serambi gereja. Walaupun perilakunya sebagai rahib agak buruk, agak ironi apabila beliau diingati dengan nama timangan Eustace si Rahib.

Apapun, Eustace tidak berada lama di biara tersebut. Menurut Romance of Eustace, beliau meninggalkan dunia rahib bagi menuntut keadilan daripada Count of Boulogne atas pembvnvhan ayahnya. Namun, dakwa seorang rahib merangkap penulis Benedictine yang bernama Matthew Paris , Eustace meninggalkan biara kerana mahu mendapatkan harta tinggalan adik-beradiknya yang men!ngg4l dunia tanpa pewaris. Pendapat kedua ini dianggap aneh kerana dalam Pert3mpvran Sandwich yang meng0rb4nkan nyawa Eustace, dicatatkan bahawa adik-beradiknya terselamat.

Walaupun Eustace gagal memujuk Count untuk menghakimi pembvnvh bapanya, beliau tidak berputus asa sebaliknya membawa pasukannya sendiri bagi mengejar pembvnvh tersebut, yang dicatatkan bernama Hainfrois de Heresinghen. Setelah kedua-duanya saling berhadapan, Eustace dan Hainfrois menghantar wakil masing-masing untuk beradu tenaga. Wakil Eustace tewas, justeru Hainfrois mendakwa dirinya tidak bersalah. Semenjak itu, Eustace tidak lagi mengejar Hainfrois bagi membalas dendam ke atasnya. Beliau kemudian membawa diri menghadap Renaud de Dammartin, Count of Boulogne, dan mencurahkan khidmat bakti kepadanya.

Sebagai petugas rasmi (lantikan raja), Eustace dipertanggungjawabkan dengan hal-ehwal pentadbiran, termasuklah urusan yang bersifat kewangan. Setelah berkhidmat selama beberapa tempoh, Eustace dituduh menyeleweng wang kerajaan dan hal ini mencetuskan pertengkaran antara beliau dan Renaud. Sebahagian sejarahwan berpendapat tuduhan tersebut dilemparkan oleh Hainfrois bagi menyingkirkan Eustace.

Pada mulanya, Eustace mengaku tidak bersalah dan mengemukakan aduan kepada pihak bertanggungjawab. Namun, beliau kemudiannya melarikan diri atas sebab-sebab yang tidak jelas. Tindakan tersebut mendorong Renaud untuk menyimpulkan bahawa Eustace sememangnya bersalah, sekaligus mewartakan beliau sebagai penjenayah yang dikehendaki. Harta Eustace lantas dir4mp4s dan ladang miliknya pula dib4k4r. Susulan itu, Eustace pun bersumpah untuk memberikan balasan setimpal kepada Renaud lalu menjadi seorang per0mp4k, sama seperti Robin Hood yang hidup sezaman dengan beliau.

Eustace pernah menjadi per0mp4k sebelum menjadi l4nvn, justeru beliau sering disamakan dengan Robin Hood yang hidup sezaman dengannya

KISAH SEBAGAI PER0MP4K DAN L4NVN INGGERIS

Terdapat banyak kisah yang mewarnai perjalanan hidup Eustace sepanjang beliau menjadi per0mp4k. Antaranya, beliau pernah memperdaya seorang kesatria Renaud dengan berpakaian seperti wanita. Dikisahkan, Eustace mendekati kesatria tersebut lalu menawarkan tubuhnya dengan imbalan, kesatria itu membenarkannya menaiki kuda beliau. Dek kerana tergoda dengan tawaran tersebut, kesatria itu pun membantu Eustace menaiki kudanya. Tanpa semena-mena, Eustace melepaskan kentut tepat pada muka kesatria itu lantas dengan pantas melarikan kuda tersebut.

Dalam kisah lain, Eustace pernah memperdaya Renaud dengan menyamar sebagai seorang peminta sedekah. Renaud tanpa mengesyaki apa-apa lantas menghulurkan sejumlah wang kepada Eustace, yang langsung sahaja melompat ke atas kudanya dan memacu pergi.

Walau bagaimanapun, tidaklah semua kisah r0mp4kan Eustace bersifat lucu. Sebahagiannya malah menyeramkan. Misalnya, Eustace pernah men4ngk4p lima orang pengawal peribadi Renaud. Empat orang daripada mereka habis dip0t0ng kakinya oleh Eustace. Sambil itu, pengawal kelima sengaja dibiarkan hidup untuk menyampaikan pesanan kepada Renaud. Dalam peristiwa lain, Eustace pernah menangkap seorang kanak-kanak lelaki yang beliau syak sebagai salah seorang pengintip Renaud. Tanpa memberi peluang kepada anak kecil itu untuk membela diri, Eustace langsung sahaja memaksa beliau menggantung dirinya sendiri sehingga m4t!.

Walaupun kegiatan Eustace cukup memeningkan kepala Renaud, segalanya berakhir apabila bangsawan itu menjalinkan kerjasama dengan Raja Perancis. Dalam erti kata lain, Eustace bukan sekadar dimvsvhi Renaud, tetapi seluruh negara. Oleh kerana itu, Eustace pun membawa diri ke istana Raja John dan menumpahkan khidmat kepada England yang ketika itu sedang berp3r4ng dengan Perancis.

Karier Eustace di istana Raja John bermula sekitar 1205 M. Pada waktu itulah, Eustace mula menceburi bidang perl4nvnan. Kegiatannya banyak bertumpu di Selat Inggeris dan Selat Dover, dengan kapal-kapal Perancis menjadi mangsanya. Kebolehan Eustace diperakui sendiri oleh Raja John. Justeru, beliau mengurniakan Eustace kepimpinan ke atas lebih 30 buah kapal bagi menghuru-harakan kedudukan Perancis.

Pulau Sark yang menjadi pangkalan l4nvn Eustace

Hubungan antara Eustace dan Raja John berlangsung mesra. John malah membenarkan Eustace bertindak sewenangnya di lautan. Walaupun Eustace meny3r4ng kesemua kapal yang dijumpainya, termasuklah kapal-kapal Inggeris, beliau sama sekali tidak ditegur oleh Raja John. Lebih daripada itu, Eustace dianugerahi pula beberapa bidang tanah di Norfolk, selain diperkenan untuk membina pangkalan l4nvn di Pulau Sark. Makanya, tidak hairan jika namanya masyhur dalam kalangan warga bandar pelabuhan di pantai selatan Inggeris.

Bagaimanapun, hubungan mesra antara dua tokoh tersebut mula renggang pada tahun 1212 sehingga 1214. Hal ini dipercayai berpunca daripada beberapa faktor. Antaranya, Raja John menjalinkan hubungan baik dengan mvsvh lama Eustace, iaitu Renaud si bangsawan Coulogne. Eustace dan isterinya juga pernah dipenjarakan sewaktu beliau gagal membayar hutang kepada Raja John. Menurut Romance of Eustace, anak perempuan Eustace yang dijadikan sebagai tahanan raja Inggeris itu habis dib4k4r hidup-hidup dan anggota tubuhnya dil4p4h, sebelum akhirnya beliau m4t! dibvnvh. Faktor terakhir adalah reputasi Eustace yang semakin meningkat membuatkan Raja John menganggapnya sebagai ancaman buat England lantas beliau pun meny3r4ng pangkalan Eustace di Sark.


Dalam P3r4ng Baron Pertama, Eustace berada di pihak Perancis (kanan), namun tewas di tangan Inggeris (kiri)

EUSTACE KEMBALI MEMIHAK PERANCIS

Oleh kerana itu, Eustace sekali lagi mengubah haluan. Kali ini, kesetiaannya dicurahkan kepada Perancis. Sama seperti Raja John, Philip Augustus si raja Perancis turut memperakui kebolehan Eustace di lautan. Namun, beliau turut menyedari bahawa Eustace adalah seorang yang bersifat oportunis. Bagaimanapun, kerisauan tersebut tidak menghalang beliau dari melantik Eustace sebagai laksamana.

Pada masa itu, P3r4ng Baron Pertama meletus di England. P3r4ng tersebut memperlihatkan baron-baron Inggeris yang men3nt4ng kerajaan bertindak menjemput Louis, putera Philip, untuk masuk ke England dan merebut takhta Inggeris dari Raja John.

Sewaktu Perancis melakukan s3r4ngan awalnya pada Mei 1216, Eustace bertanggungjawab mengangkut pasukan t3nt3ra dan barang bekalan mengharungi Selat Inggeris. Memasuki musim bunga pada tahun berikutnya, Eustace mencurahkan jasa dengan mervntvhkan kepungan armada Inggeris ke atas bandar pelabuhan Rye dan menyelamatkan Louis yang terperangkap di sana. Lewat tahun sama, Eustace sekali lagi menyelamatkan Louis. Namun dalam peristiwa tersebut, Eustace menghadapi musibah.

S3r4ngan Louis ke atas England pada mulanya berjalan dengan baik. Sejurus selepas berlabuh di pantai England, beliau dengan pantas merebut separuh wilayah England dan meraih sokongan lebih 2/3 baron Inggeris. Namun setahun kemudian, keadaan berubah sepenuhnya. Kemangkatan Raja John pada bulan Oktober 1216 mendorong baron-baron Inggeris untuk menumpahkan kesetiaan kepada Raja Henry III, putera John yang berusia 9 tahun.

Semenjak itu, pasukan Inggeris mem3r4ngi Louis dengan sepenuh hati. Pada Mei 1217, Louis tewas dalam Pert3mpvran Lincoln dan beliau terpaksa berundur ke selatan. Kekalahan tersebut mendorong Lincoln untuk memeterai perjanjian damai bagi menamatkan p3p3rangan. Namun, beliau berubah fikiran setelah mendengar berita kedatangan pasukan bantuan dari Perancis.

Eustace menemui ajalnya dalam Pert3mpvran Sandwich, pert3mpvran yang digambarkan melalui rajah di atas

Pasukan tersebut tidak lain dan tidak bukan diketuai oleh Eustace. Ia terdiri daripada 70 buah kapal bekalan dan 10 kapal p3r4ng. Bagaimanapun, mereka terpaksa berhadapan dengan armada Inggeris dari Dover yang berkekuatan 40 buah kapal. Pasukan laut Inggeris yang berada di bawah kepimpinan Hugh de Bugh dengan penuh bergaya menewaskan armada Perancis dalam Pert3mpvran Sandwich (juga dikenali sebagai Pert3mpvran Dover).

Namun, punca kekalahan tersebut tidaklah diletakkan sepenuhnya pada bahu Eustace, sebaliknya pada Robert de Courtenay, bakal maharaja Konstantinopel. Walaupun Eustace merupakan laksamana armada, kepimpinan tertinggi disandang oleh de Courtenay sekaligus perintahnya lebih diutamakan berbanding Eustace.

Nasihat Eustace supaya tidak mengejar armada Inggeris yang berpura-pura berundur tidak diendahkan oleh de Courtenay. Akibatnya, kapal-kapal Perancis menjadi mangsa b3d!lan kapal-kapal Inggeris  dengan de Courtenay sendiri dijadikan sebagai tahanan p3r4ng, sebelum dibebaskan setelah membayar tebusan.

Bagaimanapun, nasib Eustace tidak sebaik de Courtenay. Walaupun beliau bersedia membayar tebusan dengan segala harta miliknya, Inggeris yang menyimpan d3nd4m terhadapnya enggan membebaskan beliau. Eustace hanya diberikan peluang untuk memilih lokasi kem4t!annya – iaitu sama ada di palang gantungan kapal atau di sebelah trebuchet. Pilihan Eustace tidak dicatatkan sejarah. Hanya nama algojonya sahaja diketahui, iaitu Stephan Crabbe. Dengan demikian, tamatlah riwayat Eustace si Rahib, salah seorang l4nvn masyhur dalam sejarah.

TERJEMAHAN

Wu Mingren. (14 Disember 2020). Eustace the Monk: Talented Pi-rate for the French and the English. Ancient Origins.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Pencinta bahasa ibunda dan sejarah dunia. Amir Zayyanid merupakan seorang penulis dan penterjemah bebas yang menyimpan impian mahu menabur bakti kepada anak pertiwi menerusi pendokumentasian sebanyak mungkin bahan bacaan, sama ada fiksi mahupun bukan-fiksi.

Comments are closed.