Jauh sebelum Dato Onn Jaafar bertanggungjawab dan cakna terhadap kebajikan orang-orang Melayu, seorang tokoh telah bertanggungjawab untuk melakukannya ketika awal abad ke 21.

Mohammed Eunos Bin Abdullah merupakan antara intelektual Melayu sekitar 1920an. Jika berbicara perihal Eunos, beliau seringkali digelar sebagai pencetus kepada bidang kewartawanan Melayu di Tanah Melayu pada masa yang sama beliau juga gigih berjuang untuk orang Melayu di dalam sektor pendidikan.

Dilahirkan pada 1876 daripada keluarga yang berada. Susur galur keluarganya berasal dari Sumatera yang berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai peniaga. Eunos mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampong Glam dan seterusnya ke Raffles Institution. Setelah menghabiskan pelajarannya, Eunos bekerja sebagai penyelia pelabuhan di Muar dan Singapura.

Eunos merupakan peminat tegar kepada karya karya Abdullah Munsyi dan sejarah-sejarah dunia. Pada 1907, Eunos telah menerima dari Walter Makepeace, seorang wartawan dan penyunting di Singapore Free Press untuk bekerja sebagai wartawan di bahagian Bahasa Melayu di akhbar itu, iaitu Utusan Melayu. Pada 1914, beliau telah berpindah dan bekerja sebagai penyunting di akhbar Lembaga Melayu, satu satunya akhbar berbahasa Melayu yang ditulis menggunakan tulisan Jawi pada ketika itu.

Kerjaya Eunos di dalam bidang kewartawanan telah menginspirasi pejuang pejuang bangsa pada terkemudiannya. Beliau seringkali membicarakan soal bangsa di dalam kalangan orang Melayu. Beliau juga sering mengkritik kerajaan kolonial di dalam penulisannya mengenai kedudukan orang Melayu di dalam politik negara pada ketika itu.

Karya-karya Eunos ini menyebabkan Eunos  terkenal sebagai pembawa suara Orang Melayu pada ketika itu. Perjuangan Eunos ini telah menarik perhatian pemimpin-pemimpin masyarakat pada ketika itu seperti Abdul Samad yang merupakan doktor Melayu pertama dan Tengku Kadir, wakil bagi kerabat diraja di Kampong Glam

. Pada 1926, Eunos dan beberapa rakannya telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura dan beliau telah dipilih sebagai Presidennya.  Kesatuan ini merupakan parti politik Melayu pertama yang ditubuhkan. KMS ditubuhkan untuk membela kebajikan orang Melayu dan memperjuangkan kedudukan orang Melayu dari segi pendidikan dan sektor pekerjaan awam. KMS telah menjadi batu asas kepada penubuhan parti-parti politik yang lain termasuklah parti UMNO yang ditubuhkan 20 tahun kemudian.

Pada satu ketika, KMS telah mendesak kerajaan British untuk menubuhkan sebuah sekolah untuk orang Melayu di Tanah Merah Besar namun permintaan mereka tidak diterima. Lantas, pihak KMS telah membina sekolah tersebut sendiri dengan menggunakan duit mereka.

Pada tahun 1927, Eunos telah dilantik sebagai wakil orang Melayu di dalam Majlis Persekutuan Kerajaan British. Eunos telah meminta kepada kerajaan pada ketika itu untuk diberikan sebuah kawasan untuk tujuan penempatan bagi orang-orang Melayu. Ini kerana mengikut pendapat Eunos, jika orang-orang Melayu ini disatukan di dalam sesebuah kawasan, adat budaya orang Melayu akan lebih terjaga.

Kerajaan British kemudian memberikan sebanyak 240 hektar tanah untuk penempatan orang-orang Melayu dan dipanggil sebagai Kampong Melayu. Bagi mengenang jasanya, sebatang jalan telah diabadikan bersempena nama beliau pada tahun 1930.

Dari segi pendidikan, Eunos menggunakan kapasitinya sebagai ahli majlis memperjuangkan soal pendidikan orang Melayu. Beliau pernah mengkritik bahawa orang orang Melayu jarang diberi peluang untuk diberi pekerjaan di dalam sektor awam kerana kekurangan fasiliti pendidikan yang diberikan kepada orang Melayu.Eunos juga mempersoalkan kebajikan bagi nelayan-nelayan Melayu yang sering mendapat bayaran lebih rendah dari nelayan nelayan lain.

Pada 1933, Eunos meletakkan jawatannya sebagai ahli majlis atas faktor kesihatan. Pada penghujung tahun itu, Eunos menghembuskan nafasnya yang terakhir di kediamannya di Desker Road dan telah disemad1kan di Perk*b*ran Bidadari. Kini, terdapat sebuah stesen Mass Rapid Transit (MRT) diberi nama MRT Eunos yang digunakan berjuta orang setiap hari.

Eunos telah meninggalkan legasi yang cukup besar buat orang Melayu Singapura sebagaimana apa yang pernah dikatakan oleh Setiausaha Kerajaan Kolonial, Sir John Scott. Beliau berkata “Eunos seorang lelaki yang budiman dan sering mengambil berat terhadap kebajikan bangsanya. Saya yakin, orang orang Melayu patut berterima kasih dengan Eunos atas apa yang beliau lakukan”


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.