Memandangkan asal usul etnik Hazara sering diperdebatkan, pendapat yang berbeza terus muncul setiap kali berbicara tentang garis keturunan Hazara. Menurut beberapa sejarawan, etnik Hazara adalah penduduk asal di Hazarajat (kini Afghanistan tengah). Majoriti orang Hazara adalah berfahaman Syiah.

JP Ferrier, sarjana Perancis yang terkenal adalah penyelidik yang pertama memberi pendapat berdasarkan penjelasan dari sejarawan Yunani, Quintus Curtius mengenai pertem.puran-pertem.puran yang melibatkan Alexander the Great dan perjalanannya di kawasan-kawasan yang kini adalah sebahagian dari Afghanistan dan Hazara adalah penduduk asal Afghanistan sejak zaman Alexander dan tidak pernah berhijrah dari tempat lain ke negeri ini.

Sedangkan, menurut beberapa pandangan, Hazara adalah keturunan Mongol dari susur galur Genghis Khan. Idea bahawa Hazara berasal dari Mongolia bermula dari abad ke-19 ketika orang Eropah datang ke Afghanistan, dan mereka melihat perbezaan orang Hazara yang memiliki paras rupa bercirikan Mongoloid berbanding orang lain yang berwajah Kaukasia.

 

Lelaki Hazara.

Hazara pada awalnya diwakili oleh perkataan ‘Ozala’ atau ‘Hosala’ lalu seiring berlalunya waktu, ia kekal menjadi ‘Hazara’.  Istilah ‘Hazara’ juga pernah digunakan untuk merujuk kepada sistem kiraan dalam angkatan tentera Genghis Khan, ‘hazara’ bermaksud seribu, yang mewakili satu peringkat pasukan tentera.

Namun, sebilangan kecil berpendapat, Hazara mempunyai darah keturunan Parsi dan Turko-Mongol. Menurut sebuah laporan, mereka berasal dari angkatan tentera Genghis Khan yang bergaul dengan penduduk tempatan Parsi dan Turki dan sebagai kesan dari ko.nflik mereka melahirkan etnik Hazara di wilayah Hazara yang menetap di Afghanistan hari ini.

Beberapa pendapat lain yang masih popular menyimpulkan mereka adalah keturunan dari salah satu cabang bangsa Mongol yang telah pupus akibat diban.tai oleh tentera Dinasti Qing pada abad ke-19 iaitu Dzungar atau Mongol Oirat.

Wajah patung Buddha Bamiyan telah dimus.nahkan oleh Raja Abdurrahman pada abad ke-19 sebelum dimus.nahkan sepenuhnya oleh Taliban.

Walaupun begitu, ada juga yang berpendapat, Hazara adalah keturunan Dinasti Kushan sejak dua milenium ketika Bamiyan di Afghanistan masih memiliki patung terbesar ketamadunan Buddha kuno yang telah dimus.nahkan oleh Taliban pada tahun 2001.

Pelopor kepada idea ini menonjolkan ciri wajah Hazara yang mirip dengan mural dan patung Buddha di wilayah ini.  Sementara, sesetengah orang Hazara percaya bahawa mereka adalah keturunan salah seorang anak lelaki Nabi Nuh.

Walau bagaimanapun, semua teori yang disebut di atas mungkin berbeza dengan garis keturunan masyarakat Hazara yang sebenar, tetapi mereka mempunyai satu persamaan dan ianya merupakan tanah Hazara yang sekarang merupakan sebahagian Afghanistan, Iran, dan Pakistan.

Orang-orang Hazara menetap di kawasan pergunungan di Afghanistan tengah pada awal abad ke-19, dengan majoriti penduduknya tinggal di Hazarajat (atau Hazaristan), yang terletak di pusat pergunungan Afghanistan tengah yang mencabar dengan wilayah yang terbentang seluas 50,000 km persegi.

Orang Hazara bertutur bahasa Parsi dalam dialek Dari yang disebut Hazaragi. Hazaragi merupakan salah satu daripada dua bahasa terbesar di Afghanistan. Hazaragi merangkumi banyak perkataan Mongol dan Turki, yang juga menguatkan teori bahawa mereka memiliki darah keturunan Mongol.

Wanita Hazara di Kanada.

Afghanistan adalah negara berbilang etnik dengan hampir 8 kumpulan etnik majoriti dan 10 minoriti. Di antara kumpulan etnik majoriti adalah Pashtun, Tajik, Hazara dan lain-lain.

Hazara pernah menjadi kumpulan etnik terbesar di Afghanistan dan membentuk kira-kira 67% daripada jumlah populasi, tetapi hari ini populasi mereka hampir tidak dapat melepasi jumlah 9% daripada populasi Afghanistan.

Ini kerana mereka sering dijadikan sasaran pemban.taian. Punca pembu.nuhan mereka terletak pada tindakan politik yang disasarkan mereka apabila mereka menyokong calon yang salah dalam perebutan kuasa pada akhir abad ke-19, yang telah mengubah kehidupan Hazara dan peranan mereka dalam politik Afghanistan dan akhirnya dalam pemerintahan Afghanistan.

Laporan dari abad ke-20 menggambarkan pasukan tentera Afghanistan membina piramid menggunakan kepala orang-orang Hazara dalam beberapa tra.gedi pembu.nuhan beramai-ramai, sebagai bentuk peringatan kepada orang Hazara yang masih ada, namun ini tidak dianggap sebagai penindasan terakhir oleh kerajaan terhadap Hazara.

Hazarajat.

Menjelang akhir abad ke-20 semasa pemerintahan Taliban di Afghanistan, kerajaan secara khusus mensasarkan Hazara sebagai mangsa penindasan dan diskriminasi.

Sejarah penindasan terhadap Hazara di Afghanistan ini mengakibatkan kema.tian lebih daripada separuh populasi mereka dengan beberapa kumpulan telah berhijrah ke negara-negara jiran seperti Pakistan dan Iran.

Sedangkan, berdasarkan bukti sejarah penghijrahan Hazara dari Afghanistan ke provinsi Baluchistan, Pakistan berlaku sekitar 150 tahun yang lalu, awalnya disebabkan oleh faktor ekonomi.

Tetapi penghijrahan besar-besaran penduduk Hazara berlaku pada akhir abad ke-19, terutamanya disebabkan oleh penganiayaan terhadap mereka dan pemban.taian bersasar oleh tangan pemerintah Afghan yang berbeza termasuklah Taliban dan kerajaan pimpinan Hamid Karzai yang mendesak mereka berhijrah ke Pakistan.

Walau bagaimanapun, seiring dengan hasrat Taliban yang berjanji akan lebih bertoleransi dan tidak akan mengulangi lagi kesilapan lampau, buat pertama kalinya Taliban melantik Mullah Mawlavi Mahdi, seorang pemuda Hazara berfahaman Syiah sebagai ketua daerah bayangan kumpulan itu pada tahun lepas, satu langkah yang dilihat sebagai usaha untuk menarik sokongan masyarakat Hazara di Afghanistan.

Mullah Mawlavi Mahdi, wakil Taliban dari keturunan Hazara berfahaman Syiah.

Pelantikan itu mengejutkan memandangkan sejarah Taliban menindas kaum minoriti Hazara secara besar-besaran setelah berkuasa pada pertengahan tahun 90-an, terutamanya setelah membantai penduduk Hazara berfahaman Syiah di bandar Mazar-e Sharif, ibu kota Balkh pada tahun 1998.

Di Pakistan, jumlah populasi Hazara dianggarkan antara 0.6 ke 0.9 juta orang yang menetap di berbagai-bagai tempat di negara ini termasuk Karachi, Parachinar, Sanghar, Nawabshah, Hyderabad, juga di berbagai daerah di Baltistan dan Punjab.

Di provinsi Baluchistan, sebahagian besar penduduk Hazara tinggal di Quetta dan bahagian lain di Baluchistan seperti Sanjawi, Much, Zhob, Harnai, Loralai, dan Dukki, di mana populasi mereka berjumlah sekitar 0.4-0.5 juta.

Suku Besut Hazara pada tahun 1880

Namun, seiring dengan migrasi mereka, masyarakat Hazara membawa bersama sejarah penindasan mereka berdasarkan etnik mereka, orientasi keagamaan dari berasaskan Syiah dan juga perbezaan wajah mereka yang unik dari segi etnik, dan sebagainya, tempoh penindasan mereka di tangan Taliban dan organisasi ra.dik.al yang lain seperti Lashkar-e-Jhangvi, Sipah Sahabah, al-Qaeda dan organisasi militan Sunni lain termasuk IS masih berlaku di Pakistan.

Jadi, jawapan kepada persoalan utama tentang asal usul etnik Hazara sebenarnya masih tidak jelas. Namun kebanyakan dari mereka sendiri yakin bahawa da.rah mereka adalah berasal dari bangsa Mongol, dan faktor linguistik turut menguatkan teori ini hingga sekarang.

RUJUKAN:

Makiko Kitamura. (2014). Atlas of human genetic history shows Mongol warriors’ reach. Bloomberg.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

•MALAY• •MUSLIM• •TERENGGANU• •NATIONALIST• •CONSERVATIVE•

Comments are closed.