Ramai yang mengenali bendera Palestin. Namun, tahukah anda akan maksud disebalik empat warna yang terkandung pada bendera tersebut ? Warna hitam, putih, hijau dan merah semuanya mempunyai maksud dan sejarahnya yang tersendiri.

Warna Hitam:

Zaman Nabi Muhammad SAW (570-632 ) Digunakan zaman Baginda dan zaman Khalifah Ar-Rasyidin (Abu Bakar, Umar, Usman dan Ali) yang tertulis “Lailahailallah” (tiada Tuhan selain Allah) dan Muhammadu Rasulullah (Nabi Muhammad itu pesuruh Allah). Kebiasaannya dibawa masa pergi p.eran.g dan diletakkan di masjid semasa solat Jumaat.

Dinasti Abbasiyah ( 750-1258 ) Bendera bewarna hitam digunakan untuk berkabung atas pemb.unu.han ahli keluarga Rasulullah dan untuk memperingati peristiwa P.era.ng Karbala, 680 Masihi/61 H (pertempuran di antara penyokong Husain bin Ali dengan tentera Yazid bin Muawiyah)

Warna Putih:

Dinasti Umayyah, Damsyik( 661-750 ) Mereka mengambil warna putih sebagai simbolik mereka sebagai peringatan pertempuran pertama Nabi di Badar dan untuk membezakan diri mereka dengan Abbasiyah (warna hitam). Muawiyah bin Abi Sufian (661-680), pengasas Umayyah menggelar dirinya sebagai khalifah Jerussalem.

Warna Hijau:

Dinasti Fatimiyah, Afrika Utara (909-1171) Dinasti Fatimiyyah ditubuhkan di Maghribi oleh Abdullah Al-Mahdi, dan terus memerintah seluruh Afrika Utara. Warna hijau digunakan untuk melambangkan kesetiaan mereka kepada Ali, sepupu Nabi yang pernah menyelimuti dirinya dengan selimut hijau di tempat Nabi untuk menggagalkan cubaan pemb.unu.han Nabi. Hijau digunakan secara berterusan sehingga zaman pemerintahan Salahuddin Al-Ayubi, yang menggunakan warna kuning selama berpe.ran.g dengan tentera Salib.

Warna Merah:

Puak Khawarij yang dianggap berkecuali, tidak menyokong Ali dan tidak menyokong Muawiyah. Mereka gunakan bendera bewarna merah sebagai simbol mereka. Semasa penaklukan Afrika Utara dan Andalusia, orang Arab membawa bendera merah, yang menjadi simbol penguasa Islam Andalusia (756-1355). Pada zaman sekarang, warna merah melambangkan golongan Ashraf dari Hijaz dan Hashemites, keturunan Nabi.

Artikel dikirimkan oleh ajmalowski untuk The Patriots. 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Moving forward as one.

Comments are closed.