Masyarakat Eropah memasuki fasa pertengahan iaitu sekitar abad ke-14 dan ke-15 Masihi setelah keruntuhan empayar Rom akibat invasi oleh perpindahan kaum-kaum nomad dan juga konflik dalaman yang melibatkan perebutan takhta. Masyarakat Eropah pada fasa ini mengalami keruntuhan budaya, taraf hidup, dan ekonomi sehingga terpaksa dinaungi oleh kerajaan-kerajaan kecil pasca-Rom.

Pada abad ke-16 Masihi, masyarakat Eropah mengalami bermacam jenis penyakit yang pada waktu itu teknologi perubatannya tidak secanggih teknologi perubatan abad ini. Antara penyakit yang sukar dirawat ialah arthritis (bengkak di bahagian jari dan lutut), kesakitan tulang, sakit gigi, dan gout. Biasanya mereka mencari penawar berupa posyen yang dipercayai mampu menyembuhkan penyakut, tidak perlu pergi bertemu dengan doktor.

Namun, kandungan posyen atau ubat botol tersebut mempunyai bahan-bahan yang aneh yang dipercayai mempunyai khasiat tertentu. Antara ubat botol tersebut ialah ubat yang bernama Axungia hominis, yang bermaksud ‘lemak manusia’. Ya, orang Eropah pada fasa pertengahan gunakan lemak manusia untuk tujuan perubatan.

Advertisements
Dua balang milik ahli perubatan Eropah yang tertulis Nama yang bermaksud ‘lemak manusia’. Dua balang ini dibuat pada abad ke-17 atau ke-18 Masihi. (Sumber: Ancient Origins)

Apa yang terjadi sehingga orang Eropah sanggup mengambil lemak dalam badan orang lain dan jadikan sebagai ubat? Adakah tiada tumbuhan herba yang orang Eropah sendiri kenal dan jadikan ia sebagai ubat selain gunakan lemak?

Hubungan manusia dan lemak telah lama wujud semasa fasa manusia prasejarah di mana lemak bukan saja menjadi sumber makanan, malah menjadi sumber cahaya seperti menghidupkan pelita. Namun bagi ahli perubatan Eropah pada abad ke-16 Masihi, lemak berpotensi menjadi ubat dan mula menghasilkan produk lemak dalam botol. Kerajaan yang banyak menghasilkan produk ini ialah Perancis dan Jerman.

Bagi perlaksana hukuman, penjualan lemak memberi peluang kepada mereka untuk menjalankan ‘bisnes’. Mereka dapatkan dahulu lemak dari banduan yang telah jalankan hukuman mati, kemudian jualkan kepada ahli perubatan untuk hasilkan ubat lemak bernama ‘poor sinners’ fat’. Golongan perlaksana hukuman Jerman pada abad ke-18 Masihi pula menghasilkan ubat lemak manusia buatan sendiri.

Penggunaan lemak manusia juga digunapakai dalam pertempuran. Contohnya ialah peristiwa Pertempuran Ostend pada tahun 1601 di mana tentera England dan Belanda bertempur dengan tentera Sepanyol yang menyerang kota Ostend. Para medik dari Belanda mengumpulkan lemak dari longgokan tentera yang terkorban, kemudian menggunakan lemak tersebut untuk mengubati tentera lain yang cedera.

Perlaksana hukuman biasanya berpakaian jubah hitam, menutupi muka, dan gunakan kapak untuk memancung banduan. Golongan ini mendapat keuntungan dalam menjual lemak manusia. (Sumber: Wikimedia Commons)

Lemak manusia dikatakan mampu mengubati masalah kulit melalui sapuan. Lemak ini biasanya disapu di permukaan kulit seperti menyapu losyen dan juga disapu di pembalut luka. Kulit manusia mampu hilangkan parut, sembuhkan luka, hilangkan kesakitan di lutut dan siku, serta menjaga ketumbuhan saraf.

Saintis kemudian mengkaji lebih lanjut akan tisu lemak yang dipercayai sebagai ubat penyembuh bagi masyarakat Eropah fasa pertengahan. Keputusannya menunjukkan kelebihan lemak manusia tidak bersifat pseudo-sains. Tisu lemak dalam badan manusia menyumbang kepada ketumbuhan saluran darah yang baru.

Pada awal tahun 1900-an, saintis Jerman gunakan tisu lemak untuk pembasmian jangkitan terhadap luka dan pembedahan hilangkan parut. Masuk tahun 1960-an, tisu lemak manusia dari plasenta (saluran nutrien untuk bayi dalam kandungan) digunakan untuk hasilkan krim anti-penuaan.

Siapa sangka, lemak manusia yang pada asalnya berfungsi sebagai penyimpan tenaga dan pelindung bagi organ-organ dalaman mampu sembuhkan luka melalui amalan orang Eropah sejak fasa pertengahan lagi! Namun kita harus ingat, kehadiran tisu lemak dalam badan manusia mampu mengundang obesiti jika kita tidak membakar lemak sebaiknya seperti lakukan senaman dan aktiviti kerja berat.

Jadi, berpada-padalah jika tisu lemak semakin menebal di beberapa bahagian tubuh anda, melainkan pasangan anda menyukainya. Nasib baik kita tidak berada dalam fasa pertengahan Eropah. Jika berlaku, mungkin lemak manusia telah sebati dalam badan kita sendiri. Ugh…

3 buku terbaru kami untuk PBAKL dah pun mula dijual di Shopee, ayuh segera dapatkan di: https://shopee.com.my/thepatriotsasia

RUJUKAN:

Gillan, Joanna. 15 June 2022. 16th Century Executioners Sold Human Fat for Medicinal Ointments. Ancient Origins.

Rochford, Justin. (2017) Adipose tissue: a fat lot of good? Society of Endocrinology.

Share.

Seorang ulat buku dan pejuang alam sekitar. Penulis yang rajin tulis tentang flora dan fauna serta sejarah dunia. Dan tak terkecuali peminat Fate.

Leave A Reply