Erdogan, Diriliş Ertuğrul dan Payitaht Abdulhamid.

0
1444
views

“Selagi singa tidak menulis sejarahnya, selagi itu pemburu dianggap wira!” Ucap presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Erdogan bertegas mempertahankan Mehmet Bozdag, pengarah drama bersiri Dirilis Ertugrul. Dia dihina di majlis anugerah Pantene Golden Butterfly. Tim produksi dan barisan pelakon dilarang naik ke pentas. Sekadar cukup syarat, anugerah diserah seperti sampah. Drama ini menjulang syiar Islam. Gara-gara pemikiran busuk sekularisme, mereka membenci apa-apa agenda islamisasi sekalipun dalam bentuk drama. Akhirnya penerbit Derilis Ertugrul memulangkan kembali award tersebut. Islam tidak perlu penilaian orang jahil. Islam tegak di atas kaki sendiri. Siri TV bertema sejarah & islam ini telah dieksport ke 60 buah negara. Terdapat juga di Netflix. Erdogan sendiri ialah peminat tegar Dirilis Ertugrul. Mezut Ozil pun antara penonton setia. Kini, rakyat Turki tidak malu menjadi diri sendiri. Sejarah Khilafah Uthmaniah dijulang setinggi-tinggi.

Erdogan bukan suka-suka membela Diliris Ertugrul (Kebangkitan Ertugrul).

Deliris Ertugrul ialah bukti sejarah adalah azimat bangsa. Tanpa sejarah dihayati, terjadilah krisis identiti. Hilang maruah dan harga diri. Cerita berdurasi 40 minit (versi Netflix) ini memberi impak besar. Ia menaikkan semangat perjuangan, melimpahkan mesej jihad dan pengorbanan. Jika semasa WW1, sufi Mevlavi dan Bekhtashi ramai berfungsi sebagai semboyan tentera sukarelawan. Di era ini, wahana drama ditunggang bagi meniup kesedaran. Zaman sekularisme bakal berakhir digantikan kebangkitan Islam di akhir zaman. Setiap orang tidak mau ketinggalan mengambil peranan. Mereguk roh semangat Ayyub Ansari.

Erdogan mencontohi Ertugrul.

Kemenangan Erdogan dalam pilihanraya Turki 2018 diraikan dunia Islam. Komitmennya mengangkat semula tradisi sufi dan mengangkasakan ekonomi & militari Turki diinspirasikan oleh Khilafah Uthmaniah yang pernah megah selama 600 tahun. Hanya dengan Islam, Ummah mampu kembali gagah. Dengan nur al-Quran, ia menerangi pelusuk alam.

Diriliş: Ertuğrul

Derilis Ertugrul berlatarkan abad ke-13 di Anatolia. Ertuğrul, bapa Osman I merupakan pengasas Empayar Uthmaniyyah (1299-1922). Anak lelaki Suleyman Shah, pemimpin suku Kayi dari Oghuz Turks, yang berhijrah dari Iran timur. Setelah kemangkatan ayhandanya, Ertuğrul menjawat ketua kabilah Kayı. Dia tiba di Anatolia dari Merv (Turkmenistan) dengan 400 tentera berkuda untuk membantu Kerajaan Bani Seljuk melawan Byzantine.  Rantaian peristiwa demi peristiwa ditakdirkan Allah membawa kepada penubuhan Empayar Uthmaniyyah. Siri ini menggambarkan apakah fondasi Turki Uthmaniah. Daripada kabilah kecil kepada empayar besar.

Mereka berperang dengan tentera Salib. Ertugrul dan tenteranya bertali arus berjihad cuba membebaskan Jurusalem daripada tawanan Kristian. Di belaj timur wujud ancaman Mongol yang melanggar wilayah Asia dan Eropah. Mujur kesultanan Seljuk banyak menghulur pertolongan.

Kesultanan Uthmaniah mewarisi daulat Kesultanan Seljuk apabila Ertugrul bernikah dengan puteri Halime Hatun, iaitu nak kepada pewaris takhta Mesud II. Darinya lahirlah tiga anak lelaki, Osman Ghazi, Gündüz Alp dan Savi Bey. Uthmaniah diambil daripada nama Osman Ghazi. Nama rasmi kerajaan ialah Daulah/Negara Agung Utsmaniyah (Turki Utsmaniyah: دولت عليه عثمانیه Devlet-i ʿAliyye-yi ʿOsmâniyye. Dalam bahasa Turki modern disebut Osmanlı İmparatorluğu (Empayar Utsmaniyah) atau Osmanlı Devleti (Negara Utsmaniyah).

Di awal perjuangan, Ertugrul berkhidmat dengan raja Seljuk, Sultan Alauddin Kaykobad. Tidak ramai tahu bahawa sultan ini anak murid kepada Sultan Ulama’ Bahauddin Walad, ayah kepada Mevlana Jalaluddin Rumi. Setelah guru mursyid ini meninggal dunia, Rumi menggantikan ayahnya dalam membimbing rakyat Anatolia. Disebabkan inilah Uthmaniah tidak berpisah daripada tradisi sufi. Sejak mula lagi, bapa pengasasnya telah dididik dengan tarbiah Ibnu Arabi, Mevlana Jalaluddin Rumi dan Imam Ghazali. Tidak peliklah cinta mereka pada Nabi Muhammad begitu berseri-seri. Cinta diambil dari dada kekasih. Sedang cinta sejati dari dada guru yang dipindahkan ke dada murid, ialah benih mawar yang tumbuh mekar menebarkan harum suluk dan perjuangan.

Devlet-i Ebed-müddet ialah slogan Uthmaniah. Bermakna ‘Negara yang abadi’. Diinspirasikan daripada mukasyafah Muhyiddin Ibnu Arabi, bahawa Uthmaniah akan kekal sampai ke akhir zaman. Jikalau jatuh pun, akan bangkit semula di suatu masa. Ulangtahun ke-100 jatuhnya Uthmaniah nanti, menyimpan isyarat signifikan.

Impak drama bersiri islami

Derilis Ertugrul viral sebagai zeitgeist di Turki. Sudah lebih 3 Seasons setakat ini. Tagline iaitu: “Sebuah Kebangkitan Bangsa” disahut oleh rakyat. Siapa kata sejarah sekadar romantisme? Jangan pernah lupa bahawa sejarah ialah guru yang paling jujur. Murid yang gagal mengambil iktibar bakal mengulang layar kesilapan silam.

Erdogan ada merangka Perlembagaan bagi mengekang musuh daripada luar dan dalam negeri. Populariti rancangan televisyen sedikit sebanyak menjadi indikitor ke arah mana pemikiran rakyat Turki. Kejayaan ‘Magnificent Century’ ialah gelombang pertama. Drama ini berdasarkan kehidupan Sultan Suleiman, abad ke-16. Walaupun tidaklah menggambarkan keadaan khilafah secara tepat, ia tetap berjaya membuka mata semua, menyaksikan kegemilangan empayar Islam. Kaum Muslimin pernah memerintah dunia, menjadi kuasa besar yang dikagumi.

Parti AKP mnggalakkan rancangan islami selaku modus operandi islamisasi. Drama Turki banyak dieksport secara global. Hampir 150 Turki siri televisyen telah dijual kepada lebih 100 negara-negara di Timur tengah, Timur Eropah, Amerika Selatan dan Asia Selatan. Keuntungan telah melepasi $ 300 juta. Ramai pelancong Iran dan Amerika datang ke istanbul melawat tapak penggambaran drama yang mereka tonton.

Derilis Ertugul disiarkan di televisyen Turki oleh rangkaian TRT 1. Season pertama memaparkan peperangan menumpaskan tentera salib di Anatolia, season kedua peperangan melawan Mongol, season ketiga peperangan mengalahkan Rom Byzantine. Erdogan menyifatkannya sebagai; “Perlawanan antara bulan sabit dengan salib.”

Televisyen masih berpengaruh dalam budaya Turki. Statistik melaporkan pada tahun 2015, 94.6% daripada rakyatnya menonton televisyen bagi mengisi masa lapang. 5.5 jam sehari dalam sehari. Kerajaan menggunakan segmen TV bagi propaganda menentang Isis dan pemberontak Kurdish.

“Kita bersatu sebagai negara dan bangkit bersama-sama,” kata Erdogan pada pra-referendum perhimpunan di Tenggara Bandar urfa. “Satu negara, satu bendera, satu tanah air, satu watan! Kita memerlukan perpaduan, kebersamaan dan persaudaraan!” Ujarnya di acara lain.

Kebangkitan Khilafah Uthmaniah

Umat Islam bukan mudah berputus asa

“We’re not caravan of despair.”

(MEVLANA RUMI)

Ketika detik genting dan ummah terumbang-ambing, Khilafah Uthmaniah bangkit menjulang kembali maruah umat Islam. Dari 1299 hinggalah 1922 masihi, ia bertanggungjawab sebagai perisai kaum Muslimin.

“Ketika bertambah kasih kepada Iman,

mereka lebih kuat mengorbankan badan.”

(MATHNAWI, MEVLANA RUMI)

Ottoman Caliphate membuktikan satu perkara, iaitu kebangkitan harus bertitik tolak daripada Iman. Islam sudah mempunyai ramuan kejayaan, iaitu al-Quran. Allah ﷻ yang menciptakan dunia ini, justeru wahyu-Nya lah sebagai panduan mengurus dunia ini. Oleh kerana ini, model negara diformulasikan daripada Madinah Nabawiah. Sebagai mengekor jejak langkah Rasulullah ﷺ

Jikalau jatuh bangun sesuatu bangsa sudahpun ditakdirkan Allah ﷻ,

Mengapa tidak di sepanjang jatuh bangun itu kita mengingati Allah ﷻ.

Agar jatuh kita tidak lebur,

bangun kita tidak takbur.

Dalam susah senang, Allah ﷻ sentiasa ada.

Despite everything, Allah ﷻ is still our Lord.

He’s still مالك الملك .

 وما غالب إلا الله

Tiadalah yang mengalahkan selain Allah ﷻ

Pada 29 Mei 1453 masihi, kota Konstantinopel berjaya ditakluk umat Islam. Kota itu diubah nama kepada Islambol (Kota Islam), kini digelar Istanbul. Khilafah Uthmaniah majestik dengan hikmah peradaban. Mereka menjaga warisan Nabi di Mekah Madinah, mengadakan selawat mawlid besar-besaran, membudayakan al-Quran dan menerapkan dakwah ke setiap wilayah non-muslim yang baru dibuka sehinggakan negara balkan Albania dan Bosnia menikmati islamisasi. Mereka memayungi Umat Islam sedunia.

Sultan Beyazid II (anak al-Fateh) menyelamatkan pelarian muslim dan yahudi Granada, Andalusia daripada kekejaman Sepanyol melalui akta Liempera De Sangre. Sultan Sulayman Qanuni mengirimkan armada tentera ke Nusantara bagi menentang Portugis yang menjarah Melaka dan Acheh.

Di zaman kegemilangan Ottoman Empire, zawiyah Sufi ialah obor api yang membakar semangat jihad. Pejuang Uthmaniah tidak takut mati di medan tempur kerana menyedari hidup yang sebenar ialah kehidupan di syurga nanti. Bukan di dunia ini. Untuk memiliki keberanian segagah ini, memerlukan latihan rohani (tazkiyatun nafs) yang sejati. Bukan ada semulajadi. Di sinilah peranan Mashayeikh sufi terbukti. Sebagai guru tarbiyah hati.

Meneruskan tradisi ini, Recep Tayyib Erdogan berbaiah dengan Tarekat Naqsyabandiah. Sebelum dia bertanding kerusi mayor di Istanbul, guru mursyidnya sendiri telah mendoakan Erdogan menang menjadi presiden Turki. Semangat Erdogan begitu besar untuk Islam. Tahukah anda, rata-rata sufi di Turki percaya bahawa Khilafah Uthmaniah akan kembali buat kali ke-2. Kerana inilah mereka tidak malu meninggikan semula syiar Islam. Sufi percaya Ottoman akan kembali perkasa di pentas dunia. Mereka bersiap siaga jikalau WW3 meletus.

Ottoman Empire mementingkan kasih-sayang kepada Nabi Muhammad. Cinta yang sebenar. Bukan dibuat-buat. Kitab al-Syifa’ fi Huquqil Mustafa karya Qadhi Iyadh yang menceritakan perihal Rasulullah dimartabatkan setinggi-tingginya. Syeikh yang mampu mensyarahkan kitab ini akan dibayar gaji tetap dan dihantar ke masjid tanah takluk Uthmaniah.

Sehingga ke hari ini, begitu dahsyat cinta kepada Rasulullah, setiap kali nama baginda kedengaran, bangsa Turki akan berselawat sambil menyentuh hati. Mengusap degup jantung, merasakan Rasulullah hidup. Mohamed is still with us. Sunnah Rasulullah masih hidup. Ia tidak mati selepas baginda pergi. Baginda  ‘hidup’ dalam kehidupan kita. Inilah cinta. Abadi selamanya.

Sultan Uthmaniah & Tarekat Sufi.

Tunjang kekuatan Khilafah Uthmaniah pada Sultannya.

Tunjang kekuatan SultanUthmaniah pada Guru Mursyidnya.

  • Sultan Osman Ghazi & Sultan Orhan Ghazi berguru dengan Syeikh Adibali daripada Tarekat Rifa’i.
  • Sultan Murad Han I berguru dengan Sayyid Mehmed Hammari.
  • Sultan Yildirim Beyazid Han berguru dengan Syeikh Emir Sultan daripada Tarekat Nurbahsiyye.
  • Sultan Celebi Mehmed berguru dengan Syeikh Mullah Fenari dari Tarekat Zeyniyye
  • Sultan Murat II berguru dengan Syeikh Emir Adil Celebi dari Tarekat Mawlawiyah.
  • Sultan Mehmet al-Fateh berguru dengan Syeikh Aksemseddin dari Tarekat Bayramiyyah. Ada pendapat mengatakan Syeikh Syamsuddin al-Wali dari Tarekat Naqsyabandiyyah.
  • Sultan Beyazid II berguru dengan Syeikh Celebi Halife dari Tarekat Khalwatiyyah.
  • Yavuz Sultan Selim berguru dengan Syeikh Halili Celebi dari Tarekat Zeyniyye.
  • Sultan Sulaiman a-Qanuni berguru dengan Syeikh Yahya Efendi dari Tarekat Ûveysiyye.
  • Sultan Selim II berguru dengan Syeikh Suleyman Amidi dari Tarekat Khalwatiyyah.
  • Sultan Murad III berguru dengan Syeikh Husamettin Usaaki dati Tarekat Khalwatiyyah dan Haji Ahmad Sadik Kabili dari Tarekat Naqsyabandiyyah.
  • Sultan Mehmet III berguru dengan Syeikh Abdul Majid Sivasi dari Tarekat Khalwatiyyah dan Syeikh Aziz Mahmud Hüdai dari Tarekat Celvetiye (Hüdai).
  • Sultan Ahmed I berguru dengan Syeikh Aziz Mahmud Hüdai dari Tarekat Celvetiye (Hüdai).
  • Sultan Mustafa I, Sultan Sultan Osman II, Sultan Murad IV dan Sultan Ibrahim masing-masing tidak penulis kenalpasti berguru dengan siapa.
  • Sultan Mehmet IV berguru dengan Syeikh Ahmed Cahidi dari Tarekat Khalwatiyyah.
  • Sultan Suleyman II berguru dengan Syeikh Osman Fadli dari Tarekat Khalwatiyyah.
  • Sultan Ahmed II, Sultan Mustafa II dan Sultan Ahmet III masing-masing berguru dengan Receb Enis Dede dari Tarekat Mawlawiyyah.
  • Sultan Mahmud I dan Sultan Osman III maing-masing berguru dengan Sayyid Muhammed Muradi dari Tarekat Naqsyabandiyyah.
  • Sultan Mustafa III berguru dengan Syeikh Beyzade Mustafa Efendi dari Tarekat Naqsyabandiyyah.
  • Sultan Abdul Hamid I berguru dengan Syeikh Mehmed Ziyad Efendi dari Tarekat Sadiye.
  • Sultan Selim III berguru dengan Syeikh Mehmed Emin Celebi dari Tarekat Mawlawiyah.
  • Sultan Mustafa IV berguru dengan Mullah Murad Effendi dari Tarekat Naqsyabandiyyah.
  • Sultan Mahmud II dan Sultan Abdul Majid masing-masing berguru dengan Syeikh Mehmed Nuri Efendi dari Tarekat Naqsyabandiyyah.
  • Sultan Abdul Aziz berguru dengan Syeikh Sadrettim Celebi dari Tarekat Mawlawiyah.
  • Sultan Murad V tidak dikenalpasti gurunya siapa.
  • Sultan Abdul Hamid II berguru dengan Syeikh Ahmet Ziyaeddin Gümüshanevi dari Tarekat Naqsyabandiyyah, Syeikh Zafir Efendi dari Tarekat Syaziliyah, Syeikh Abdullah Efendi dari Tarekat Qadiriyah dan Syeikh Ebulhuda Rufai dari Tarekat Qadiriyyah. Sultan Abdul Hamid II sendiri bertaraf Syeikh dalam Tarekat Syaziliyah.
  • Sultan Resat berguru dengan Syeikh Selahattin Dede dari Tarekat Mawlawiyah.
  • Sultan Vahideden berguru dengan Syeikh Ziyaeddin Dagistani dari Tarekat Naqsyabandiyyah.

Bencana Sekularisme & Kemalisme

Pada 1918 masihi, tentera British memasuki Istanbul, rentetan daripada kekalahan Ottoman Empire pada Perang Dunia Pertama. Pada 3 Mac 1924, tamatlah Khilafah Uthmaniah secara rasmi. Republik Turki moden ditubuhkan oleh Mustafa Kemal Attaturk. Rejim sekular mengambil alih, membunuh tradisi Islam satu persatu. Sebarang identiti Ottoman diharamkan.

“Kita tidak mampu menguasai kaum Muslimin selagi mana mereka menjaga ikatan kuat dengan al-Quran. Sama ada kita rampas al-Quran dari mereka, atau kita pisahkan al-Quran dari Umat Islam.” Kata Gladstone, wakil British di Palestin. Kenyataan dari Gladstone ini membakar kemarahan Said Nursi. Lantas dijawab:

“Aku akan buktikan bahawa al-Quran ialah matahari jiwa yang takkan terpadam.”

Menurut Bediuzzaman Said Nursi, masalah umat islam ialah

  1. Jahil ilmu
  2. Miskin harta
  3. Sekularisme.

Apakah itu Sekularisme?

Waqaf Saham

Sekularisme ialah faham pemisahan antara agama dan urusan dunia.

Sejarah & budaya beragama tamadun Eropah adalah faktor mereka memilih Sekularisme. Renaissance dan Reformation ialah faktor utama.

  • Pada 325 masihi, Kristian telah diubahsuai oleh Empayar Rom & Gereja.
  • Pada 1600 masihi, rakyat & saintis teruk ditindas pihak Gereja.
  • Pada 1700 masihi, eropah membebaskan diri daripada belenggu Gereja.

Eropah memilih Sekularisme kerana gereja Kristian mereka menghalang kemajuan. Berbeza dengan Islam, tradisi dan budaya Tauhid tidak melarang sains teknologi. Ayat Quran yang pertama turun ialah iqra’ (bacalah!). Zaman keemasan Islam di Baghdad dan Andalusia berjasa mengeluarkan Eropah dari zaman gelap. Membuang Islam dari kehidupan, bererti membuang faktor kemajuan kaum muslimin.

Menurut Sultan Muhammad al-Fateh, di setiap kota Uthmaniah diwajibkan ada 3 perkara iaitu longkang, mandian awam & perpustakaan.

  • Longkang membersihkan jalan
  • Mandian awam membersihkan tubuh badan
  • Perpustakaan membersihkan akal fikiran

Sekularisme vs Islam

MUSTOFA KAMAL: Saya kagum terhadap ucapan Hodja. Kata-kata Hodja yang menyentuh kepentingan Sains dan Ilmu pengetahuan menarik perhatian saya.

SAID NURSI: Pasha, Minda merasa puas dengan Sains, manakala jiwa merasa puas dengan Agama. Apabila dua perkara ini menyatu, akan kita temui kebenaran. Kekuatan mental dan material sangat penting sekarang. Kerana kini Eropah menindas kita dengan kekuatan mereka pada Sains dan Industri. Sebab itulah harus kita melawan mereka melalui Sains dan Seni dengan memperbaiki diri kita dari masalah kejahilan, kemiskinan dan konflik dimana masalah-masalah ini ialah musuh kepada manifestasi penyatuan terhadap tuntutan Allah.

MUSTOFA KAMAL: Hodja, saya kagumi perjuangan, akhlak dan kejujuran kamu. Kita akan lakukan reformasi dan kami perlukan sokongan bantuan kamu. Misalnya kami akan mengubahsuai kebiasaan pada arak (dibolehkan minum arak) dan etika pemakaian (serban dan tudung dilarang pemakaiannya).

*merenung tajam pada Kamal.

SAID NURSI: Hak mahupun janji Allah tidak bernah berubah. Surahnya ialah kebahagiaan terbesar.

MUSTOFA KAMAL: Tuhan memberikan bumi ini kepada pengelolaan kita. Untuk kita berjalan di atasnya dengan keadilan dan makan makanan yang Tuhan berikan.

*bediuzzaman berdiri dan meninggikan suara.

SAID NURSI: Pasha! Pasha! Lakukanlah reformasi terhadap sains dan seni. Tapi ingat jangan ringankan hukum Quran!

*Said Nursi berjalan keluar dari bilik presiden Republik Turki, Mustafa Kamal.

Bila muslim apologetik dengan agama sendiri,

bersiap sedialah dipijak kepala oleh yahudi.

Sekularisme terbukti melemahkan umat Islam. Seperti orang bodoh, bangsa Turki dipaksa meninggalkan jati diri. Cuba menjadi seperti orang kafir. Dipaksa melupakan lembaran sejarahnya yang gemilang. Bangsa yang melupakan akar tradisi, peribadinya pupus dimusnahkan musuh. Ahli parlimen republik tidak malu minum arak di khalayak ramai. Acara tari-menari dilangsungkan. Hilang maruah. Tidak peduli dosa pahala.

Rejim Kemal Attaturk menafikan hak pemakaian tudung, melarang azan dalam bahasa arab, menutup sekolah agama dan menggugurkan pengajian agama dan arab dari kurikulum pendidikan. Perempuan yang memakai tudung kehilangan pekerjaan di sektor awam. Projek pembodohan bermula. Bila negara dipegang sekularis yang bodoh, musnahlah maruah bangsa & negara.

Perlembagaan yang digubal pada 1924 telah memadamkan Islam daripada agama rasmi negara. Pada 1937, autoriti agama seperti imam dan syeikh tidak diiktiraf. Akta 677 bertanggungjawab menutup zawiyah-zawiyah & tekke sufi. Setiap sultan agung Uthmaniah ialah murid Tarekat. Tetapi akibat kebodohan sekularis, mereka memastikan sesiapa saja yang mengamalkan Tarekat boleh dipenjara 3 bulan dan didenda 50 lira. Sesiapa saja yang bertaraf syeikh, sanggup dipenjarakan 6 bulan dan didenda 500 lira.

Payitaht Abdulhamid (The Last Emperor).

“Aku hilang harapan untuk merealisasikan impian orang-orang Yahudi di Palestin. Sesungguhnya orang-orang Yahudi tidak akan dapat masuk ke tanah yang dijanjikan, selama Sultan Abdul Hamiid II masih tetap berkuasa dan duduk di atas takhtanya.” Kata Theodore Hertzel. Tawaran 20 juta lira untuk memperbaiki ekonomi Turki & 20 juta untuk Palestin ditolak oleh sultan. Maruah umat Islam lebih bernilai daripada wang.

Drama bersiri tentang Sultan Abdul Hamid II, khalifah terakhir uthmaniah pertama kali disiarkan di TRT pada awal tahun 2018. Ottoman di era itu digelar ‘sick man of europe’. Sultan sufi bertarekat Syaziliah ini berhasil melanjutkan usia Uthmaniah untuk bertahan selama 40 tahun lagi. Berkisar tahun-tahun akhir pemerintahannya pada awal abad ke-20, yang dicemari oleh pemberontakan separatis, plot rampasan kuasa oleh Young Turks dan ancaman luar dari kuasa Eropah. Terdapat juga babak tuntutan Theodore Herzl, pengasas Zionisme ke atas tanah Palestin.

Payitaht Abdulhamid menyebabkan kegemparan di media sosial anggota komuniti Yahudi. Mereka menuduh wujudnya dakyah anti-Semitisme. Dari propaganda yahudi, sultan diceritakan sebagai raja monarki yang regresif, menghalang pemodenan empayar. Ini ialah penipuan sejarah. Sebenarnya, Sultan Abdulhamid telah berusaha melaksanakan reformasi pendidikan, tentera dan ekonomi.

Recep Tayyip Erdogan, bersama-sama kalangan masyarakat Turki, memuji episod ini. Putera Abdulhamid Kayıhan Osmanoglu, cucu Sultan Abdhulhamid turut berpuas hati. Asalnya drama bersiri ini ingin ditayangkan oleh Netfliix atas permintaan ramai. Malangnya akibat desakan pelobi yahudi, ia dibatalkan.

Dialog Sultan Abdul Hamid II dengan wakil Yahudi

Pada Jun1896, Theodor Herzl berangkat ke Istanbul. Ditemani oleh Neolanski yang bertugas sebagai perantara untuk berdialog dengan sultan. Neolanski berhasil menyampaikan proposal Herzl ke istana Yaldaz.

Sultan Abdul Hamid II: “Apakah mungkin bagi orang-orang Yahudi untuk tinggal di tempat lain selain Palestin?”

Neolanski: “Palestina dianggap sebagai tanah tumpah darah pertama bagi orang-orang Yahudi, oleh karena itu orang-orang Yahudi sangat merindukan untuk bisa kembali ke tanah itu.”

Sultan Abdul Hamid II: “Sesungguhnya Palestina tidaklah dianggap sebagai tempat kelahiran pertama bagi orang-orang Yahudi saja, namun juga oleh semua agama yang lain.”

Neolanski: “Orang-orang Yahudi tidak mungkin mengambil Palestin.

Sultan Abdul Hamid II tidak mudah diperdaya yahudi.

Pasca dialog tersebut, Sultan Abdul Hamid II menyampaikan pesan kepada Theodore Herzl melalui perantara Neolanski:

“Jika ia temanmu, maka nasihatilah agar dia tidak mengendahkan masalah ini sama sekali. Aku tidak sesekali menjual meskipun sejengkal dari wilayah ini. Sebab tanah-tanah itu bukan milikku melainkan milik rakyatku. Rakyatku telah mendapatkan negeri ini dengan pertumpahan darah, dan kemudian menyiraminya juga dengan darahnya. Aku pun akan menyiraminya. Bahkan kami tidak akan mengizinkan seorang pun merompaknya. Biarlah orang-orang Yahudi itu menyimpan saja jutaan wang mereka. Kecuali jika pemerintahan ini runtuh, dan berpecah belah, maka kaum Yahudi bisa mendapatkan tanah Palestina dengan mudah. Kami sungguh tidak akan pernah menyerahkan kedaulatan negeri ini, kecuali setelah mayat-mayat kami dilangkah. Aku tidak akan memberikannya dengan tujuan apapun.”

Penolakan tersebut dicoretkan dalam memoir Sultan Abdul Hamid II, ketika dia mengatakan “Yahudi antarabangsa membentuk organisasi, dan berupaya bertindak melalui jaringan-jaringan Freemason untuk mendapatkan apa yang dinamakan Al-Ardh al-Mau’udah (tanah yang dijanjikan). Dan mereka menghadap kepadaku setelah beberapa lama seraya meminta kepadaku sebuah tanah, atau wilayah untuk menempatkan bangsa Yahudi di Palestin dengan imbalan sejumlah harta. Tentu aku menolaknya.”

Dalam jurnal catitannya, Theodore Hertzel menyimpulkan, “Dari pembicaraan yang saya lakukan dengan Sultan Abdul Hamid II, saya menetapkan bahwa tidak mungkin kita menarik manfaat apa-apa dari Turki, kecuali jika ada perubahan politik di dalamnya dengan cara menimbulkan perang di tengah mereka, dan mereka kalah dalam perang tersebut, atau mereka terlibat dalam sebuah konflik antarabangsa atau dengan cara dua-duannya.”

The Return Of Ottoman.

“Kita akan menyusun semula kurikulum pendidikan. Kita akan menyebutkan sejarah mulia kita dalam buku-buku sekolah.” Kata Erdogan di Pejabat Presiden di Ankara.

Amanat ini disampaikan kepada anak-anak muda dari 81 wilayah Turki. Generasi baru tidak perlu lagi bersikap apologetik dengan Islam. Tidak perlu dituduh romantisme semata-mata. Apa salahnya berbangga dengan sejarah & tradisi Islam?

Pengulangan kisah sejarah Uthmaniah menatijahkan dua perkara:

  1. Harapan bawah sedar untuk kembali kepada keagungan Uthmaniah.
  2. Perbandingan penuh sedar antara sultan-sultan agung Uthmaniah dengan pemimpin-pemimpin republik Turki.

Pada 19 Mei 2017, Erdogan mengambil keputusan untuk membelakangi hasrat Mustafa Kemal Attaturk. Kurikulum sekolah digubal kepada mesra Islam. Erdogan perlahan-lahan membuang unsur sekularisme yang telah melemahkan Turki dan merosakkan Islam. Erdogan mengubah semula kurikulum di sekolah-sekolah. Presiden Recep Tayyip Erdoğan pada hari Jumaat berkata beliau akan mengubah kurikulum di sekolah. Zaman keemasan Turki Uthmaniah ditulis semula sebagai aspirasi generasi baru. Katanya, “Sekarang anda akan membuat pembaharuan dan revolusi. Anda akan menunjukkan kepada dunia betapa kuatnya negara Turki.”

Pada 12 Januari 2015, tanpa rasa inferior complex, lawatan Presiden Mahmoud Abbas dari Palestin disambut oleh Erdogan dengan 16 pengawal berbusana pejuang Khilafah Uthmaniah. Ia mewakili 16 negara naungan khilafah satu masa dahulu. Bukan sekadar nostalgia, tetapi sebuah isyarat kepada kebangkitan kali kedua.

Walaupun Derilis Ertugrul bukan terbitan kerajaan, dua produk TRT ini telah menerima pujian Erdogan dan warga Parti AKP. Sukar untuk menilai sama ada kebangkitan semula warisan Uthmaniyyah ini adalah sebahagian daripada dasar “Islamifikasi” AKP secara pasif atau perayaan tulen sejarah Turki. Syarikat produksi Derilis Ertugrul dipercayai rapat dengan Parti AKP Tetapi, jika kerajaan membenarkan orang ramai untuk sentiasa mengingati kehebatan dan pencapaian sejarah mereka, maka ramai akan merindukan prestasi yang sama berulang.

Ini berlaku di dunia Barat sepanjang masa. Di Amerika Syarikat, Britain dan Perancis, orang ramai sering diingatkan oleh media arus perdana mengenai betapa “hebatnya” nenek moyang penjajah mereka dalam membentuk dunia moden, memperkuatkan kepentingan global dan perluasan kuasa.

Tema konsisten tentang kempen ketenteraan, ukhwah Islamiah dan konsep jihad sebagai mekanisme untuk membebaskan daulah sedang ditanam ke dalam minda rakyat oleh rancangan berepisod seperti Dirilis Ertugrul dan Payitaht Abdulhamid.

Sultan Erdogan?

“Ketika Erdogan, seorang pemimpin Islam yang tidak apologetic, muncul 70 tahun selepas Kemalisme menyusut secara beransur-ansur, tidak dapat dielakkan bahawa ada yang menganggap dirinya dan AKP sebagai Uthmaniyah zaman moden.” Lapor journalist, Dilly Hussayn.

Dalam permusuhan yang semakin ketat antara Rusia dan Amerika Syarikat, Timur Tengah dan Eropah, Sunni dan Syiah, Islamisme dan liberalisme, situasi Turki menentukan politik dunia. Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan ialah pemimpin pro-Islam. Sejak tahun 2002, Erdogan telah menegaskan pendiriannya dalam politik domestik menggunakan cara ketenteraan dan diplomatik untuk mengukuhkan Turki sebagai kuasa serantau. Kudeta yang gagal pada tahun 2016 secara tidak langsung memberi Erdogan lesen memastikan ketenteraman dan kestabilan dengan ketegasan ‘Strongman’. Segelintir rakyat sampai menggelarnya ‘Sultan Erdogan’.

Menurut mustafa Akyol, seawal 2007 semasa AKP memerintah, beratus pegawai berfahaman sekular dipenjarakan. Suatu balasan atas pengkhianatan mereka kepada agama. Pada 25 April 2016, ahli parlimen Ismail Kahraman mengingatkan sidang media bahawa “sekular tiada tempat dalam perlembagaan baru, kerana Turki ialah negara islam dan kita memerlukan perlembagaan berlandaskan syariah.” Kedudukan Diyanet iaitu lembaga agama turut diperkukuhkan.

Satu penjelasan mengenai berakhirnya sekularisme di Turki, adalah apabila sosialisme dilihat sebagai intimidasi, di samping kapitalisme. Nilai-nilai Islam dipulihkan dalam sistem pendidikan. Islam dilihat paling sesuai untuk meneutralkan sebarang ancaman anasir asing.

Parti AKP bangga mengembalikan tradisi Ottoman yang dikuburkan Kemalisme. Majlis memperingati Perang Gallipoli, memperbanyakkan majlis sufi seperti hadrah, mengislah masjid, madrasah dan maqam, menyambut duta bersama dengan pengawal berseragam Ottoman, retorik kempen Erdogan dan Polisi Sosial AKP jelas membuka mata rakyat. Ini bukan romantisme. Ini adalah jati diri. Rakyat Turki berbangga menceritakan semula kisah kegemilangan sejarah mereka.

Erdogan telah menyarankan anak muda supaya berkahwin awal dan mempunyai ramai zuriat.  Pelarian daripada Rohingya, Palestin dan Syria dibantu Erdogan sepertimana tindakan Sultan Beyazid II yang menolong pelarian yahudi dan muslim Granada daripada pembunuhan pihak Kristian. Polisi ini mirip dasar-dasar Islam yang ditegakkan Uthmaniah.

Kemenangan pilihanraya 2018 oleh Erdogan & AKP telah meningkatkan autoritinya sebagai head of governance & head of state. Turki dengan populasi 80 juta jiwa, apabila menghidupkan kembali tradisi Uthmaniah, ia pasti menggelisahkan Eropah.

Bila dipalu genderang perang.

Peristiwa besar akhir zaman:

  • Kunci di Nusantara
  • Pintu di Konstantinopel
  • Kemuncak di Syam

عَنْ مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « عُمْرَانُ بَيْتِ الْمَقْدِسِ خَرَابُ يَثْرِبَ، وَخَرَابُ يَثْرِبَ خُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ، وَخُرُوجُ الْمَلْحَمَةِ فَتْحُ قُسْطَنْطِينِيَّةَ، وَفَتْحُ الْقُسْطَنْطِينِيَّةِ خُرُوجُ الدَّجَّالِ

Dari Muaz ibn Jabal r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib, kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-malhamah, permulaan al-malhamah merupakan tanda pembebasan Kostantinopel, pembebasan Kostantinopel merupakan tanda kemunculan Dajjal”. (HR. Abu Dawud dan lain-lain)

Mufti Islam di Cyprus merangkap guru mursyid Erdogan dari Tarekat Naqsyabandiah pernah berwasiat. Kata-kata tarbawi ini disampaikan kepada Necmatin Erbakan, Recep Tayyip Erdogan, para pemimpin Republik Turki dan ribuan pemuda Islam dalam sebuah majlis rasmi kerajaan, ‘Avrupa Mill Gorus Teskilati’ (National Perspective Organisation-Europe). Api semangat itu tidak pernah padam sehinggalah ke hari ini. Ia sentiasa menghangatkan roh islamis Turki.

Syeikh itu berucap:

“Hari ini ialah hari yang mulia. 1 Muharam 1415 Hijriah telah masuk dengan megah. Kerana ianya ulung, hiaslah dengan takbir! Bangkit!”

*semua hadirin bangun berdiri

*mereka semua bertakbir Allahu akbar! Allahu akbar!

“Laungkanlah takbir Uthmaniah!” Tidak cukup dengan sekali ‘Allahu akbar’.”

“Allahuakbar Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar,

Walillahilhamd

Allahuakbar Allahu akbar, LailahaillaAllah!

Allahuakbar Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar,

Walillahilhamd

Allahuakbar Allahu akbar, LailahaillaAllah!”

“Selawat dan salam kepada sultan dua dunia, punca diciptakan hari ini.

Sudah pasti kemenangan ialah milik Islam. Hadirin yang membanjiri di sini hanyalah petanda kecil. Keagungan Islam akan bangkit. Sekarang belum petanda sebenar. Bila sebenar-benar petanda tiba, dunia akan bergoncang. Datuk kita (Khilafah Uthmaniah) membuatkan dunia menggigil ketika menjulang panji Islam, dunia bergetar kerananya. Himpunan ini ialah memento kepada datuk kita. Hari ini membuktikan bahawa orang muda telah mengorak langkah menjaga dan melindungi warisan yang ditinggalkan datuk kita.

Malangnya, sepanjang 70 tahun ini kita gagal menjadi waris yang baik kepada legasi 600 kegemilangan datuk kita yang menjunjung sepanduk Islam. Kita telah ditimpa kelemahan dan kemunduran akibat kita tidak menjadi waris yang sepatutnya. Orang yang dapat mengeluarkan kamu dari kelemahan dan kemunduran ialah dirimu, wahai anak muda. Allahu akbar. Kamu ialah cucu cicit Uthmaniah. Kelak Uthmaniah yang akan membuatkan dunia menggigil lagi. Jikalau Uthmaniah tidak kembali, oramg kafir tidak dapat dijatuhkan sampai melutut.

Daripada menulis ‘Avrupa Mill Gorus Teskilati’ (National Perspective Organisation-Europe), lebih sesuai dituliskan ‘The New Ottoman National Perspective Organization-Europe’. Semoga Allah menjadikan presiden tersayang kita (Necmettin Erbakan), orang-orang yang berkhidmat, anak-anak muda, kamu semua saudara-saudara, anak, cucu bersatu di bawah satu bendera.

Sejarah terbina daripada pengulangan. Sudah pasti, zaman kegemilangan kita akan sampai. Hari esok hak milik Islam. حق  (kebenaran) bila tiba, باطل   (kejahatan) akan kalah. Jadi, jangan berputus asa.

Wahai orang beriman, palingkan hatimu kepada Allah. Selagi Allah bersama kita, kita tidak memerlukan Amerika, kita juga tidak perlukan orang kafir dari barat, kita pun tidak menjadi hamba mereka, kita tidak mengikut jejak mereka!”

Syeikh dan hadirin sama-sama berselawat.

“اللهم صلى على سيدنا محمد نبي أمي وعلى اله وصحبه وسلم.”

Rujukan:

  1. Dirilis Ertugrul
  2. “Turkey’s journey from secularism to Islamization: A capitalist story”. Your Middle East. May 23, 2016. Retrieved 2017-01-09.
  3. The New Sultan: Erdogan and the Crisis of Modern Turkey. Soner CagaptayApril 30, 2017. I.B.Tauris
  4. Garaudy, Roger. 1996. Zionis Sebuah Gerakan Keagamaan dan Politik.Jakarta: Gema Insani Press.
  5. Harb, Muhammad. 2013. Memoar Sultan Abdul Hamid II. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
  6. Herzl, Theodor. 1961. The Complete Diaries of Theodor Herzl. New York: Jewish Agency.
  7. Lapidus, M. Ira. Sejarah Sosial Ummat Islam Bagian Ketiga. Jakarta: RajaGrafindo Persada, 2000.
  8. Shallabi, Ali Muhammad Ash. 2014. Bangkit dan Runtuhnya Kilafah Utsmaniyah. Jakarta: Pustaka Al-Kautsar.
  9. Schoenman, Ralph. 2013. Di Balik Sejarah Zionisme. Yogyakarta: Mata Padi Presindo.
  10. https://mobile.nytimes.com/2017/05/14/opinion/erdogan-tv-show-turkey.html
  11. https://www.google.com/amp/s/metro.co.uk/2018/02/20/meet-your-new-jon-snow-sort-of-everything-you-need-to-know-about-engin-altan-duzyatan-in-ertugrul-the-resurrection-7327830/amp/
  12. https://www.google.com/amp/s/www.turkishminute.com/2017/05/19/erdogan-we-will-write-our-glorious-history-the-way-it-was/amp/
  13. http://www.middleeasteye.net/columns/turkey-tv-erdogan-akp-new-found-love-all-things-ottoman-297663742
  14. https://www.google.com/amp/s/amp.cnn.com/cnn/2018/06/24/europe/turkish-election-results-intl/index.html
  15. http://www.washingtoninstitute.org/policy-analysis/view/the-new-sultan-erdogan-and-the-crisis-of-modern-turkey
  16. http://wawasansejarah.com/sultan-abdul-hamid-ii/