Hubungan antara penyokong dan bola sepak boleh dikatakan seperti aur dengan tebing. Apalah erti bola sepak jika penyokong tidak dapat turut serta untuk memeriahkan suasana di dalam stadium.

Namun, impak covid 19 telah mengubah segalanya, yang dulunya stadium gegak gempita dengan lagu, sorakan dan jeritan tetapi kini hanya kedengaran suara pemain dan pengurus pasukan sahaja. Hal ini disebabkan oleh larangan kemasukkan ke stadium oleh badan penguat kuasa .

Namun badan penganjur bola sepak England, EPL hadir dengan satu inisiatif yang boleh dikatakan agak menarik kerana melakukan kerjasama dengan EA Sports untuk menggunakan “audio footage” dari permainan video FIFA untuk siaran lansung perlawanan liga mereka. Audio ini dikenali sebagai “Atmospheric audio”.

Audio ini digunakan untuk menggantikan suara penyokong yang tidak dapat hadir ke stadium tetapi ingin menyediakan stadium yang hampir sama kepada penonton perlawanan tersebut di kaca tv.

Agak menarik audio ini dimainkan dan dikawal oleh audio engineer supaya audio yang dimainkan sesuai dengan situasi yang berlaku. Contohnya jika berlalu kekasaran ataupun penalti, audio yang dimainkan adalah penyokong menjerit seperti membanntah keputusan pengadil .

Terdapat banyak situasi yang boleh menggunakan audio dari permainan video FIFA ini. Siaran TV Skysports juga menyambut baik idea ini dan bersedia untuk membantu menjayakan kaedah ini.

Perlawanan EPL pertama yang menggunakan audio ini adalah melibatkan Sheffield United menentang Aston Villa pada 17 June dahulu dan diikuti oleh perlawanan Manchester City dan juga Arsenal.

Tidak mahu ketinggalan Bundesliga dan La Liga juga menggunakan sistem audio yang sama untuk liga mereka. Perkara yang membezakan antara liga jerman dan liga inggeris ialah liga jerman menambah baik dengan menggabungkan audio perlawanan- perlawanan sebelum ini.

EPL akan bersambung musim baru 20/21 pada 12 September nanti, adakah EPL akan masih menggunakan “Atmospheric Audio” ? Sama sama kita nantikan, yang pasti juara liga pasti akan bertukar tangan.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan dalam bidang perbankan dan kewangan islam. Atlet kebangsaan untuk sukan esports. Menjadi juara Asia Tenggara 3 tahun berturut turut.

Comments are closed.