Semasa Conquistador (ekspedisi t3ntera dan peneroka Sepanyol) tiba di Mexico pada tahun 1519, populasi rakyat Mexico yang ketika itu ditadbir Tamadun Aztec berjumlah antara 15 hingga 30 juta orang. Tetapi menjelang 1600, populasi mereka berkurangan mendadak kepada dua juta orang sahaja.

Antara punca yang menyumbang kepada kemerosotan mereka ialah kempen peper4ngan antara pihak Sepanyol dengan suku Aztec, penularan wab4k cacar dan kebuluran. Tetapi hasil penilaian semula data sejarah, 60-70% kemat1an sebenarnya disumbang oleh wabak misteri yang dikenali sebagai Cocolitzli oleh orang Aztec.

Epidemik Cocolitzli dianggap ramai penyelidik sebagai epidemik penyak1t paling buruk dalam sejarah Mexico. Apabila ia muncul buat kali pertama pada tahun 1545, dianggarkan lima hingga 15 juta orang atau 80% populasi terbunvh dalam tempoh tiga tahun. Sejak itu, ia muncul secara berskala besar pada 1576,1736 dan 1813.

Selain itu, ia turut membuat kemunculan berkala pada 1559, 1566, 1587, 1592, 1601, 1604, 1606, 1613, 1624, dan 1642. Semasa abad ke-17, ke-18 dan ke-19, Cocolitzli turut dikenali dengan satu nama lain iaitu Matlazahuatl. Kali terakhir epidemik demam berdar4h dilaporkan di Mexico ialah pada tahun 1815.

Bagi para doktor sama ada berdar4h orang asli atau Sepanyol, Cocolitzli dianggap misteri kepada mereka sebelum tahun 1545. Menurut keterangan mereka pada ketika itu, penyak1t ini mempunyai jangka hayat pendek sekitar tiga hingga lima hari. Ia bermula dengan demam panas, vertigo, sakit kepala yang teruk, rasa haus yang teramat, mata merah dan nadi pesak1t menjadi lemah.

Selain itu, pesak1t juga mengalami penyak1t jaundis yang teruk, tidak senang duduk, mudah risau dan gila dengan keadaan mereka. Mereka tidak mahu badan mereka diselimuti dengan kain dan nodul akan muncul pada salah satu atau kedua-dua telinga. Nodul ini boleh membesar dan meliputi kawasan leher dan separuh daripada muka mereka. Apabila nodul ini dicucvk, ia akan mengeluarkan nan4h yang berbau busvk.

Pesakit juga akan mengadu sak1t kuat pada bahagian abdomen dan dada, ulser di bahagian bibir dan alat sulit. Darah kemudiannya keluar pada bahagian anvs, mata, telinga, v4gina dan hidung. Apabila bahagian abdomen membengk4k atau warna air kencing bertukar gelap, itu menandakan keadaan pesak1t semakin buruk.

Dalam sesetengah bed4h siasat yang dijalankan, doktor turut menemui organ dalaman pesak1t mengalami perubahan signifikan selepas dijangkiti Cocolitzli. Antara penemuan mereka ialah bahagian hati menjadi lebih besar dan keras, pendarahan pada bahagian paru-paru dan splenomegali. Menariknya, tiada seorang doktor dijangkiti penyak1t ini semasa menjalankan bed4h siasat ke atas pesakit-pesakit mereka.

Cocolitzli dianggap merbahaya dan membawa mavt kepada populasi orang asli tetapi memberi sedikit kesan kepada orang Sepanyol. Penyakit ini mempunyai sedikit elemen polimorfisme di mana demam dan jaundis sentiasa ada tetapi ia berbeza-beza dari segi kekerapan dan kekuatan jangkitan.

Yang pasti, bagi mana-mana bekas pesakit, Cocolitzli mengakibatkan mereka menjadi kurus kering dan tak berdaya langsung. Melihat kepada tahun-tahun kemunculan Cocolitzli, tidak mustahil bekas pesak1t dijangkiti semula sekaligus membawa kepada kemat1an mereka. Bagaimanapun, Cocolitzli tidak memberi kesan kepada haiwan-haiwan ternakan.

Berdasarkan dokumentasi kerajaan Sepanyol, epidemik Cocolitzli dan impaknya dapat dilihat dengan jelas pada tahun 1576. Pada awalnya, Cocolitzli hanya berlegar sekitar Lembah Mexico City apabila ia dilaporkan pada April 1576. Menjelang Ogos, ia tersebar sekitar Culhuacan (20 km tenggara Mexico City) dan Tecamachalco (100 km timur Mexico City). Pada ketika itu, tidak banyak kes jangkitan dan kemat1an dilaporkan.

Namun begitu, semua ini berubah sebulan kemudian semasa musim hujan berada di kemuncaknya. Pada ketika itulah, jangkitan Cocolitzli menular ke banyak tempat dari bahagian tengah Mexico hingga ke Sonora dan Guatemala dalam tempoh beberapa minggu. Bulan September turut menyaksikan pertambahan kes kemat1an membabitkan Cocolitzli termasuk di tempat-tempat yang baru menyaksikan permulaan penularan epidemik tersebut.

Bilangan kes kemat1an tertinggi dilaporkan dari September 1576 hingga Mac 1577 sebelum bilangan kes kemat1an kembali stabil. Di bandar-bandar kecil, 20 hingga 40 orang dilaporkan mat1 setiap hari dengan kota-kota besar pula mencatatkan ratusan kemat1an.

Menjelang Oktober 1577, bilangan kemat1an akibat Cocolitzli mula menunjukkan penurunan sebelum ia diisytiharkan tamat secara rasmi pada Disember 1578. Pada musim hujan Ogos 1579, Cocolitzli kembali semula menghantui penduduk tetapi bilangan kes kemat1an yang dilaporkan sedikit. Ia terus muncul secara berkala sehingga April 1581.

Sehingga hari ini, ramai pakar dan saintis masih berdebat tentang asal-usul Cocolitzli selama 500 tahun. Tetapi semua itu berubah menerusi penerbitan sebuah kajian yang bertajuk Nature Ecology and Evolution pada tahun 2018. Dalam kajian tersebut, pasukan penyelidik yang diketuai Ashild Vagene merumuskan salmonella merupakan dalang sebenar Cocolitzli.

Rumusan ini dibuat selepas mereka menemui Salmonella enterica atau lebih tepat subset Paratyphi C dalam DNA 10 individu berbeza di satu-satunya tapak pengebumian yang ada kaitan dengan Cocolitzli di Teposcolula-Yucundaa. Mereka melihat jenis bakteria ini boleh mencetuskan demam enterik yang hampir sama dengan tifoid.

Walaupun jenis salmonella yang spesifik agak sukar ditemui hari ini, tetapi ia masih boleh menular dengan kaedah jangkitan yang sama. Menurut Vagene, mana-mana makanan atau air yang tercemar dengan jenis kuman ini boleh membawa maut kepada sesiapa yang makan atau minum bahan tercemar itu. Mangsa akan mengalami demam, muntah-muntah dan ruam pada badan.

Ramai pakar dan saintis bersetuju Cocolitzli ini sebenarnya sejenis penyakit bawaan dar4h berdasarkan keterangan pakar-pakar perubatan pada abad ke-16. Tetapi untuk membuktikannya bukan sesuatu yang mudah kerana ketiadaan bukti fizikal. Justeru, pasukan penyelidik memilih mengambil sampel DNA pada gigi 24 rangka orang asli yang berusia 500 tahun sebagai bahan kajian.

Semua sampel DNA ini melalui proses jujukan analisis DNA yang dipanggil MALT. MALT akan memadankan mana-mana sampel patogen yang telah dikelaskan dengan sampel-sampel yang dianalisis. Dan hasilnya sangat mengejutkan. Daripada 24 rangka, 10 daripadanya mempunyai kesan salmonella.

Selain itu, mereka turut menguji semua sampel untuk melihat sama ada rangka mempunyai hubungan dengan orang Eropah semasa hayat mereka. Ini termasuklah menguji lima rangka yang ditanam sebelum kedatangan pihak Eropah di Mexico. Hasilnya, sampel DNA kelima-lima rangka berkenaan langsung tidak mempunyai kesan salmonella.

Jadi, dengan keputusan analisis, adakah ia benar-benar mengesahkan orang Eropah bertanggungjawab mencetuskan epidemik penyakit paling buruk di Mexico itu? Jawapannya ya dan tidak. Apabila mereka tiba di Dunia Baru (gelaran yang diberi kepada benua Amerika), rekod sejarah menunjukkan mereka membawa penyak1t berjangkit seperti cacar dan rubela.

Apabila orang asli dijangkiti penyak1t sebegini, ia memberi kesan besar kepada mereka kerana mereka tiada imuniti terhadap penyakit-penyakit itu. Justeru, tidak mustahil perkara sama menimpa mereka apabila Conquistador mendarat di Mexico pada tahun 1519.

Begitupun, pasukan penyelidik tidak menolak kemungkinan penyakit ini sebenarnya sudah ada di Mexico dan dibawa lebih awal dari Eropah 200 tahun sebelumnya. Ini berdasarkan penemuan jenis salmonella pada DNA rangka seorang wanita berdarah Norway yang meninggal dunia pada tahun 1200. Bagaimanapun, belum ada bukti yang menyokong teori tersebut.

Untuk mengesahkan sama ada salmonella merupakan dalang sebenar Cocolitzli, lebih banyak kajian dan pengambilan sampel perlu dilakukan dari pelbagai tapak bersejarah di Mexico. Begitupun, dua pakar yang tidak terlibat dengan kajian tersebut melihat banyak faktor yang menyumbang kepada kemusnahan dahsyat yang ditinggalkan oleh Cocolitzli.

Caitlin Pepperell dari Universiti Wisconsin-Madison melihat faktor-faktor seperti gangguan bekalan makanan, kebuluran, perubahan populasi penduduk dan pemindahan semula. Sementara Anne Stone dari Sekolah Evolusi dan Perubahan Sosial Universiti Negeri Arizona pula merasakan Cocolitzli mempunyai asal-usul dari Eropah kerana ia bersifat baru dan memberi kesan kepada penduduk. Dan dia merasakan cara terbaik membuktikan hipotesisnya ialah dengan menguji lebih banyak sampel DNA.

Pandangan kedua-dua saintis itu dipersetujui Vagene yang melihat tapak-tapak pengebumian Cocolitzli sebagai kunci persoalan asal-usul penyakit itu. Selagi tapak-tapak ini tidak dikenalpasti, saintis hanya boleh berhipotesis dan meneka asal-usul epidemik terburuk dalam sejarah Mexico itu.

RUJUKAN:

Acuna-Soto, R. (2004). When half of the population d*ed: The epidemic of hemorrh*gic f*vers of 1576 in Mexico. FEMS Microbiology Letters. 240(1):1-5

Vågene, Å.J., Herbig, A., Campana, M.G. et al. Salmonella enterica genomes from vict*ms of a major sixteenth-century epidemic in Mexico. Nat Ecol Evol 2, 520–528 (2018). https://doi.org/10.1038/s41559-017-0446-6

Gibbens, S. (2018). What W*ped Out the Aztecs? Scientists Find New Clues. National Geographic.

Agence France-Presse (2018) 500 years later, scientists discover what probably k*lled the Aztecs, The Guardian


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Graduan Diploma Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan, Ranaco Education & Training Institute (RETI). Bidang penulisan sebagai pengisian masa lapang. Minat dalam bidang psikologi pekerjaan dan teknologi bangunan. "Hidup tak pernah adil. Tindak balas kita berbeza." - Azam Abu Bakar, 2019

Comments are closed.