Enjin Yang Mampu Alihkan Seluruh Sistem Suria

707

Enjin stelar merupakan struktur mega hipotetikal yang mampu menggerakkan sistem suria (solar system) kita ke mana-mana tempat yang kita sukai sekiranya kita berhasrat untuk berada di kejiranan kosmik yang berbeza.

Anda bayangkan, sistem suria kita bergerak dengan sendirinya melalui orbitnya mengelilingi pusat galaksi sepertimana Bumi beredar mengelilingi Matahari.

Kemudian, kita membina satu mesin yang mampu kita gerakkan seluruh sistem solar kita ke galaksi lain.

Dalam video yang diterbitkan di saluran Kurzgesagt, kita dapat kenali serba sedikit mesin seperti ini yang dipanggil sebagai “Caplan Thruster” yang menggunakan tenaga Matahari secara langsung untuk menggerakkan Matahari itu sendiri ke seluruh galaksi.

Tetapi apa keperluan ahli fizik untuk cuba membina enjin seperti ini?

Walaupun kita telah selesa tinggal di Bumi, kita perlu tahu alam semesta adalah entiti fizikal yang dinamik. Bumi berkemungkinan mempunyai risiko dilanggar asteroid ataupun terkena tempias letupan bintang supernova.

Enjin tersebut akan berada di lokasi yang berhampiran dengan Matahari. Medan electromagnet digunakan untuk mengumpulkan tenaga hidrogen dan helium daripada angin suria Matahari yang digunakan sebagai bahan bakar.

Terbaru: Fiksyen Mahakarya

Dua jet berkuasa akan digunakan – satunya menggunakan helium yang akan menggerakkan Caplan Thruster ke hadapan.

Satu jet lagi menggunakan hidrogen yang bertanggungjawab untuk memastikan jarak antara enjin tersebut dengan Matahari dan juga untuk menggerakkan enjin tersebut ke hadapan.

Angin suria sahaja tidak cukup untuk menjadi bahan bakar. Maka kita perlukan struktur sfera Dyson yang digunakan untuk meningkatkan suhu cahaya Matahari yang sekaligus meningkatkan kuasa output.

Berita baiknya ialah, apabila lokasi Matahari beranjak, planet-planet dalam sistem Suria seperti Bumi, Marikh, Musytari, Utarid dan lain-lain turut beranjak sama dengan kadar graviti yang sama.

Maka, kita tidak perlu untuk gerakkan sekali planet-planet lain. Cukup sekadar menggerakkan Matahari. Enjin Caplan Thruster ini seolah-olah seperti pesawat angkasa yang menggerakkan seluruh sistem suria.

RUJUKAN:

  1. Caplan, M. E. (2019). Stellar engines: Design considerations for maximizing acceleration. Acta Astronautica165, 96-104.
  2. https://www.sciencealert.com/what-is-a-stellar-engine-and-could-it-help-us-escape-a-supernova
Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.