Selepas peristiwa karamnya Titanic , keselamatan kapal mula berkembang agar peristiwa tersebut tidak berulang semula. Namun, dua tahun selepas peristiwa Titanic, kejadian serupa berlaku di Kanada.

Dibina di limbungan kapal Syarikat Perkapalan Dan Kejuruteraan Fairfield, Scotland pada 1904, RMS Empress Of Ireland direka oleh Francis Elgar dan dibina untuk kapal penumpang berkelajuan sederhana. Kapal ini kemudiannya siap pada 1905 dan direka untuk membawa kapasiti 1500 orang penumpang.

Dari segi keselamatan, kapal ini dilengkapi pintu penghadang air dan direka untuk terapung jika dua bahagian hadapan kapal dimasuki air. Namun, selepas kejadian Titanic, keselamatan kapal ini telah dinaiktaraf seperti bot keselamatan ditambah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Empress Of Ireland memulakan pelayaran sulungnya pada 29 Jun 1906 dari Liverpool ke Quebec. Pelayaran tersebut berjalan dengan jayanya dan sejak itu, laluan Liverpool – Quebec menjadi laluan utama RMS Empress Of Ireland. Dari pelayaran pertama hingga yang terakhir, Empress Of Ireland berjaya membawa sejumlah 200 ribu penumpang berulang alik dari England ke Kanada.

Pada 28 Mei 1914, RMS Empress Of Ireland melakukan pelayarannya ke 96 dari Quebec ke Liverpool dengan membawa 1057 penumpang. Antara penumpang tersebut ialah Kolonel Robert Bloomfield dari Rejimen Ke-3 Tent3ra New Zealand bersama anak dan isteri, Laurence Irving, anak kepada pelakon Sir Henry Irving, bekas Ahli Dewan Rakyat United Kingdom, Sir Henry Seaton Karr, Henry Lyman, pengasas Lyman Pharmaetuical yang mana syarikat farmasi terbesar di Kanada dan Wallace Palmer, penyuting akhbar Financial Times. Kapal ini juga turut membawa 170 tent3ra sukarelawan bagi menghadiri Persidangan Tent3ra Sukarelawan ke-3 di London.

Kapten Henry Gorge Kendall

Ketika pelayaran ini berlangsung, kapal ini dibawah penyeliaan Kapten Henry George Kendall yang kali pertama dilantik menjadi kapten kapal itu. Mereka bergerak dari Quebec pada jam 4 petang.

Pada jam 1.56 pagi, apabila kapal tiba di Pointe Au Pere, Quebec, kapal ini berlanggar dengan sebuah kapal Norway, Storstad. Walaupun Storstad mengalami kerosakan yang teruk, kapal tersebut masih mampu terapung dan tidak bagi Empress Of Ireland. Kesan pelanggaran tersebut membuatkan bahagian sisi kapal dimasuki air dengan cepat.

Kesan pelanggaran Storstad

Empress Of Ireland kemudian karam 14 minit kemudian dan menelan korb4n seramai 1012 orang. Mereka kebanyakannya mat1 lemas kerana sewaktu pelanggaran, ramai di antara mereka sedang tidur. Ada juga yang m4ut disebabkan hiportemia

Mereka yang terselamat diselamatkan oleh Storstad, Eureka dan Evelyn. Antara yang terkorb4n termasuklah Sir Henry Karr, Gabenor Suva, Gabriel J Marks dan  Leftenan Charles Lindsay Claude Bowes-Lyon yang merupakan sepupu Ratu Elizabeth.

Lakaran pelanggaran RMS Empress Of Ireland

Walaupun kejadian Empress Of Ireland ini tidak terkenal sebagaimana Titanic, namun setelah daripada peristiwa ini, keselamatan bahagian hadapan kapal ditambah baik pada kapal-kapal seterusnya. Selain itu, dengan menelan k0rban yang agak banyak, peristiwa tenggelamnya kapal Empress Of Ireland ini layak digelar Titanic Of Canada dan dianggap sebagai kemal4ngan maritim terburuk di Kanada. Sebagai memperingati peristiwa ini, dua monumen telah dibina di Rimouski dan beberapa lagi di Quebec.

salah sebuah monumen peringatan mengenang m4ngsa RMS Empress Of Ireland

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Titanic - Politik - Filem Klasik

Comments are closed.