Empayar Uthmaniyyah Memulakan Kajian Mengenai Vaksin

1,704

https://shopee.com.my/thepatriotsasia

“Dalam sains, kredit diberikan kepada orang yang meyakinkan dunia, bukan orang yang pertama menemui idea.”

Edward Jenner secara umumnya dikenali di seluruh dunia kerana sumbangan inovatifnya terhadap kaedah moden imunisasi dan pencegahan cacar. Hasil kerja Jenner secara meluas dianggap sebagai asas imunologi walaupun pada hakikatnya dia bukanlah pihak yang terawal membuktikan bahawa jangkitan cacar tertentu memberi kekebalan spesifik kepada cacar air atau orang yang pertama yang mencuba kaedah inokulasi cacar untuk tujuan ini.

Pada tahun 1715 ketika seorang wanita bangsawan Inggeris bernama Mary Wortley Montagu dijangkit peny4kiti cacar, dia hanya mengalami kerosakan pada wajah cantiknya yang berpanjangan, tetapi dia kehilangan adik kandungnya akibat peny4kit yang sama tidak lama kemudian. Apabila suaminya dilantik sebagai duta besar untuk Empayar Uthmaniyyah beberapa tahun kemudian, Lady Mary menemui penawar terhadap peny4kit yang pernah membuat dia mend3rita.

Dalam surat yang diutuskan kepada seorang kenalannya, dia mulakan dengan kenyataan, “Aku akan memberitahu kamu perkara yang akan buat kamu ingin berada di Istanbul,” Montagu memberitahu rakannya bahawa Uthmaniyyah telah mencegah kontraksi cacar dengan kaedah variolasi iaitu kaedah inokulasi (kaedah membina imuniti secara artifisial terhadap peny4kit berjangkit) yang pertama kali digunakan untuk mengimunisasi individu dan melawan cacar (Variola). Ini adalah berita yang sensasi kerana pada waktu itu ratusan ribu orang m4ti setiap tahun di Eropah akibat dijangkiti cacar.

Imej menunjukkan proses vaksinasi yang dilakukan Jenner

Lady Mary bermula dengan mengarahkan pakar bedah kedutaan untuk melakukan proses inokulasi terhadap anak kecilnya, kemudian beberapa tahun kemudian setelah kembali ke London, dia melakukan beberapa percubaan dengan doktor yang sama dan setelah hasilnya berjaya, kaedah imunisasi resepi dari Uthmaniyyah meraih penerimaan yang besar dan tersebar meluas. Secara ringkasnya, Lady Montagu menggabungkan penderit4annya, akalnya dan jiwa patriotisme untuk membawa resepi penawar dari Uthmaniyah ke Barat.

Gambar hiasan

Pengalaman Uthmaniyyah dalam kajian vaksinasi tidak terhad kepada peny4kit cacar.  Pada tahun 1885 ketika Sultan Abdülhamid II mengetahui bahawa Louis Pasteur telah menemui penawar untuk peny4kit rabies yang berleluasa pada abad ke-19, dia segera menghantar sekumpulan saintis ke Paris untuk menerima latihan ilmu vaksinasi rabies, baginda turut memberi penghargaan kepada Pasteur. Setelah kumpulan ini pulang ke tanah air pada tahun 1887, mereka menubuhkan Institut Rawatan Rabies. Berkat hasil pertukaran teknologi pada masa itu.

Pada tahun 1893 sebuah lagi institusi mikrobiologi ditubuhkan dan pelbagai vaksin untuk peny4kit seperti demam kepialu dan disentri dimajukan dalam tempoh beberapa tahun berturut-turut. Uthmaniyyah meneruskan penyelidikan vaksin tanpa gangguan walaupun pada tahun-tahun terakhir mereka dan sewaktu terlibat dalam beberapa peper4ngan.

Warisan ini terus dilestarikan pada tahun-tahun awal era Republik dan setiap kepentingan yang ditumpukan kepada kajian terhadap vaksin terus kekal berlanjutan.  Institut Kebersihan yang ditubuhkan pada tahun 1928, tidak terbatas sekadar memenuhi keperluan inokulasi dalam negara Turki sahaja tetapi Turki juga mengirim bekalan vaksin ke China ketika negara itu menghadapi w4bak cholera akibat per4ng.

Pusat ini kemudian menghasilkan hampir 20 jenis vaksin menjelang tahun 1940-an, termasuk vaksin untuk demam berdarah dan tuberkulosis (batuk kering). Malah vaksin tifus pertama di dunia turut dikembangkan di sini. Namun, menjelang akhir tahun 1990-an pengeluaran vaksin dihentikan di Institut Kebersihan atau di Turki secara amnya.

Edward Jenner

Sekiranya anda tidak percaya dan cuba mencari punca di sebalik terhentinya pengeluaran vaksin di Turki, anda akan menemui senarai panjang pelbagai versi cerita berkenaan keputusan tersebut, bermula dari pengemaskinian teknologi, hingga kepada skandal vaksin yang rosak kerana palam peti sejuk tersilap ditarik ketika kakitangan bercuti pada perayaan Bayram.

Kisah ini menjadi mitos kerana agak sukar nak difahami bagaimana ilmu yang telah dikhususkan oleh negara mereka selama berabad-abad boleh diperlakukan sebegitu cuai. Namun, sehingga kini, pelbagai versi penjelasan telah muncul melibatkan kisah kesilapan teknikal ini. Apa yang pasti, kesilapan itu telah menyebabkan Turki berhenti menghasilkan vaksin hampir tiga dekad lamanya, dan dekad 1990-an digelar sebagai “zaman kemerosotan” Turki kerana kemunduran mengejut ini.

RUJUKAN:

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.