Senarai empayar terhebat mengikut garis masa. Pendapat penulis sahaja. Pembaca juga boleh memberikan pandangan bagi bertukar-tukar pendapat.

TAHUN KEMUNCAK KERAJAAN

 

GELARAN RINGKASAN
LOKASI PEMIMPIN TERKENAL
3150-2880 BC Kerajaan Mesir Purba Firaun Kerajaan pertama Mesir yang menyatukan Mesir
Mesir Narmer
2880-2500 BC Dinasti Pertama Uruk atau Sumeria Raja Antara kerajaan besar awal di Mesopotamia. Mencapai zaman kemuncak ketika era Raja Gilgamesh. Sesetengah sejarawan berpendapat Nabi Nuh hidup pada zaman ini berikutan terdapat beberapa persamaan antara kisah banjir Nabi Nuh dengan kisah banjir dalam kitab Epik Gilgamesh.
Mesopotamia Gilgamesh
2500-2320 BC Harappa Raja Mempunyai wilayah kerajaan yang luas di sekitar delta Sungai Indus
Sungai Indus Sami
2320-2205 BC Empayar Akkadia Raja Empayar yang sangat berkuasa dan hebat di wilayah Mesopotamia. Pengasasnya iaitu Sargon dan penggantinya berjaya membina empayar yang kuat.
Mesopotamia Sargon the Great, Naram-Sin
2205-2061 BC Empayar Sumeria Raja Pengganti kepada Dinasti Sargon yang memerintah empayar Akkadia. Terdiri daripada Dinasti Gutian dan Dinasti Ketiga Ur
Mesopotamia Inkishush
2061-1792 BC Mesir Pertengahan Firaun Zaman penyatuan semula Mesir
Mesir Mentuhotep II
1792-1673 BC Babylon Raja Raja Hammurabi yang paling terkenal dengan pengenalan kepada undang-undang Kod Hammurabi.
Mesopotamia Hammurabi
1673-1550 BC Dinasti Shang Tidak jelas Dinasti kedua dalam sejarah China yang mempunyai wilayah kekuasaan yang luas
China
1550-1077 BC Mesir Baru Firaun Empayar Mesir Baru merupakan empayar Mesir yang paling popular dalam sejarah dan paling kuat. Ramai firaun yang terkenal dari empayar ini. Menurut sesetengah sejarawan, Nabi Musa di percayai hidup pada zaman ini.
Mesir Ramasses I, Ramasses III, Tutankhamun, Ahmose I
1077-1046 BC Empayar Assyria Pertengahan Raja Ramai raja-raja yang hebat dan berjiwa penakluk ketika era Pertengahan empayar Assyria
Mesopotamia-Levant Ramai, antaranya Tukulti-Ninurta I
1046-771 BC Dinasti Zhou Raja Empayar kemuncak pada zaman gangsa China
China Wu
771-609 BC Empayar Baru Assyria Raja Empayar terbesar di dunia yang pernah di lihat. Wilayah taklukan dari Anatolia di utara, Parsi di timur, hingga ke Mesir di barat
Timur Tengah Esarhaddon, Sargon II
609-550 BC Empayar Baru Babylon Raja Menakluk dan meruntuhkan Empayar Baru Assyria
Mesopotamia-Levant Nabupolassar
550-336 BC Empayar Hakhamanish (Achaemenid) atau Empayar Parsi Raja segala Raja Merupakan empayar raksasa pertama yang menakluk dari timur ke barat. Empayar in juga di gelar “the single power in the world” berikutan tiada lagi empayar yang luas dan hebat ketika itu. Kairos the Great merupakan antara calon yang di sebut-sebut sebagai Zulqarnain dalam al-Quran kerana keupayaannya membina empayar yang luas dan sikapnya yang tidak kejam seperti pemimpin lain. Empayar ini juga sering mengganggu negeri-negeri Greek hingga wujudnya Perang Greek-Parsi.
Timur Tengah Kairos II (Cyrus) the Great,

Kambujiya II (Cambyses), Dariush I (Darius) the Great

336-320 BC Empayar Makedonia (juga di kenali sebagai Empayar Iskandar) Raja, Firaun (di Mesir) Empayar bangsa Greek yang merupakan empayar raksasa kedua yang menguasai hampir semua daripada dunia yang di kenali ketika itu. Iskandar berjaya meruntuhkan empayar Parsi hanya dalam masa 6 tahun. Pertempuran Gaugamela menentang Parsi antara pertempuran paling epik dalam sejarah dunia. Iskandar juga antara calon yang di sebut sebagai Zulqarnain dalam al-Quran.
Balkan, Timur Tengah, Asia Tengah, India Iskandar III the Great
320-221 BC Empayar Maurya atau Empayar India Maharaja Empayar terbesar dalam sejarah India, menguasai lebih 90% benua India hingga ke perbatasan Parsi.
India Candragupta Maurya, Ashoka the Great
221-207 BC Dinasti Qin atau Empayar China pertama Maharaja Menyatukan seluruh negara China yang berpecah. Qin Shihuang memakai gelaran maharaja pertama China
China Qin Shihuang (atau Shihuang Di)
206-165 BC

132-87 BC

Dinasti Han Maharaja Empayar dari bangsa Han. Antara dinasti yang paling popular dan paling kuat dalam sejarah China. melahirkan ramai maharaja dan menteri yang hebat seperti Cao Cao.
China Gaozu (Liu Bang), Wu (Liu Che)
165-132 BC Empayar Ashkaniyyah (Parthian Empire) atau Empayar Arsak atau Empayar Parsi Shahanshah (Raja segala Raja) Kemuncak ketika pemerintahan Mehrdad I antara tahun 165 hingga 132 BC. Beliau juga di gelar jelmaan Kairos the Great
Iran-Mesopotamia Arshak (Arsaces) I, Mehrdad (Mithridates) I
87-27 BC Republik Rom Tribun Konsul Republik Rom merupakan salah satu kerajaan yang wujud dalam Tamadun Rom. Republik Rom mencapai kemuncak ketika pemerintahan diktator Julius Caesar. Selain itu, Republik Rom juga melahirkan ramai jeneral yang hebat seperti Scipio Africanus yang mengalahkan Hannibal Barca (salah seorang pemimpin terulung dalam sejarah dunia) dari Empayar Qarthadast atau Carthaginian dalam Perang Punik
Kawasan pesisir Laut Mediterranean, Iberia, Gaul (Perancis) Julius Caesar, Pompey the Great
27 BC-337 CE Empayar Rom Maharaja Empayar Rom merupakan salah satu daripada empayar teragung dalam sejarah dunia. Banyak sumbangan empayar Rom dalam kemajuan peradaban dunia. Zaman empayar Rom juga merupakan zaman Keemasan Eropah. Zaman ini juga di kenali sebagai Pax Romana atau zaman Kemuncak Kemakmuran Rom. Pemerintahan Trajan merupakan zaman kemuncak Empayar Rom
Sebahagian besar Eropah, Afrika Utara, Levant Constantine I the Great, Augustus, Zeno, Trajan, Tiberius, dan ramai lagi
337-379 CE

498-527 CE

565-625 CE

Empayar Sasaniyyah (Eranshahr) atau Empayar Baru Parsi Shahanshah (Raja segala Raja) Empayar Sasaniyah di asaskan oleh Ardashir merupakan empayar gergasi Parsi yang merupakan musuh utama Empayar Rom. Empayar Sasaniyah mencapai zaman kemuncak ketika pemerintahan Shapur II (309-379 CE) dan pada abad ke-6. Empayar ini tumbang sepenuhnya di tangan Khulafa Arrasyidin
Timur Tengah Shapur II the Great, Kisra (Khosrou) I, Kisra II
379-498 CE Empayar Gupta atau Empayar India Maharaja Empayar Gupta di kenali sebagai Zaman Keemasan Tamadun India. Perkembangan ilmu pengetahuan, sains dan teknologi, serta agama Hindu-Buddha. Seni bina dan budaya turut berkembang
India Chandragupta I, Samudragupta, Chandragupta II
527-565 CE

625-636 CE

Empayar Rom Timur, atau Empayar Byzantine Maharaja Sinambungan daripada Empayar Rom yang berpecah kepada dua bahagian akibat perbezaan budaya dan agama iaitu Rom Timur dan Rom Barat. Rom Barat hanya bertahan hingga tahun 476 CE apabila hancur di serang bangsa nomad, manakala nasib berbeza bagi Rom Timur apabila kekal bertahan hingga tahun 1453 lebih seribu tahun. Zaman kemuncak Empayar Rom Timur ialah ketika pemerintahan Justinian I the Great (527-565 CE) apabila berjaya mengembalikan semula kegemilangan Empayar Rom dengan menguasai semula sebahagian besar bekas jajahan Empayar Rom yang di takluk oleh bangsa nomad. Selain itu, ketika pemerintahan Heraclius, baginda dapat menyelamatkan Rom yang hampir tumbang akibat amukan Parsi serta ancaman orang gasar.
Pesisir pantai Mediterranean, Anatolia Justinian I the Great, Heraclius
636-661 CE Khulafa ar-Rasyidin Khalifah Bagi penulis, Khulafa Arrasyidin merupakan empayar Islam terhebat dalam sejarah apabila berjaya menundukkan dua empayar gergasi ketika itu iaitu Empayar Rom Timur dan Empayar Parsi Sasaniyyah. Khulafa Arrasyidin hanyalah sebuah kerajaan kecil tetapi merebak dengan cepat hingga menguasai Timur Tengah. Antara kejayaan gemilang ialah mengalahkan Rom Timur dalam Pertempuran Yarmouk dan Parsi dalam Pertempuran al-Qadisiyyah, dua-dua pada tahun 636 CE. Khulafa Arrasyidin juga melahirkan ramai panglima perang yang hebat seperti Khalid al-Walid dan Saad Abi Waqqas
Timur Tengah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Usman bin Affan, Ali Abi Talib
661-750 CE Khilafah Umayyah atau Empayar Arab Khalifah Empayar Umayyah merupakan empayar Islam paling besar dalam sejarah, dan juga merupakan empayar paling besar yang pernah di lihat pada masa tersebut. Menguasai kira-kira 2/3 dunia yang di kenali ketika itu. Kemuncak kekuasaan ialah ketika pemerintahan al-Walid bin Abd Malik (705-715 CE) apabila tentera Islam berjaya menjejak kaki ke Eropah melalui Semenanjung Iberia.
Timur Tengah, Barat India, Afrika Utara, Iberia, selatan Perancis Muawiyah Abu Sufyan, al-Walid bin Abd Malik, Umar Ibn Aziz
750-800 CE

814-892 CE

Khilafah Abbasiyyah atau Empayar Arab Khalifah Zaman Empayar Abbasiyyah merupakan Zaman Keemasan Tamadun Islam dari segi perkembangan ilmu pengetahuan dengan Baghdad sebagai pusat ketamadunan dunia ketika itu. Kekuasaan Abbasiyah dalam politik semakin lemah apabila negeri-negeri kecil mula menuntut autonomi selepas tahun 861, dan kemudiannya di jajah sepenuhnya selepas tahun 945. Walaupun berjaya membebaskan diri dari kekuasaan asing pada tahun 1157, tetapi Khilafah tidak mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan dahulu. Khalifah hanya sebagai simbol sahaja sehingga di ambil alih oleh Uthmaniyyah pada tahun 1517.
Timur Tengah, Barat India, Afrika Utara Harun al-Rasyid, Jaafar al-Mansur, Abu Abbas al-Maamun
800-814 CE Empayar Perancis (mungkin juga Empayar Suci Rom) Maharaja Charlemagne the Great berjaya menyatukan negeri-negeri kecil Eropah hingga di gelar Bapa Eropah. Sesetengah sejarawan berpendapat baginda merupakan maharaja pertama Empayar Suci Rom
Tengah Eropah Charlemagne (Charles) the Great
892-969 CE Empayar Samaniyyah Amir Empayar Sunnah Parsi yang menguasai Asia Tengah dan Timur Iran. Kemuncak kekuasaan ialah ketika pemerintahan Amir Ismail Samani (892-907 CE)
Asia Tengah, Timur Parsi Ismail Samani
969-1002 CE Khilafah Fatimiyyah Khalifah Khilafah Fatimiyyah merupakan sebuah khilafah syiah Ismailiah yang menguasai Afrika Utara. Khilafah mencapai zaman kemuncak ketika pemerintahan Khalifah Abu Tamim al-Muizz (953-975 CE) apabila berjaya menguasai Mesir dan membina kota Kaherah yang kini merupakan bandaraya terbesar di Mesir. Empayar ini juga merupakan empayar yang terkuat di rantau Afrika Utara dan Asia Barat. Dan tidak lupa juga sumbangan empayar dalam pembinaan universiti agung iaitu Universi al-Azhar di Mesir.
Afrika Utara, Timur Tengah Abu Tamim al-Muizz
1002-1040 CE Empayar Ghaznawi Sultan Sebuah empayar bangsa Turki Mamluk yang berbudaya Parsi. Ketika pemerintahan Sultan Mahmud (1002-1030 CE), empayar mencapai zaman kemuncak apabila menguasai wilayah yang luas. Baginda juga antara penakluk ulung dalam sejarah dunia.
Asia Tengah, Timur Parsi, utara India Mahmud al-Ghazni
1040-1141 CE Empayar Turki Seljuk Sultan Empayar Turki Seljuk merupakan empayar bangsa Turki Oghuz yang berbudaya Parsi. Empayar ini merupakan empayar yang kuat dan besar ketika zaman kemuncaknya. Pertempuran Manzikert 1071 merupakan kejayaan gemilang Seljuk apabila berjaya mengalahkan Rom Timur dan menguasai wilayah Anatolia sepenuhnya dari Rom Timur. Menteri paling popular ialah Nizam al-Mulk yang membina universiti Nizamiyyah di Baghdad, antara universiti paling agung ketika itu.
Asia Barat, Anatolia, Asia Tengah Alp Arslan, Malik Shah, Tughril Beg
1141-1147 CE Kekhanan Mongol Qara Khitai Khan Kerajaan Mongol dari puak Khitan yang bangkit secara mendadak semasa pemerintahan Yelu Dashi. Beliau berjaya memalukan pasukan ketenteraan gabungan Turki Seljuk-Kara-Kakuwiyyah dalam Pertempuran Qatwan pada tahun 1141 CE. Kekalahan tersebut juga berakhirnya kegemilangan empayar Turki Seljuk.
Asia Tengah Yelu Dashi
1147-1174 CE Khilafah al-Muwahiddun Khalifah Al-Muwahiddun merupakan sebuah khilafah yang hebat di wilayah maghrib. Khilafah ini menggantikan Khilafah Al-Murabbitun yang semakin lemah selepas mengalami pelbagai masalah luaran dan dalaman. Khilafah juga berjaya menakluk al-Andalus.
Maghribi, Semenanjung Iberia Abdul al-Mukmin
1174-1206 CE Dinasti Ayyubiyyah atau Kesultanan Mesir Sultan Di asaskan oleh Salahuddin al-Ayyubi pada tahun 1171. Baginda berjaya menguasai Mesir pada tahun 1174 dan menamatkan pemerintahan Syiah Fatimiyyah di Mesir. Kejayaan gemilang baginda ialah berjaya mengalahkan angkatan pasukan tentera salib dalam Pertempuran Hattin dan membebaskan Palestine pada tahun 1187.
Timur Tengah Salahuddin al-Ayyubi
1206-1260 CE

 

Empayar Mongol Khagan (Raja segala Raja) Di asaskan oleh Temudjin selepas berjaya menyatukan puak-puak Mongol pada tahun 1206. Beliau memakai gelaran Genghis Khan dan mula menakluk timur dan barat. Empayar Mongol merupakan empayar daratan terbesar di dunia, dan menjadi empayar terbesar di dunia sehingga tahun 1922 selepas empayar British mengambil alih selaku empayar terbesar di dunia. Empayar Mongol sangat di geruni pada awal abad ke-13 kerana kekejaman terhadap musuh politik mereka. Selepas kemangkatan Khagan Mongke pada tahun 1259, empayar Mongol mula berpecah kepada 4 negeri utama iaitu Dinasti Yuan, Kekhanan Chagatai, Ilkhan, dan Altan Ord (atau Golden Horde). Zaman kekuasaan Mongol di kenali sebagai Pax Mongolica antara tahun 1250 hingga 1350.
Eurasia, Asia Barat Genghis, Ogedei, Mongke
1260-1279 CE Kesultanan Mesir atau Kesultanan Turki Mamluk Sultan Merupakan sambungan daripada Kesultanan Mesir dinasti Ayyubiyyah. Sumbangan terbesar ialah ketika mengalahkan bala tentera Mongol dalam Pertempuran Ain Jalut (1260) pimpinan Sultan Saifuddin dan Baybars. Mencapai zaman kemuncak ketika pemerintahan Sultan az-Zahir Baybars (1260-1277) apabila baginda berjaya menghalau Mongol dan tentera salib dari bumi Shams
Timur Tengah Saifuddin Qutuz, az-zahir Baybars
1279-1368 CE Empayar Mongol Dinasti Yuan atau Empayar Khan Agung Maharaja Dinasti Yuan merupakan sinambungan daripada Empayar Mongol sebelum berpecah kepada 4 negeri utama selepas kemangkatan Khagan Mongke. Dinasti Yuan juga sering di rujuk sebagai empayar utama Mongol kerana Yuan merupakan negeri Mongol paling besar dan kuat berbanding tiga lagi negeri yang lain.
Asia Timur Kublai Khan, Toghon Temur
1368-1370 CE

1405-1453 CE

Dinasti Ming atau Empayar China Maharaja Dinasti Ming merupakan empayar China yang terakhir di pimpin oleh bangsa Cina, dan antara empayar China yang popular dalam sejarah China. Di asaskan oleh Zhu Yuan Zhang yang melancarkan pemberontakan melawan bangsa Mongol. Antara tokoh yang terkenal Dinasti Ming ialah Laksamana Zheng He (Cheng Ho). Keamanan dalam negara menyebabkan pertambahan penduduk secara mendadak daripada 65 juta orang pada awal abad ke-15 kepada kira-kira 160 juta orang pada akhir pemerintahan Dinasti Ming
China Hongwu (Zhu Yuan Zhang), Yongle (Zhu Di)
1370-1405 CE Empayar Mongol Timuriyyah, juga di kenali sebagai Gurkaniyyah Amir Empayar Timuriyyah di asaskan oleh seorang keturunan Turko-Mongol bernama Timur. Beliau salah seorang daripada pemimpin terulung dalam sejarah dunia. Beliau mendakwa berasal daripada keturunan Genghis Khan. Beliau juga di gelar sebagai jelmaan Genghis Khan apabila membina empayar yang sangat luas sepanjang 35 tahun pemerintahan beliau. Antara kejayaan gemilang beliau ialah menewaskan Sultan Beyazid dari Kesultanan Uthmaniyyah dalam pertempuran Ankara (1402). Beliau juga merancang menakluk China bagi memulihkan semula empayar Mongol di China tetapi hajat tidak kesampaian kerana beliau meninggak dunia dalam perjalanan menuju ke China.
Asia Tengah, Asia Barat,  utara India, Anatolia Timur
1453-1498 CE

1512-1571 CE

Kesultanan Turki Uthmaniyyah Sultan

Khalifah

Empayar Uthmaniyyah mula di geruni ketika pemerintahan Sultan Beyazid “halilintar” yang berjaya menumpaskan gabungan Eropah dalam Pertempuran Nicopolis 1396. Kemudian, semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih yang di kenali sebagai “sang penakluk” di Eropah, baginda berjaya menumbangkan Empayar Purba iaitu Rom Timur dalam pengepungan Konstantinopal 1453, kemudian baginda menakluk negeri-negeri Balkan. Sejarawan juga berpendapat baginda bersiap sedia menakluk Rom tapi tidak kesampaian kerana mangkat. Kemudian, zaman Keemasan Uthmaniyyah bermula ketika era Sultan Suleiman al-Qanuni atau “the magnificent” di Barat. Uthmaniyyah berjaya membentuk pasukan armada laut terkuat di dunia yang di ketuai oleh Khairuddin Barbarossa yang mengalahkan pasukan gabungan Eropah (termasuk Sepanyol dan Portugis) dalam Pertempuran Laut Preveza.
Timur Tengah, Afrika Utara, Balkan Muhammad al-Fatih, Selim I, Suleiman al-Qanuni
1498-1512 CE Empayar Portugis Raja Empayar Portugis dan Sepanyol merupakan dua buah kuasa Barat terawal menjalankan ekspedisi penerokaan dan penjelajahan mengelilingi dunia, bagi mengelakkan perebutan wilayah, satu perjanjian telah di meterai iaitu Perjanjian Tordesillas pada tahun 1494 antara Sepanyol dan Portugis. Portugis berkuasa di sebelah timur, Sepanyol di sebelah barat. Zaman kemuncak empayar Portugis hadir selepas mereka melahirkan ramai tokoh pelaut yang handal seperti Vasco da Gama dan Alfonso de Albuquerque yang di gelar “the great conqueror”. Pada awal abad ke-16, mereka banyak menguasai bandar-bandar utama pesisir pandai dari Eropah hingga ke Jepun. Salah satu kota terulung yang berjaya di takluk oleh Portugis ialah Kota Melaka pada tahun 1511.
Portugal, bandar-bandar utama pesisir pantai dari Eropah-pesisir Afrika-India-Nusantara, Brazil Immanuel I
1571-1658 CE Empayar Sepanyol Raja Empayar Sepanyol terbentuk selepas pernikahan antara Raja Fernando dari Aragon dengan Ratu Isabella dari Castile. Empayar Sepanyol berkembang menjadi empayar di geruni dunia selepas penemuan benua Amerika oleh pelayar Sepanyol iaitu Christopher Columbus (atau di Sepanyol di panggil Cristobal Colon). Empayar Sepanyol mencapai kemuncak ketika pemerintahan Dinasti Habsburg* dan membentuk Kesatuan Iberia yang bergabung dengan Portugis dari tahun 1580 hingga 1640. Ketika itu, armada laut Sepanyol sangat kuat dan di geruni mana-mana kerajaan ketika itu. Empayar Sepanyol juga merupakan empayar pertama di gelar Empayar Matahari  Tidak Pernah Tenggelam, maksudnya wilayahnya yang sangat luas, jika di timur malam, di barat masih siang, jika di barat malam, di timur masih siang.

 

Nota tambahan: antara abad ke-16 hingga 18, Dinasti Habsburg sangat berpengaruh di Eropah, selain daripada menguasai politik Sepanyol dan Portugal kebanyakan dinasti-dinasti Eropah berasal daripada keturunan dinasti Habsburg seperti Empayar Suci Rom, Empayar Austria, Bohemia, Hungary, negeri-negeri Itali

Sepanyol, benua Amerika, Filipina Fernando-Isabella, Carlos I, Felipe II, III, IV
1658-1707 CE Empayar Mughal atau Gurkaniyyah atau Empayar India Maharaja Empayar Mughal merupakan sinambungan daripada Empayar Timuriyyah yang mengalami kejatuhan. Sesetengah sejarawan mendakwa Empayar Mughal dan Empayar Timuriyyah merupakan empayar yang sama dan mereka sama-sama di gelar Gurkaniyyah. Empayar ini menjadi sebuah empayar yang gemilang ketika pemerintahan Maharaja Jalaluddin Akbar the Great dan di teruskan oleh warisnya hingga ke pemerintahan Mahyuddin Aurangzeb (1658-1707), yang di gelar sebagai Alamgir yang bermaksud “the world conqueror”. Sejarawan berpendapat, pemerintahan Aurangzeb merupakan kemuncak empayar Mughal yang merupakan empayar terkuat di dunia ketika itu darisegi ketenteraan dan ekonomi. Pada tahun 1700, Mughal menguasai kira-kira ¼ daripada KDNK seluruh dunia, lebih besar daripada Dinasti Qing dan Eropah. Dan pada tahun tersebut juga mempunyai penduduk kira-kira 160 juta orang yang kedua paling ramai selepas Dinasti Qing
Benua India Aurangzeb the World Conqueror, Akbar the Great, Shah Jahan
1707-1736 CE

1747-1804 CE

Empayar Rusia Maharaja Empayar Rusia merupakan sinambungan daripada Tsardom Rusia yang di transformasi oleh Peter the Great (1682-1725) menjadi sebuah empayar dan menukar gelaran Tsar kepada Maharaja, Empayar Rusia juga merupakan salah satu daripada kuasa dunia pada abad ke-18 yang menguasai wilayah yang sangat luas. Empayar Rusia berkembang dan berada di kemuncak kekuasaan ketika pemerintahan Maharani Catherine the Great (1762-1796), ketika pemerintahannya baginda berjaya mengalahkan Uthmaniyyah dalam dua peperangan, dan melebarkan pengaruh ke wilayah Skandinavia.
Eropah Timur, Asia utara, Timur Jauh Pyotr (Peter) I the Great, Yekaterina (Catherine) the Great
1736-1747 CE Empayar Afshariyyah Shahanshah (Raja segala Raja) Di asaskan oleh Nader Shah dari puak Turki Afshar. Baginda merupakan panglima perang yang sangat pintar dan licik sehingga di gelar jelmaan Iskandar the Great. Baginda mempunyai jiwa penakluk seperti Genghis Khan, Amir Timur, dan Kairos the Great. Pada asalnya merupakan komander tentera Dinasti Safawiyyah dan kemudiannya berjaya menguasai tampuk pemerintahan dan menguasai Iran, dengan itu berakhirnya Dinasti Safawiyyah. Baginda berjaya mengekang asakan Empayar Rusia dan menyebabkan Rusia berundur daripada menguasai barat laut Laut Caspia, serta mengalahkan Uthmaniyyah dalam dua peperangan.  Pasukan tentera baginda juga mengalahkan Dinasti Hotaki dan Empayar Mughal di India.
Iran-Mesopotamia-Kaukasus Nader Shah
1804-1815 CE Empayar Perancis atau Empayar Napoleon Maharaja Di asaskan oleh Napoleon Bonaparte selepas berlakunya Revolusi Perancis dan Perang Revolusi (1789-1802) yang menamatkan dinasti beraja Bourbon pada tahun 1792. Napoleon yang merupakan seorang konsol dari Republik Perancis Pertama kemudiannya mengisytiharkan diri sebagai Maharaja Perancis yang baru. Zaman pemerintahan Napoleon membawa Eropah ke kancah peperangan berskala besar pertama dunia yang di kenali sebagai Perang Napoleon (1803-1815). Sesetengah sejarawan berpendapat Perang Napoleon merupakan Perang Dunia Pertama. Jutaan tentera terlibat dalam peperangan tersebut yang akhirnya Napoleon berjaya di kalahkan oleh pakatan tentera yang terdiri daripada British, Rusia, Prussia, Sepanyol, Portugis, Uthmaniyyah, dan berpuluh-puluh lagi negara dan negeri kecil di Eropah.
Eropah, Amerika Utara, Mediterranean, Afrika Utara, Kaukasus, Lautan Atlantik Napoleon I the Great
1815-1934 CE Empayar British Raja Empayar British berkembang sejak Perang Saudara Inggeris (1642-1651) yang membawa kepada gerakan membina negara republik di England. Empayar British berkembang secara perlahan-lahan sehingga abad ke-19 apabila muncul sebagai kuasa maritim dunia selepas kemenangan dalam Perang Tujuh Tahun (1756-1763) dan Perang Napoleon. British melalui Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) berjaya menguasai benua India dan menubuhkan British Raj pada tahun 1858 menggantikan SHTI serta membina koloni di Nusantara. Empayar semakin berkembang ketika Revolusi Perindustrian pada abad ke-19. Kemenangan Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia Pertama menyebabkan British muncul empayar terbesar dalam sejarah dunia dengan saiz melebihi 30 juta km persegi dan saiz penduduk melebihi 400 juta orang. Zaman kegemilangan British di kenali sebagai Pax Britannica. Empayar British juga di kenali sebagai Empayar Matahari Tidak Pernah Tenggelam iaitu gelaran yang sama dengan empayar Sepanyol pada abad ke-16 dan 17.
British membina kolonial hampir ke seluruh pelusuk dunia Raja sudah tidak berkuasa, ketika ini gabenor, jeneral dan menteri British memainkan peranan utama
1934-1945 CE Empayar Nazi Jerman Fuhrer (ketua) Empayar Nazi Jerman cukup terkenal ketika Perang Dunia Kedua yang di pimpin oleh seorang Fuhrer (ketua kerajaan) iaitu Adolf Hitler. Beliau berjaya menguasai politik Jerman daripada Republik Weimar melalui partinya iaitu Parti Nazi dan memerintah secara diktator. Dalam masa yang singkat, beliau berjaya membina kembali keagungan Jerman menjadi empayar yang kuat. Beliau melancarkan invasi ke arah Poland pada tahun 1939, dan secara tidak langsung bermulanya Perang Dunia Kedua. Tentera Jerman berjaya menguasai sebahagian besar daratan Eropah dengan menakluk satu persatu negara-negara Eropah, mengebom Britain (Operasi Singa Laut 1940), menakluk Afrika Utara, dan menyerang Kesatuan Soviet  (Operasi Barbarossa 1941) dengan bala tentera lebih 5 juta orang. Kegagalan Operasi Barbarossa menandakan bermulanya detik kejatuhan Empayar Nazi Jerman.
Sebahagian besar Eropah, Afrika utara Adolf Hitler
1945-sekarang Amerika Syarikat Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dahulunya sebuah koloni di asaskan selepas berjaya membebaskan diri daripada pengaruh British dalam Perang Kemerdekaan Amerika (1775-1783). AS kemudiannya perlahan-lahan menguasai Amerika Utara dan membentuk negara AS seperti sekarang. Penyertaan AS dalam Perang Dunia Kedua membawa kejayaan gemilang buat gabungan Bersekutu, dan AS muncul sebagai kuasa dunia selepas tamat Perang Dunia Kedua, seterusnya membawa negaranya ke kancah Perang Dingin dengan Blok Komunis yang di ketuai oleh Kesatuan Soviet. AS kemudiannya membina ekonomi yang besar dan kemajuan dalam sains teknologi, serta ketenteraan. Kini, AS di anggap sebagai “Polis Dunia” yang bertindak mengawal keamanan dunia. Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada tahun 1991, China pula menjadi pesaing terbesar AS hingga sekarang.
Amerika Syarikat, juga mempunyai pengaruh yang besar ke atas negara-negara lain Franklin D. Roosevelt
Selain daripada senarai di atas, terdapat juga beberapa empayar yang hebat yang bertembung dengan senarai di atas seperti Empayar Qart-Hadast (Carthaginian) dan Seleukidon (Seleucid) abad ke-4 hingga ke-2 BCE, Empayar Hunik ketika pimpinan Attila the Hun abad ke-4 dan 5 CE, Empayar Austria Dinasti Habsburg abad ke-16 dan 17, Dinasti Qing China ketika era Maharaja Kangxi (1661-1722), dan Kesatuan Soviet selepas tamat Perang Dunia Kedua.

 

Garis masa seperti di bawah:

3150-2880 BC – Mesir Purba

2880-2500 BC – Dinasti Pertama Uruk (Mesopotamia)

2500-2320 BC – Harappa (India)

2320-2205 BC – Empayar Akkadia (Mesopotamia)

2205-2004 BC – Empayar Sumeria (Mesopotamia)

2004-1725 BC – Mesir Pertengahan

1725-1673 BC – Babylon (Mesopotamia)

1673-1550 BC – Dinasti Shang (China)

1550-1077 BC – Mesir Baru

1077-1046 BC – Empayar Assyria (Mesopotamia-Levant)

1046-771 BC – Dinasti Zhou (China)

771-609 BC – Empayar Baru Assyria (Mesopotamia-Levant)

609-550 BC – Empayar Baru Babylon (Mesopotamia)

550-336 BC – Empayar Hakhamanish/Achaemenid (Parsi)

336-320 BC – Empayar Makedonia (Yunani)

320-221 BC – Empayar Maurya (India)

221-207 BC – Dinasti Qin (China)

207-87 BC – Dinasti Han (China)

87 BC-27 BC – Republik Rom

27 BC – 337 CE – Empayar Rom

337-379 CE – Dinasti Sasaniyah (Parsi)

379-498 CE – Empayar Gupta (India)

498-527 CE – Dinasti Sasaniyah (Parsi)

527-565 CE – Empayar Rom Timur

565-625 CE – Dinasti Sasaniyah (Parsi)

625-636 CE – Empayar Rom Timur

636-661 CE – Khulafa Arrasyidin

661-750 CE – Khilafah Umayyah

750-800 CE – Khilafah Abbasiyyah

800-814 CE – Empayar Suci Rom

814-892 CE – Khilafah Abbasiyyah

892-969 CE – Emiriah Samaniyyah

969-1002 CE – Khilafah Fatimiyyah

1002-1040 CE – Dinasti Ghaznawi (Parsi)

1040-1141 CE – Empayar Seljuk (Turki)

1141-1147 CE – Qara Khitai (Asia Tengah)

1147-1174 CE – Al-Muwahiddun (Afrika Utara, Andalusia)

1174-1206 CE – Kesultanan Ayyubi (Mesir)

1206-1260 CE – Empayar Mongol

1260-1279 CE – Kesultanan Turki Mamluk Mesir (Timur Tengah)

1279-1368 CE – Empayar Mongol/Dinasti Yuan (China)

1368-1370 CE – Dinasti Ming (China)

1370-1405 CE – Empayar Mongol Timuriyyah

1405-1453 CE – Dinasti Ming (China)

1453-1498 CE – Kesultanan Uthmaniyyah

1498-1512 CE – Empayar Portugis

1512-1571 CE – Kesultanan Uthmaniyyah

1571-1658 CE – Empayar Sepanyol

1658-1707 CE – Empayar Mughal (India)

1707-1736 CE – Empayar Rusia

1736-1747 CE – Dinasti Afshariyyah (Parsi)

1747-1804 CE – Empayar Rusia

1804-1815 CE – Empayar Perancis – Napoleon

1815-1934 CE – Empayar British

1934-1945 CE – Nazi Jerman

1945-sekarang – Amerika Syarikat

RUJUKAN TAMBAHAN

Clayton, Peter A. (1994). Chronicle of the Pharaohs. London, England: Thames and Hudson. ISBN 978-0-500-05074-3.

Finkelstein, J.J. (1962), “Mesopotamia”, Journal of Near Eastern Studies, 21 (2): 73–92, doi:10.1086/371676, JSTOR 543884

Howells, William (1983). “Origins of the Chinese People: Interpretations of recent evidence”. In Keightley, David N. The Origins of Chinese Civilization. University of California Press. pp. 297–319. ISBN 978-0-520-04229-2

Golden, Peter B. Central Asia in World History (Oxford University Press, 2011)

Turchin, Peter; Adams, Jonathan M.; Hall, Thomas D (December 2006). “East-West Orientation of Historical Empires”. Journal of world-systems research

Kennedy, Hugh (2007). The Great Arab Conquests: How the Spread of Islam Changed the World We Live in. Da Capo Press. ISBN 978-0-306-81740-3.

Admin (2011). Is Cyrus the Great Dhul Qarnayn?. Understanding Islam. http://www.understanding-islam.com/is-cyrus-the-great-dhul-qarnayn/

Rossabi, Morris. The Mongols: A Very Short Introduction (Oxford University Press, 2012)

Axelrod, Alan (2007) Encyclopedia of World War II, Volume 1. Infobase Publishing

Justin Marozzi (2006). Tamerlane: Sword of Islam, Conqueror of the World. Da Capo Press. p. 342. ISBN 978-0-306-81465-5.

Beckwith, Christopher I. (2009): Empires of the Silk Road: A History of Central Eurasia from the Bronze Age to the Present. Princeton: Princeton University Press. ISBN 978-0-691-13589-2.

Kamen, Henry. Empire: How Spain Became a World Power, 1492–1763 (HarperCollins, 2004)

Donner, Fred M. (2014). The Early Islamic Conquests. Princeton University Press.

Wells, Anne Sharp (2014) Historical Dictionary of World War II: The War against Germany and Italy. Rowman & Littlefield Publishing.

Sivachandralingam, Ayadurai (2015) Sejarah Dunia Penggal 1 Edisi Kedua. Ace Ahead. ISBN 9789834714963

An Outline of the History of Persia During the Last Two Centuries (A.D. 1722-1922)”. Edward G. Browne. London: Packard Humanities Institute

Seton Watson, The Russian Empire

Richards, John F. (1995), The Mughal Empire, Cambridge University Press

 


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Comments are closed.