Empayar Mughal: Suatu Masa Dahulu Islam Menguasai India

595

Monggol, Mughal, adakah mereka itu sama? Sudah tentulah tidak. Namun, terdapat kaitan antara emp4yar yang memerintah sebahagian besar sub-benua India dan emp4yar Khan yang datang dari Monggolia. Apapun, Mughal tidak hanya meraih kemasyhuran lantaran hubungannya dengan Genghis Khan – akan tetapi kewujudannya juga menjadi penyebab Islam menjadi agama yang begitu terkemuka di India.

Para pemerintah Mughal (kadangkala disebut sebagai Mogul) mengembalikan susur-galur keturunannya kepada Genghis Khan (menerusi putera keduanya, Chagatai Khan) dan Timur. S3rangan ke atas sub-benua India yang dilakukan oleh Babur, pengasas Emp4yar Mughal, diinspirasikan oleh kegemilangan-kegemilangan yang dikecapi Timur. Emp4yar Mughal berakhir sekitar pertengahan kurun ke-19, walaupun kejatuhannya sudah pun bermula sekurun setengah lebih awal.

Potret Maharaja Zahir ud-Din Mohammad (Babur)


PENUBUHAN EMP4YAR MUGHAL

Pada tahun 1526, Ibrahim Lodi, pemerintah terakhir Dinasti Lodi dalam Kesultanan Delhi, ditewaskan oleh Babur dalam Pert3mpuran Pertama Panipat. Keadaan ini menandakan bermulanya Emp4yar Mughal. Walaupun Babur dilahirkan di Ferghana (Uzbekistan moden), kejayaan-kejayaan yang dikecapi leluhurnya, Timur, menjadi inspirasi yang mendorongnya untuk bergerak ke selatan dan meny3rang sub-benua India.

Tahun-tahun yang berlalu di antara kemenangan di Panipat dan kemangkatan Babur pada 1530 diwarnai dengan peper4ngan demi peper4ngan yang tercetus antara Emp4yar Mughal dan pelbagai pemerintah di India utara.

Senjata api dan taktik pengepungan Mughal

Walaupun Babur berupaya memenangi peper4ngan tersebut, beliau tidak hidup cukup lama untuk menikmati kejayaannya. Tugas pemerintahan ditinggalkan kepada putera merangkap pewarisnya, Humayun. Namun, Humayun tidak secekap ayahandanya dan beliau digulingkan serta dibuang negeri pada tahun 1540 oleh Sher Shah Suri.

Pada tempoh antara tahun 1540 hingga 1555, Dinasti Mughal digantikan oleh Dinasti Suri. Keadaan hanya kembali buat Mughal selepas menerima bantuan daripada Parsi-Safawi. Humayun m4ngkat tidak lama selepas Dinasti Mughal berjaya ditegakkan kembali. Apapun, sepanjang tempoh yang singkat itu, beliau berupaya meluaskan sempadan emp4yar.

EMP4YAR MUGHAL DI BAWAH PEMERINTAHAN AKBAR

Kedudukan Humayun digantikan oleh puteranya yang berusia 13 tahun, Jalal-ud-Din Akbar. Lantaran usianya yang muda, masing-masing menganggap tugas mentadbir dan meneguhkan emp4yar sebagai suatu yang mustahil. Namun, Akbar dibantu oleh seorang ketua menteri yang cekap, bernama Bairam Khan semasa tempoh pemerintahannya dipangku. Apabila Akbar sudah cukup dewasa untuk memerintah sendirian, beliau membuktikan dirinya sebagai seorang pemerintah yang cekap sehingga dikenali sebagai ‘Akbar Agung’.

Akbar memerintah Mughal sehingga tahun 1605 dan pemerintahannya dianggap sebagai permulaan Zaman Keemasan Moghul. Selain meluaskan lagi sempadan Emp4yar Mughal, Akbar juga dikenang menerusi kecekapannya mentadbir emp4yar. Sebagai contoh, pendapatan rakyat diselaraskan mengikut penetapan kualiti tanaman dan tanah tempatan, dan dibayar secara tunai. Hal ini sekaligus memastikan emp4yar meraih keuntungan maksimum tanpa memberikan bebanan yang melampau kepada rakyat.

Tambahan lagi, Akbar turut berusaha keras demi mengasimilasikan rakyatnya yang beragama Islam dan Hindhu. Beliau turut menggalakkan toleransi beragama di samping membenarkan perkahwinan campur antara aristokrasi Mughal dan Rajput.

Maharaja Mughal, Akbar (1556-1605) mengadakan perkumpulan keagamaan di Ibadat Khana (Rumah Ibadah) di Fatehpur Sikri; dua lelaki berpakaian hitam adalah mubaligh Jesuit yang bernama Rodolfo Acquaviva dan Francisco Henriques

PENCAPAIAN KESENIAN DAN SENI BINA EMP4YAR MUGHHAL

Emp4yar Mughal terus mengecapi kegemilangan di bawah pemerintahan tiga orang maharaja yang berikutnya, iaitu Jahangir, Shah Jahan dan Aurangzeb. Kestabilan emp4yar pada tempoh tersebut dapat dilihat dengan jelas, misalnya, menerusi hakikat bahawa walaupun Jahangir merupakan seorang yang gemar meminum arak dan menghisap candu, beliau berupaya memerintah emp4yar selama 22 tahun tanpa banyak pergolakan.

Kerja-kerja seni yang ulung juga dihasilkan pada tempoh ini. Dianggap sebagai monumen paling masyhur di India, Taj Mahal dibina oleh Shah Jahan sebagai makam buat isterinya yang tercinta, Mumtaz Mahal.

Pemerintah agung Mughal yang terakhir adalah Aurangzeb. Beliau memerintah dari tahun 1658 hingga 1707. Pada era pemerintahannya, keluasan sempadan emp4yar mencapai tahap kemuncaknya. Namun, keadaan ini juga mendorong kepada kejatuhan emp4yar. Tambahan lagi, pelbagai masalah dalaman dan luaran mula muncul sekaligus menandakan permulaan kepada kejatuhan Emp4yar Mughal.

KEJATUHAN EMP4YAR MUGHAL

Dalam tempoh 58 tahun sesudah kemangkatan Aurangzeb, Emp4yar Mughal ditadbir oleh seramai lapan orang maharaja. Empat orang daripadanya dibvnuh manakala seorang digulingkan. Walaupun Mughal mempunyai pasukan tentera yang cukup besar, senjata-senjata dan taktik per4ng mereka ketinggalan zaman sekaligus membuatkan mereka kurang efisyen dalam medan per4ng.

Oleh kerana itu, gabenor-gabenor wilayah pun mengambil kesempatan untuk mengisytiharkan kemerdekaan, manakala musuh-musuh daripada luar pula, seperti Parsi dan Afghan, bertindak meny3rang Delhi. Menjelang pertengahan kurun ke-19, kebanyakan wilayah Mughal tumbang ke tangan British.

Maharaja terakhir Mughal, Bahadur Shah Zafar, hanya maharaja atas nama sahaja. Berikutan penglibatannya dalam Pember0ntakan India 1857, beliau dibuang negeri ke Rangoon (kini Yangon), Burma dan m4ngkat di sana pada tahun 1862.

Dua ekor gajah memikul simbol ikan dan matahari yang menjadi simbol pemerintahan Mughal

TERJEMAHAN:

Wu Mingren. (31 Oktober 2018). The Mughal Empire: Tolerance, Taxes, 4ddiction, Art, and Other Acts of Genghis Khan’s Relatives in India. Ancient Origins.
https://www.ancient-origins.net/history-famous-people/mughal-3mpire-0010922

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.