Empat Wajah Yang Merosakkan China Waktu Zaman Mao Zedong

1,296

Sudah jadi suatu kebiasaan bagi kepimpinan pro-komunis untuk hilang buat sementara waktu. Sekitar Mei 1966, Mao Zedong telah hilang selama lima bulan.

Ramai percaya bahawa beliau tidak sihat dan mungkin juga tidak mampu bergerak (Topping, 1966).

Tetapi Zedong akan muncul semula untuk melancarkan Revolusi Kebudayaan dengan tujuan bagi melenyapkan saki-baki kapitalisme dan tradisionalisme dalam China.

Revolusi Kebudayaan dibuat untuk menggantikan Lonjakan Besar yang dikatakan gagal terutamanya akibat kem4tian 30 juta rakyat melalui kebuluran teruk.

Bersama Zedong dalam misi ini ialah Jiang Qing, Zhang Chunqiao, Yao Wenyuan dan Wang Hongwen. Keempat-empat ini digelar “sì rēn bāng” ataupun Kumpulan Empat yang menguasai bidangkuasa besar Parti Komunis.

Empat serangkai ini berkuasa dengan usaha Jiang Qing yang merupakan isteri terakhir Zedong. Dasar tertutup yang diamalkan Parti Komunis China memustahilkan pengesahan tentang keputusan yang diambil.

Tiada siapa yang tahu keputusan mana yang dibuat Zedong sendiri – ataupun empat serangkai ini. Walaupun suatu keputusan dibuat Zedong, tiada siapa tahu jika empat serangkai terlibat dari segi perancangan.

Bersama Zedong, keempat-empat penguasa ini seolah-olah membentukkan biro politik di atas kerajaan yang dipimpin Zhou Enlai (1954-1976). Kerapkali mereka mengkritik pentadbiran Enlai.

Apabila Enlai meninggal dunia, ramai berebut-rebut untuk mengetuai kerajaan. Buat sementara waktu, Deng Xiaoping dilantik sebagai pemangku. Dan Kumpulan Empat menggunakan akhbar untuk mengutuk beliau.

Himpunan 100,000 orang di Dataran Tiananmen telah dijadikan pelvru politik Empat Serangkai. Maka melalui h4sutan mereka, bidangkuasa ket3nteraan bersetuju untuk menggulingkan Xiaoping.

Semua inginkan penyelesaian tanpa sebarang kek3cohan. Xiaoping hanya akan diturunkan tanpa diapa-apakan.

Tetapi pada 9 September 1976, Zedong pula m4ti sekaligus meletakkan kuasa politik Empat Serangkai di kancah tidak stabil. Selama beberapa minggu, mereka berusaha untuk kekal berkuasa.

Jiang Qing berusaha untuk dinamakan Pengerusi Parti, sekaligus menggantikan mendiang suaminya.

https://www.thepatriots.store/store/pra-tempah/

Namun Empat Serangkai tidak menguasai ket3nteraan, cabang paling penting dalam usaha mengekalkan kepimpinan komunis.

Melihat kelantangan Empat Serangkai ini, kepimpinan sementara melancarkan satu-satunya cara untuk stabilkan suasana politik. Sebuah sidang tergempar diadakan di Dewan Besar Rakyat.

Empat Serangkai dijemput segera ke Beijing untuk mesyuarat. Dan setelah tiba, tiada ayat ditukarkan – mereka terus ditangkap dan digarikan. Tanpa setitis d4rah pun, kuasa Empat Serangkai ditamatkan.

Kejatuhan mereka mengundang sorakan besar dalam China. Perdana Menteri Hua Guofeng dan Marsyal Ye Jianying terus membentuk bidangkuasa kerajaan dalam kepimpinan parti, bersama Chen Yun dan Li Xiannian.

Mereka juga berpakat dengan Xiaoping dan Wang Dongxing yang dilantik Naib Pengerusi.

Pada tahun 1981, Empat Serangkai ini berdepan dengan “perbicaraan melalui media”. Jiang Qing benar-benar berapi semasa perbicaraan ini, satu-satunya individu yang berhujah dengan penuh semangat.

Bagi setiap kesalahan, nama Mao Zedong dipetik seolah-olah Empat Serangkai hanya menjalankan perintah.

Penind4san terhadap 750,000 orang, termasuk kem4tian 34,375 daripadanya dijadikan faktor perbicaraan juga.

Pada kemuncak perbicaraan, Qing dan Chunqiao dijatuhkan hvkuman m4ti yang kemudian diubah ke penj4ra seumur hidup. Qing membvnuh diri pada tahun 1991 – dan Hongwen meningg4l dunia setahun kemudian.

Ironinya, pemerintahan Hua Guofeng dan Deng Xiaoping juga mempunyai “Gang of Four” sendiri seperti Wang Dognxing, Wu De, Ji Dengkui dan Chen Xilian.

Pendekatan politik ini diteruskan sampai Xi Jinping, yang mengamalkan kuasa empat walaupun berlainan dengan corak Zedong.

RUJUKAN:

Topping, S. (1966, April 30). China now silent 5 months on Mao. The New York Times.

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.