Tamadun Saba mungkin tidak begitu terkenal untuk dibandingkan dengan peradaban-peradaban agung seperti Mesir Purba, Parsi dan Yunani Kuno.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Walau bagaimanapun, tamadun ini meninggalkan satu legasi yang kekal mendabikkan keagungan silamnya. Asal-usulnya masih menjadi perdebatan, barangkali kelompok-kelompok komuniti Arab yang menubuhkan sebuah empayar mirip persekutuan dibawah seorang mukarrib (ketua monarki dan agama).

Komuniti-komuniti Arab Saba’.

Besar kemungkinan yang tamadun ini sudah wujud 1,200 S.M. Kerana sejarawan terkemuka Saba mula menjadi maju bermula 800 S.M. (Finkelstein & Silberman, 2007).

Sama seperti tamadun lain, kejuruteraan infrastruktur menjadi kayu ukur untuk menentukan tahap kemajuan. Saba yang terletak di bumi Yaman sangat terkenal dengan pembinaan empangan.

Budaya ini mempunyai banyak empangan, seperti Adra’ah, Jufaynah, Kharid, Miqran dan Yath’an. Namun empangan yang paling hebat ialah Empangan Agung Marib (The Great Dam of Marib), dibina antara tahun 900 S.M. hingga 700 S.M. (Hill, 2013).

Gambaran Empangan Marib dulu

Empangan Marib dinamakan sempena bandarnya, iaitu ibu negara kerajaan Saba. Kawasan ini terikat dengan perubahan angin monsun. Jadi kerajaan Saba membina empangna supaya air hujan dapat ditakung dalam sebuah tadahan yang dijadikan sumber pengairan (irrigation resource).

Selama berabad, Saba bergantung pada empangan yang diperbuat daripada sumber tanah. Infrastruktur begini tidak bertahan lama, tertakluk kepada keadaan semasa. Jadi setelah sekian lama bina semula, Saba akhirnya menggunakan batu.

Lokasi Empangan Marib pun sangat strategik. Saba mempunyai tiga gunung untuk ditadah. Bermakna mereka perlu membina tiga empangan, yang akan menelan perbelanjaan tinggi. Namun kerajaan Saba sedar bahawa air limpahan daripada tiga gunung ini mengalir sehala ke arah tempat yang sama.

Pucuk dicita ulam mendatang, disitulah mereka mendirikan sebuah empangan bagaikan dinding dengan sebuah kepala paip (sluice gate) untuk buka tutup air.

Tanggungjawab penjagaan empangan ini mungkin diberi pada putera diraja. Kerana berkali-kali nama putera dipetik dalam manuskrip tentang Empangan Saba. Antara 760-740 S.M., empangan ini dijaga Putera Amar Watar. Kemudian ia dipelihara El Bayin pula. Kerja penyelenggaran adalah seperti membuang tanah, membuka “laluan” air dan menurap sebarang kere.takan.

Selepas kejatuhan kerajaan Saba, empangan ini dijaga bangsa Himyar yang memerdekakan kerajaan sendiri daripada ceng.kaman Qataban. Berkali-kali empangan ini boc.or. Pernah sekali masa kerajaan Saba dan bangsa Raydan berper.ang, empangan ini boc.or begitu teruk hingga menyebabkan banjir yang menjejaskan tanaman Marib.

Ramai orang terpaksa melarikan diri untuk mencari rezeki, sekali gus mengganggu imbangan populasi tempatan. Penjaga empangan ini melaksanakan kerja pembaikan pada tahun 449, 450, 542, 548 dan kali terakhir 557.

Selepas tahun 557, seorang raja bernama Imran membuat ramalan yang empangan ini akan boc.or. Permaisuri baginda pun bersetuju dengan ramalan ini. Ramalan mereka berbunyi pelik, boc.or pun angkara tikus besar.

Apa yang berlaku pada Saba diriwayatkan dalam al-Qur’an dalam Surah Saba; bagaimana Allah menyeru mereka makan rezeki pemberian-Nya dengan rasa bersyukur kerana “negeri yang aman makmur” dan “Tuhan Yang Maha Pengampun”… tetapi mereka berpaling dan ingkar; lalu Allah menghantar banjir yang membin.asakan (Quran 34:15-16).

Demikian tinggalan Empangan Marib.
Gambar 2003.

Tidak pasti apa yang sebenarnya berlaku pada empangan ini, sama ada tikus besar (atau ahli politik) telah mengakhiri hay.at Saba. Namun 50,000 orang daripada bumi Yaman telah melarikan diri pada masa itu, bertempiaran ke bumi lain. Salah satu suku (dalam 50,000 orang ini) berhijrah ke bumi Emiriyah Arab Bersatu.

Likes page baru kami: The Patriots 2.0 (https://www.facebook.com/thepatriots2.0asia/)

Dan turun-temurun mereka adalah keluarga al-Nahyan yang hari ini menguasai emiriyah tersebut. Mengenang sejarah empangan tersebut, Sheikh Zayed al-Nahyan telah membiayai kos pembinaan sebuah empangan baru sekitar 1980-an.

Ia dibuka pada tahun 1986, dengan upacara perasmian bersama Sheikh Zayed sendiri. Rakyat tempatan menganggap empangan baru ini boleh membantu negara Yaman dalam sektor pertanian. Cuma masalahnya, Yaman ialah negara yang selalu bergolak.

Empangan Marib Baru.

Empangan ini mengalami keros.akan selepas terkena b.om bed.ilan pihak Saudi pada tahun 2015 (Romey, 2015). Namun strukturnya masih kukuh, tanpa sebarang kecel.akaan seperti banjir besar.

RUJUKAN:

Finkelstein, I., & Silberman, N.A.. (2007). David and Solomon: In Search of the Bible’s Sacred Kings and the Roots of the Western Tradition. Simon & Schuster. Halaman 121.

Hill, D. (2013). A History of Engineering in Classical and Medieval Times. Routledge. Halaman 19.

Romey, K. (2015, Jun 4). ‘Engineering Marvel’ of Queen of Sheba’s City (ditapisakan) in (ditapiskan). National Geographic.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.