Elon Musk Mahu Meletupkan Nuklear Di Marikh

1,082

Elon Musk, CEO SpaceX dan Tesla mahu meletupkan bom nuklear di Marikh untuk menjadikan planet tersebut boleh didiami oleh manusia. Musk percaya dengan menyerang Marikh menggunakan senjata nuklear, lapisan ais polar planet tersebut akan mencair dan melepaskan sejumlah karbon dioksida yang begitu banyak. Karbon dioksida merupakan komponen penting untuk menghasilkan kesan rumah hijau untuk menaikkan kadar suhu planet tersebut.

Musk pernah berkongsi idea ini sejak tahun 2015. Pada tahun 2017, Musk menerbitkan artikel di jurnal New Space dalam menjelaskan bagaimana manusia mampu membangunkan koloni yang berkapasti sejuta orang di Marikh dalam tempoh kurang dari 100 tahun.

SpaceX sedang menjalankan ujian prototaip roket untuk ke Marikh yang dipanggil sebagai ‘Starship’ yang Musk harap dapat menghantar manusia ke Marikh. NASA mempunyai harapan untuk menggunakan roket dari SpaceX untuk menziarahi bulan dan Marikh.

RUJUKAN:

  1. https://www.sciencealert.com/elon-musk-still-wants-to-drop-nuclear-bombs-on-mars-so-he-s-making-t-shirts?perpetual=yes&limitstart=1
  2. Musk, E. (2017). Making humans a multi-planetary species. New Space5(2),

Komen yang ditutup, tetapi jejak balik dan ping balik terbuka.