Peralihan zaman membuat Elon Musk jadi orang paling kaya dunia. Dulu dunia bergantung pada industri bahan api semulajadi seperti petrol untuk sektor automotif.

Komitmen Amerika Syarikat, China dan Kesatuan Eropah ke arah kereta elektrik telah menaikkan saham banyak pengeluar sub-sektor berkenaan.

Musk pula sudah lama menggerakkan jenteranya melalui Tesla sekadar tunggu dapat untung. Pada masa sama, SpaceX memenuhi kehendak NASA yang ingin beralih daripada kapal angkasa space shuttle.

Dua syarikat ini melonjakkan nama Musk ke takhta paling atas, melepasi Bill Gates, Mark Zuckerberg dan Warren Buffett.

Gates sekarang ini lebih menumpukan perhatian pada kerja amal. Beliau sangat terkenal dengan kegigihan dalam penyelidikan vaksin, yang terbukti menyelamatkan ribuan di Afrika. Buffett juga terkenal dengan kerja amal, siap pernah menderma AS$25 bilion pada tahun 2009.

Identiti mereka dalam dunia amal sudah kukuh. Musk pula bukan sama sekali tangkai jering. Tetapi beliau banyak menderma dalam teknologi seperti sistem tenaga suria, Big Green, Wikimedia dan sebagainya.

Sebelum ini nama Musk tidak dipandang sangat. Malah Tim Cook daripada Apple sendiri tidak ingin berjumpa apabila Musk datang dengan niat untuk menjual Tesla (Lambert, 2020).

Tetapi apabila Tesla menjadi orang paling kaya dunia, nama beliau menjadi sasaran.

Seruan Daripada South Carolina

David Beasley pernah menjadi gabenor bagi negeri South Carolina atas tiket Republikan. Kapasiti ini membuka jalan kepada pelantikan sebagai Pengarah Eksekutif bagi Program Makanan Dunia (WFP) dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

WFP adalah sebuah organisasi kemanusiaan paling besar dunia yang secara khusus ingin memεrαηgi kebuluran demi jaminan makanan. Walaupun berbunyi agenda globalisasi, 97 juta orang sedang hidup dengan bantuan WFP. Beasley kiranya pandai buat kerja.

Untuk mendapatkan dana, Beasley baru-baru ini ada cakap sesuatu yang mungkin panas pada telinga Elon Musk. “Golongan hartawan perlu galas tanggungjawab sekali seumur hidup. AS$6 bilion untuk bantu 42 juta orang yang akan mati tanpa bantuan kita.” (McSweeney & Pourahmadi, 2021).

David Beasley (kanan)

Dua nama dipetik: Musk dan Jeff Bezos (pengasas Amazon). Permintaan ini sebenarnya tidak salah pun. Harta billionaire di Amerika Syarikat melambung hampir dua kali ganda, meskipun dalam keadaan serba serbi pαηdεmik.

AS$6 bilion hanya 0.12 peratus sahaja daripada jumlah harta mereka kumpul sepanjang pαηdεmik… sementara 22.8 juta rakyat Afghanistan berada pada ambang kebuluran teruk.

Ada satu benda yang membezakan Musk dengan hartawan lain. Beliau lantang sebenarnya. Jadi dengar seruan ini, Musk pun membalas: “aku sanggup jual saham Tesla dan derma jika kalian boleh buktikan (AS$6 bilion boleh bantu bab kebuluran).” (Tan, 2021).

Orang ramai pun gelak di alam maya seolah-olah “abang besar” sudah meηcαbαr “elitis global”. Lama juga WFP senyap, seolah-olah sudah terciduk.

Diam-Diam Ubi Berisi

Dari awal lagi point utama David Beasley sudah disalah erti. Beasley cakap “AS$6 bilion boleh bantu menyelesaikan kebuluran global”. Orang baca, “AS$6 bilion akan menyelesaikan kebuluran global.” Beza dari segi konteks dan makna.

Kerana WFP menjana AS$8.4 bilion pada tahun 2020, terlalu cukup untuk selesaikan kebuluran global kalau itu yang Beasley cakap demikian hari.

Bantuan makanan WFP.

Walaupun ada salah faham konteks, Beasley masih menyahut cαbαrαη Musk. Jumlah AS$6.6 bilion akan dibahagikan dalam tiga bentuk: 1) AS$3.5 bilion untuk beli dan hantar makanan, 2) AS$2 bilion pula dijadikan bantuan tunai dan baucer makanan dan 3) AS$700 juta lagi untuk menguruskan program makanan bersesuaian dengan keperluan semasa. Selebihnya disimpan untuk pengurusan, pentadbiran dan ketelusan.

Buat masa sekarang, Musk belum menjawab. Tetapi balasan Beasley menunjukkan yang krisis kebuluran sedang bertambah buruk sejak COVID-19 melanda. Komitmen beliau membuka bayangan tentang nasib rakyat Malaysia yang sekarang ini lapar dalam negara aman

RUJUKAN:

Lambert, F. (2020, Disember 22). Elon Musk reveals he looked to sell Tesla to Apple for a fraction of its current value. Electrek.

McSweeney, E., & Pourahmadi, A. (2021, November 1). 2% of Elon Musk’s wealth could help solve world hunger, says director of UN food scarcity organization. CNN.

Tan, H. (2021, November 1). The UN says $6B from the world’s billionaires could solve a hunger crisis. Elon Musk says he will sell Tesla stock and donate proceeds if the UN can prove that. Yahoo.


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.