Elizabeth Friedman: Pemecah Kod Wanita Yang Tidak Didendang

547

https://bit.ky/kombowww

Pada tahun 1917, telah tercetusnya P3rang Dunia Pertama. Amerika Syarikat yang serba kekurangan dan terhad dari sudut keupayaan ket3nteraan, tidak terlepas untuk turut serta dalam pep3rangan tersebut. Pada ketika itu, Central Intelligence Agency (CIA) dan National Security Agency (NSA) masih belum ditubuhkan namun tEntera yang dikhususkan untuk pemecahan kod telah diwujudkan dalam kumpulan yang kecil tetapi pada skala yang tinggi.

Di antara ahli yang menyertai kumpulan tersebut, ada juga individu yang tidak pernah mendapatkan sebarang latihan khusus dalam bidang kriptoanalisis. Antaranya, Elizabeth Smith, seorang pecinta dan pengkaji karya William Shakespeare dan Alfred Tennyson semasa beliau mendapatkan pendidikan di sebuah kolej tempatan, Wooster College, di Ohio.

Elizabeth Smith yang mengahwini William Friedman, seorang pemegang PhD dalam bidang genetik, telah bersama-sama Elizabeth untuk menyertai kumpulan pemecah kod tersebut. Walaupun mereka memiliki kemampuan dan latar belakang yang agak menyimpang dari dunia matematik, perkara ini bukanlah penghalang untuk mereka menjadi sangat mahir dalam mengenal pasti bentuk-bentuk corak (pattern) yang pelbagai. Sedikit sebanyak membantu mereka dalam aktiviti pemecahan kod.

Permata Bersinar Disebalik Timbunan Tanah

Pada awalnya, Elizabeth telah dipelawa untuk bekerja bersama dengan seorang jutawan bernama, George Fabyan. Fabyan yang memiliki sebuah estet yang seluas 500 hektar di Riverbank, California, telah menjadikan estet ini sebagai markas kajian di bawah dana peribadinya sendiri. Elizabeth dan suaminya, telah bersetuju dengan tawaran yang dikemukakan dan berpindah ke estet tersebut.

Tujuan Fabyan mempelawa Elizabeth adalah untuk melaksanakan sebuah pembuktian bahawa karya William Shakespeare yang pertama kali ditebitkan pada tahun 1623, mempunyai unsur-unsur intelek dan sains dan bukan sekadar hiburan semata.Fabyan yakin bahawa karya William Shakespeare yang dipanggil sebagai First Folio oleh sarjana moden, mengandungi mesej-mesej kriptografi yang tersembunyi.

Di samping itu juga, Fabyan telah menggaji para saintis yang berbakat dan mengumpulkan mereka di dalam sebuah makmal uji kaji miliknya. Para saintis ini diberikan tugasan kajian tertentu seperti menghasilkan gandum yang mempunyai daya tahan yang tinggi di musim kemarau dan mencipta peluru untuk para tentera.

Di bawah fasiliti yang disediakan oleh Fabyan ini, secara tidak langsung telah menggilap bakat Elizabeth dalam memecahkan kod. Beliau hanya memerlukan sebatang pensil dan sehelai kertas untuk mengenal pasti kedudukan dan maksud yang tersirat disebalik sesebuah kod. Namun begitu, dalam usaha beliau memecahkan kod, beliau juga telah merujuk kepada pelbagai ahli bahasa untuk membantu beliau melengkapkan teka-teki tersebut dengan jayanya.

Kemampuan unik Elizabeth ini, sebenarnya telah banyak membantu Amerika Syarikat dalam menyahkod pelbagai mesej-mesej musuhnya yang kompleks tetapi jasanya ini tidaklah diuar-uarkan ke khalayak ramai oleh kerajaan Amerika Syarikat pada ketika itu. Mungkin sebagai satu langkah keselamatan, khusus buat Elizabeth yang merupakan seorang wanita dan permata berharga buat Amerika Syarikat yang perlu disorok dari mata-mata dunia.

Ahli Kongsi Gelap Pun Terciduk

Setelah P3rang Dunia Pertama tamat, Elizabeth bersama-sama suaminya telah meninggalkan estet Fabyan di Riverbank, dan membawa diri berkelana dari kawasan tersebut. Walaubagaimanapun, beliau masih lagi meneruskan aktiviti pembongkaran kod-kod dan mesej-mesej yang sulit. Menurut Jason Fagone, kebolehan istimewa Elizabeth ini masih mendapat permintaan yang sangat tinggi setelah kejayaan Amerika pada siri P3rang Dunia Pertama lepas.

Elizabeth juga telah membantu pihak penguasa tempatan dalam menyelesaikan beberapa kes jenayah tempatan terutamanya yang melibatkan kod-kod rahsia. Penjenayah pada ketika itu sudah mula berkomunikasi sesama ahlinya dengan kod-kod rahsia kreasi mereka yang tersendiri.

Namun begitu, kod-kod tersebut mudah sekali dirungkai oleh Elizabeth. Antara penjenayah yang berjaya dipenjara berkat bantuan beliau ialah ahli-ahli kumpulan kongsi gelap Al Capone.

Elizabeth merupakan antara sebilangan wanita yang awal, menceburi bidang pemecahan kod ini tetapi lain pula kisahnya apabila P3rang Dunia Kedua tercetus. Menurut buku karangan Liza Mundy, Code Girls: The Untold Story of the American Women Code Breakers of World W4r II, ada menyatakan bahawa pihak ketenteraan udara dan laut Amerika Syarikat telah menawarkan posisi khusus kepada ribuan wanita dalam operasi pemecahan kod di seluruh negara. Secara tidak langsung, perkara ini telah memecahkan dominasi lelaki secara keseluruhannya dalam landskap ketenteraan Amerika Syarikat. Elizabeth Friedman, hero yang tak didendang.

RUJUKAN:

The female code-breakers who were left out of history books. Retrieved September 16, 2020, from https://www.bbc.com/future/article/20171009-the-female-code-breakers-who-were-left-out-of-history-books

Home. Retrieved September 16, 2020, from https://www.nsa.gov/About-Us/Current-Leadership/Article-View/Article/1623028/elizebeth-s-friedman/

Anda mungkin juga berminat

Ruangan komen telah ditutup.