Salah satu daripada hujah seorang lelaki bernama Anas Zubedy mempunyai asas. Jika ingin memberikan komen tentang kepercayaan orang lain, haruslah dapat pengetahuan secukupnya terlebih dahulu tentang agama tersebut. Skopnya mementingkan penajgaan hati perasaan supaya perjuangan perpaduan negara diteruskan. Namun beliau jelas sekali SALAH untuk menyekat pemakanan daging lembu semata-mata untuk memelihara sentimen sebuah minoriti.

Jika saranan sedemikan adalah untuk memelihara sifat majmuk dalam sebuah institusi, tentu sekali tiada masalah. Misalnya, daging lembu disarankan tidak dihidang di kantin sekolah atau kilang. Mungkin jamuan-jamuan tertentu di pejabat juga tidak digalakkan menyajikan santapan diperbuat daripada daging lembu. Saranan sebegini berasas, supaya semua pelajar atau pekerja tidak kira apa bangsa mendapat kenikmatan yang sama.

Namun untuk mencadangkan supaya lembu tidak ditumbangkan ketika Hari Raya Aidiladha, perkara ini telah melampaui batasan. Cadangan sedemikian turut membatalkan pegangan penulis bahawa “untuk melihat Malaysia berjaya, kita perlu mengamalkan belas kasihan, pemahaman dan empati”. Kerana skop dan konteks seluruh artikel sebenar-benarnya mengatakan secara halus bahawa:

“Untuk melihat Malaysia berjaya, umat Islam (sahaja) perlu mengamalkan belas kasihan, pemahaman dan empati.”

Sejujurnya, jarang sekali timbul isu korban dalam kalangan mana-mana organisasi minoriti Hindu. Entah-entah tidak pernah ada pun suara-suara menentang. Difikirkan sejenak, rakyat beragama Hindu tidak ada sebarang penglibatan pun dalam acara-acara keagamaan di masjid, terutamanya sekali semasa hari paling suci dalam Islam iaitu Aidiladha. Malahan, daging korban itu sendiri DIHARAMKAN untuk disedekahkan kepada mereka yang tidak menerima Islam. Maka tiada unsur empati di sini.

Begitu besar darjat ibadah korban, tetapi tiba-tiba perlu dimandatkan satu jenis yang diomongkan sebagai adab pula. Disebabkan cadangan-cadangan luar batasan sebeginilah perjuangan liberalisme dipandang enteng dan dipijak-pijakkan sebagai barah sosial. Selepas ini, barangkali “skop adab” disebarkan ke aspek-aspek seperti laungan azan pula.

“Mengelak menjadikan lembu sebagai korban” ialah bahasa yang manis kepada maksud mengharamkan pengorbanan lembu semasa korban. Sifat duniawi bagi “haram” menyentuh kepada sesuatu “larangan” iaitu sejenis “penegahan” yang perlu “dielakkan”. Diulangi semula perlu “dielakkan (elak menjadikan lembu sebagai korban)”. Maka kesimpulannya mudah: haramkan lembu sebagai haiwan korban.

Pendekatan sebegini diperkukuhkan lagi dengan peristiwa madu melibatkan Rasulullah SAW, Aisha, Hafsa dan Zaynab (RA). Dua dalam kalangan isteri baginda berputus untuk mengatakan “saya menghidu bau maghafir (kismis yang baunya tidak menyenangkan). Kamu makan maghafir, ya Rasulullah?” Dan Rasulullah membalas, “tidak, tetapi aku memakan madu di rumah Zaynab dan aku tidak akan memakannya lagi (atau aku bersumpah untuk tidak memakannya lagi).” (Sahih Bukhari 8:78:682)

Kemudian turunnya suatu soalan daripada Allah bertanyakan kenapa diharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah semata-mata untuk mencari keredhaan isteri (Qur’an 66:1). Maka jelaslah definisi haram itu sendiri. Rasulullah hanya menegahkan dirinya demi menjaga hati isteri. Walaupun baginda tidak mengharamkan kepada sesiapa (malahan dalam petikan hadis tersebut mengatakan Rasulullah bersabda supaya tidak diberitahu sesiapa), penegahan tersebut tetap menerima teguran.

Maka memetik konteks Ayat Allah, “wahai Anas Zubedy! Mengapa engkau haramkan (dengan bersumpah menyekat dirimu daripada menikmati) apa yang halalkan oleh Allah bagimu, (kerana) hendak mencari keredhaan orang-orang Hindu?” Allah juga berfirman dalam Surah Yunus Ayat 59 bahawa golongan musyrik berani mengharamkan atau menghalalkan sesuatu tanpa keizinan daripada-Nya. Surah al-Nahl 116 sendiri mengukuhkan firman tersebut bahawa lisan hamba-hamba-Nya tidak boleh mengatakan itu ini halal dan haram.

Dalam hal ini, keindahan dalam negara tidak boleh dibayar dengan pengorbanan daripada sebelah pihak. Pertikaian sedemikian tidak langsung ditimbulkan oleh orang Hindu. Kenapa perlu menggelabah? Islam juga mementingkan penjimatan dan elak pembaziran. Apakah wajar jika justifikasi ini diterapkan dalam amalan memecah kelapa sebelum memasuki rumah atau memulakan hari pertama di tempat kerja? Masing-masing ada pendekatan sendiri demi agama. Tentu sekali amalan memecah kelapa mempunyai manfaat keagamaan, kerana Hindu berpendapat kelapa ialah buah suci.

Kesucian yang setimpal juga dijulang umat Islam bagi Aidiladha. Oleh kerana aspek kesucian tidak boleh ditimbang atau dinilaikan, maka sewajarnya pemecahan kelapa juga perlu dihentikan bagi memelihara sentimen umat Islam berkaitan pembaziran. Tetapi jelas sekali impaknya kepada perpaduan negara jika tanggapan sedemikian diaplikasikan. Kejayaan Malaysia tidak tertakluk kepada belas kasihan, pemahaman dan empati semata-mata. Sebaliknya, kunci kejayaan terletak kepada kematangan untuk mengadili suatu perkara di tempatnya.

Untuk seorang seperti anda membuat kesilapan seaneh ini, diharapkan sangat dengan segera dibetulkan. Tetapi lebih menghairankan kenapa MStar begitu ghairah menaikkan artikel yang bersifat terhegeh-hegeh sedemikian.

Saya tidak berpendapat pengorbanan lembu itu suatu keterlaluan, walaupun saya merupakan ahli kepada P.E.T.A. (People who Eat Tasty Animals).


Perhatian sebentar…

Sejak 2012, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memandaikan anak bangsa.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, The Patriots tidak dimiliki oleh jutawan mahupun politikus, maka kandungan yang dihasilkan sentiasa bebas dari pengaruh politik dan komersial. Ini mendorong kami untuk terus mencari kebenaran tanpa rasa takut supaya nikmat ilmu dapat dikongsi bersama.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk tahun 2024 ini dan seterusnya. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong The Patriots dari serendah RM2.00, dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang disediakan. Terima kasih. Moving forward as one.

Pilih jumlah sumbangan yang ingin diberikan di bawah.

RM2 / RM5 / RM10 / RM50

Terima kasih


Share.

Berbekalkan buku “Perang Salib Pertama: Kelahiran Templar”, Ahmad Faezal mempunyai suatu matlamat bagi Malaysia. Dalam kaca mata beliau, bangsa Melayu perlu bangkit membaham ilmu sepertimana mereka memakan nasi. Seorang pengikut setia bidang astronomi dan isu semasa, beliau mengimpikan bangsa Melayu dalam masa 100 tahun boleh melibatkan diri secara aktif dalam bidang-bidang sains terperinci. Beliau juga seorang penulis dan penterjemah upahan, yang sedia menerima klien.

Comments are closed.